Tuesday 29 May 2012

Berjayakah penyusuan bayi tanpa persediaan?


Persediaan untuk penyusuan susu ibu.

 Sebelum penyusuan bayi dilakukan ibu-ibu haruslah bersedia dari segi tenaga dan mental. Adalah penting untuk ibu-ibu faham bahawa hanya sedikit sahaja yang perlu dilakukan untuk bersedia menyusukan bayi.
Badan kita sebenarnya telah melakukan banyak persediaan secara tidak langsung dan menghasilkan kolostrum (susu awal yang berwarna sedikit kuning) seawal 26 minggu kehamilan.

Entri ini lebih meliputi bekalan pilihan ibu-ibu sama ada memilih untuk mendapatkan nya sebelum bayi dilahirkan ,  perkara yang ibu  tidak patut lakukan , dan beberapa perkara yang ibu mungkin mahu lakukan.




Coli penyusuan
Semasa penyusuan badan, payudara wanita cenderung untuk menjadi lebih berat dan penuh daripada biasa, dan kebanyakan wanita mendapati mereka lebih selesa jika mereka memakai coli yang menyokong.Jika ibu  biasanya memakai coli cawan lembut, ibu  mungkin mendapati ia berfungsi dengan baik. Untuk menggunakan ini: hanya tarik cawan itu di bawah payudara ibu, mendedahkan puting untuk penyusuan, tetapi payudara masih mendapat sokongan dari coli.Atau, ibu boleh memilih untuk membeli coli khas untuk aktiviti penyusuan..


Pad penyusuan

Kadang-kadang payudara ibu-ibu mengalirkan susu dengan sendiri akibat payudara yang penuh Apa yang boleh ibu lakukan ialah  hanya menggunakan tangan atau lengan ibu dan  letakkan sedikit tekanan pada payudara hingga payudara berhenti mengeluarkan susu.. Jika payudara ibu terlalu kerap mengalirkan susu penggunaan pad penyusuan pada coli adalah penting bagi menggelakkan baju basah dek susu. Tetapi adalah penting untuk menukar pad bila - bila masa apabila basah kerana memakai pad basah boleh menyebabkan puting sakit.


Pakaian penyusuan
Ibu-ibu boleh menyusukan bayi dengan hanya memakai mana-mana baju yang ibu miliki (t-shirt, sweater dll)
Jika ibu mahu, sekarang  terdapat banyak pakaian penyusuan khas  yang boleh didapati dengan pelbagai bukaan. Ini sangat berguna untuk ibu-ibu yang sedang belajar menyusu, atau ibu yang terutama bimbang tentang penyusuan di khalayak ramai. Pakaian penyusuan banyak terjual di kedai-kedai bayi dan  secara online.


Pemeriksaan Puting tenggelam (Inverted nipples)
Tentu ramai ibu-ibu yang pernah mendengar tentang puting tenggelam. Ini adalah keadaan di mana apabila tekanan dikenakan ke areola, puting akan tenggelam ke  dalam tisu payudara berbanding menonjol keluar, atau menjadi rata. Kebiasaan nya puting tenggelam tidak sensitif dimana  apabila keadaan sejuk atau dirangsangputing tidak menunjukkan sebarang reaksi seperti menegang.
 
Bakal-bakal ibu boleh menguji puting payudara dengan memegang payudara dengan ibu jari dan jari telunjuk di pinggir areola, dan perlahan-lahan tekan ibu jari dan jari telunjuk bersama. Jika puting tenggelam, atau seolah-olah hilang ke dalam tisu payudara, ia dianggap tenggelam. Bayi mungkin mempunyai saat yang  sukar menghisap untuk beberapa hari pertama, tetapi lazimnya, penyusuan bayi membantu puting menonjol dari masa ke masa.

Sesetengah ibu  menggunakan "nipple shields", iaitu  plastik lembut yang menyerupai puting yang dipakai semasa bayi menyusu, untuk membantu menarik puting keluar, dan untuk melindungi puting yang sakit. Tetapi penggunaan  "nipple shields" boleh mengganggu pengeluaran susu, dan tidak boleh digunakan tanpa nasihat profesional laktasi.


Jika ibu mempunyai apa-apa perkara lain yang perlu diberi perhatian khusus tentang puting  ,bentuk payudara , pembedahan payudara sebelumnya, kesihatan, atau mana-mana isu-isu lain yang boleh menjejaskan penyusuan, ibu boleh merujuk  kepada pakar laktasi untuk perundingan sebelum bayi dilahirkan.


Menguatkan puting payudara

Bagaimana menjaga puting payudara?Perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan.
  • JANGAN gosok puting anda dengan berus  (atau malah tuala kecil)  kerana  boleh merengsakan puting, dan boleh menyebabkan kontraksi rahim.·
  • JANGAN menyapu  alkohol atau Vaselin pada puting. Ini boleh merengsakan puting dan menyebabkan  kesakitan dan retak.·
  • JANGAN menggunakan sabun pada puting anda. Kelenjar pada puting merembeskan bahan yang membantu memastikan kebersihan dan lembap, dan sabun boleh mengeringkan puting.
Perkara-perkara ini  pula adalah tidak berbahaya sebaliknya boleh membantu menguatkan puting, tetapi perkara ini tidak la wajib. 
  • Untuk beberapa minit setiap hari, atau lebih lama jika diingini, mendedahkan puting anda ke kawasan udara segar.·
  •  Sesekali ibu boleh tidak memakai coli  bagi membolehkan puting bergesel dengan baju. Cara ini adalah untuk menyediakan puting agar lebih peka kepada rangsangan.
  •  Berjimak dengan rangsangan lembut lisan atau rangsangan lembut pada puting.
AMARAN!!



Merangsang puting semasa dalam kehamilan boleh menyebabkan pengecutan rahim dan boleh mencetuskan kelahiran. Walaubagaimana pun rangsangan yang minimum, tidak mungkin menyebabkan apa-apa masalah, tetapi jika apa-apa tindakan ibu menyebabkan kontraksi, ibu  perlu berhenti dan berjumpa lah dengan doktor.

Ada wanita yang cuba untuk mencetuskan kelahiran, atau meningkatkan kekuatan kontraksi, dengan menggunakan rangsangan puting. Ini hanya perlu dilakukan di bawah nasihat daripada yang pakar Saya sebagai individu yang menyokong penyusuan penuh secara ekslusif pada bayi menasihatkan ibu-ibu agar sebelum kehamilan boleh lah mendekatkan diri dengan individu yang arif pasal penyusuan atau kumpulan sokongan. Saya percaya ramai yang boleh membantu anda. Apa yang penting juga sokongan moral dari suami,sahabat dan keluarga adalah paling penting.

Berminat dengan set penyusuan. Sila KLIK

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...