Tuesday, 5 February 2013

Cegah Pembunuh Senyap

Pengambilan apa-apa jenis ubat sekalipun seperti ubat darah tinggi dan kencing manis sebenarnya jika diambil berterusan dalam jangka waktu yang lama pula tu sebenarnya memberi kesan efek negatif jika diamalkan setiap hari. Ibaratnya, menyelesaikan masalah tetapi  masalah baru pula yang timbul. Ini adalah kata-kata seorang Professor pada saya.

Penyakit darah tinggi salah satu penyakit pembunuh paling dasyat di dunia saat ini. Ia adalah pembunuh senyap. Faktor utama penyakit darah tinggi adalah usia, individu yang lanjut usia sering dapat darah tinggi namun kini banyak kes yang muda pun boleh meninggal sebab kena strok. Dari tahun ke tahun penderita penyakit darah tinggi semakin bertambah banyak, dan sebahagian besar dari mereka mencuba mengubati penyakit darah tinggi dari bahan sintetik (kimia/ farmasi).

Hipertensi menyebabkan meningkatnya risiko terhadap strok, kegagalan jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal.
Hipertensi dapat diketahui dengan mengukur tekanan darah secara teratur. Penderita hipertensi, apabila tidak ditangani dengan baik, akan mempunyai risiko besar untuk meninggal kerana komplikasi kardiovaskular seperti stroke, serangan jantung, gagal jantung, dan gagal ginjal, target kerosakan akibat hipertensi antara lain:
  • Otak: menyebabkan stroke
  • Mata: menyebabkan retina rabun atau buta
  • Jantung: menyebabkan penyakit jantung koronari, kegagalan jantung
  • Ginjal: menyebabkan penyakit ginjal kronik

Umumnya penderita tidak mengetahui dirinya mengidap darah tinggi sebelum pemeriksaan tekanan darahnya dilakukan. Penyakit ini dikenal juga dapat menyerang siapa saja dari berbagai kelompok umur dan kelompok sosial-ekonomi. Namun lebih banyak ditemui pada usia lanjut yang merupakan salah satu faktor risikonya.

Faktor risko terjadinya hipertensi ialah:
  • Stress
  • Faktor keturunan (genetik)
  • Usia
  • Pengambilan garam
  • Cara hidup yang kurang sihat
Mencegah lebih baik dari merawat. Di usia yang muda ini amalkan gaya hidup sihat juga mengambil vitamin yang ternyata lebih selamat dari ubat yang umumnya ramai tidak tahu ubat adalah racun dan dadah. Cuma yang membezakannya ialah ia diambil mengikut dose tertentu. Apa-apa yang diambil secara berlebihan umumnya boleh menjadi racun. Mencegah darah tinggi secara alami juga bagus dengan pengambilan  herba seperti jus mengkudu.

Antara vitamin yang baik untuk jantung ialah minyak ikan (Omega Guard), vitamin Garlic dan Vitamin E. Kisah tentang vitamin ini akan saya cerita kemudian. Namun anda boleh klik ini.
Garlic - Si kecil yang baik hati. 
Omega Guard - mengurangkan risiko sakit jantung koronari

Sayangi keluarga, ibu dan bapa juga kesihatan diri. Dapatkan vitamin anda sekarang buat insan tersayang.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...