Wednesday, 30 May 2012

Q&A : Anda bertanya, Mama Batrisyia sudi jawab.. ** Baby Fussy penyebab susu merudum? **



Soalan : Puan Ani dari Sungai Buloh bertanya:

Anak perempuan saya masih berusia 5bulan dan masih menyusu secara ekslusif. Untuk bekalan 48jam yang lalu tiba-tiba bekalan susu saya merudum dan hampir tiada. Saya tahu saiz payudara bukan lah faktor kepada banyak nya air susu dan saya merasakan payudara saya penuh susu pada 5bulan tersebut dan kadang mengalir susu.  Bayi saya kelihatan lapar, tetapi bila saya offer payudara ,tak mengeluarkan susu dengan cepat. Ini menyebabkan anak saya berpaling dan meragam.  Eventually bayi saya menyusu jugak tapi sangat sedikit dan bayi mula give up. Saya makan seperti biasa dan tidak mengambil apa-apa ubat. Saya juga belum didatangi haid. Apa yang menyebabkan anak saya meragam dan bekalan susu saya drop?


 Jawapan
Adalah sangat mengecewakan apabila bayi kita tak berasa gembira apabila menyusu di payudara kita. Kebiasaanya ibu akan fikir susu merudum tapi susu tak kan merudum tanpa faktor penyebab. Mungkin juga ada isu yang mempengaruhi tingkah laku bayi  ibu ketika menyusu.
Mogok penyusuan biasa berlaku pada peringkat umur begini. Tetapi kebanyakan ibu mentafsir anak enggan menyusu kerana anak telah bersedia untuk makan makanan pejal. Kemungkinan juga faktor tumbuh gigi, sejuk, jangkitan telinga, ulser mulut atau perubahan pada rasa susu (faktor kembali mengandung, makanan baru atau kesan dari ubatan)
Bayi pada peringkat umur begini ada yang sudah menunjukkan tanda-tanda tumbuh gigi. Sekiranya bayi lebih banyak melelehkan air liur dari biasa, mula mencari sesuatu untuk dikunyah itulah tandanya bayi mulai melalui proses pertumbuhan gigi. Ini juga boleh menyebabkan bayi meragam dan enggan menyusu direct. Sekiranya ibu merasakan ini lah puncanya ,silalah bertindak dengan cara memberi bayi menggigit teethier yang boleh disejukkan kerana ini boleh memberi kesan kelegaan pada bayi.

Seperti pada soalan di atas Puan Ani rasa susu penuh pada 5bulan pertama dan sampai mengalir susu tapi bayi tetap enggan direct feed. Memang biasa bila susu penuh dan bengkak, ada satu peringkat bayi tak nak direct feed iaitu pada lingkungan umur 3-6 bulan. Saya sendiri mengalami situasi ini bila anak meragam tak nak susu pada umur pertengahan 5bulan, bayi saya mulai demam. Ingatkan ade ulser or sakit tekak rupanya lepas je habis demam nampak gigi bawah dah tumbuh. Sebagai ibu saya juga cuak dan cemas sebab anak saya langsung direct feed tak nak, botol pun tak nak. Alhamdulillah saya dah melalui tempoh itu dan tak sangka anak saya tumbuh gigi cepat jugak.

Bayi mulai meragam apabila mula menjerit, megeraskan badan ,menolak badan ke belakang, mengigit payudara, masa ini mulalah ibu fikir susu dh kering walaupun sebenarnya tidak. Kalau berat badan bayi normal seiring usia ibu tak perlu risau, cuba tawarkan sebelah payudara untuk satu sesi suapan, manakala sebelah lagi ibu bolehlah pam untuk kurangkan bengkak susu.

Kalau bayi masih enggan menyusu tapi ibu masih perlu berikan anak suapan, cara ialah dengan mengepam susu dan tawarkan menggunakan cawan , sudu atau syringe. Sangat berguna memberi bayi beberapa suapan susu, kalau tak bayi pasti lebih meragam akibat lapar.

Adalah perkara biasa Puan Ani masih belum datang haid sebab ibu yang menyusu secara ekslusif memang lambat datang haid. Kadang-kadang setahun lebih tak datang haid pun ada. Tapi tak semua ye sebab ada yang hbs pantang terus haid. Bergantung pada seseorang. Hormon wanita sama tapi tahap kesuburan lain-lain.

 Sekiranya ibu mulai datangi haid , ibu akan merasai untuk beberapa hari  bekalan susu kadang-kadang drop sedikit tak seperti biasa, payudara pun tak bengkak. Masa nie bayi akan meragam tetapi cuba juga kerapkan bayi menyusu kerana susu akan kembali seperti biasa. Kurang menyusu atau kurang hisapan bayi adalah faktor susu makin drop.

Bagaimana nak bantu bayi kembali menyusu secara direct feed:
  • Lakukan banyak  skin-to-skin contact atau sentuhan kulit ke kulit. Biarkan kulit bayi bersentuhan dengan kulit ibu. Relax di dalam bath tab bersama, mandi bersama, urutan lembut dan tidur bersama bayi.
  • Cuba menyusu bayi dalam keadaan gelap atau lampu malap di mana kurang gangguan persekitaran. Bayi pada peringkat umur 6bulan mudah tertarik dengan persekitaran jadi susah bayi nak fokus ketika menyusu.
  • Menyusu bayi ketika bayi mengantuk atau khayal. Kerapkan menyusu malam kerana malam adalah tenang.
  • Cuba pelbagai posisi menyusu. sambil berbaring atau sambil anda berjalan.
  • Picit payudara sedikit sampai menitis susu dan suapkan pada bayi sebelum bayi menghisap payudara  Bayi pasti gembira sebab tak perlu susah payah hisap nak bagi susu keluar. Sekiranya susu lamabat keluar masa menyusu bolehlah urut2 dulu payudara tu dengan cari urut dari luar ke dalam kawasan puting
  • Lakukan pemeriksaan berat badan bayi.
Jika bekalan susu memang drop jangnlah terus menghentikan penyusuan. Kalau bayi kurang kencing (kurang 5 lampin sehari), kurang bergerak, berat menurun adalah perlu berjumpa pakar doktor ye.Bekerja sebagai satu pasukan  dapat membantu ibu untuk menyusukan kembali di landasan yang betul tanpa menjejaskan kesihatan bayi ibu..

Walau apa jua sebab untuk kecerewetan bayi ibu pada payudara, bersabarlah. Saya tahu dari pengalaman peribadi ianya bukan mudah dilakukan Maklumlah  lebih mudah berkata daripada dilakukan. Walaubagaimana pun dari tips  diatas Insyallah ada peluang yang sangat baik jika cuba dilakukan. Ibu yang bersungguh akan mula melihat peningkatan dalam corak bayi anda menyusu 

Kenali Set Vitamin Penyusuan untuk bantu penyusuan Ibu. SILA KLIK 


SALAM MAJU JAYA IBU-IBU!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap jawapan yang diberikan adalah berdasarkan kepada banyak rujukan daripada pelbagai pihak termasuk pembacaan majalah, pakar laktasi dan banyak sumber-sumber yang boleh dijadikan panduan. Saya sekadar membantu menjawab bagi sesiapa yang ada masalah yang mana saya tahu saya akan bantu menjawab. Selebihnya anda semua boleh bertanya dengan mana-mana pihak yang bertauliah dan pakar dalam bidang ini. Perkongsian ilmu amatlah diharapkan dan mohon sesiapa yang ada info boleh lah di ajukan di ruangan komen. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...