Saturday, 9 February 2013

Memahami Isyarat Bayi Untuk Menyusu, Jangan Biarkan Bayi Menangis Nak Susu


Bayi telah dikurniakan dua reflex utama yang akan membantunya menyatakan hasrat untuk menyusu. Reflex yang dimaksudkan ialah reflex mencari (rooting) dan reflex menghisap (sucking). Tindak balas semulajadi ini boleh dijadikan panduan oleh ibu untuk mengetahui tanda-tanda bahawa si kecil ingin menyusu.


Tanda-tanda bayi ingin menyusu:

  • Apabila bayi merengek dengan suara yang perlahan
  • Apabila ibu mengusap tepi bibir bayi, bayi akan mencari dan memalingkan kepalanya ke arah jari ibu (rooting reflex)
  • Apabila tahap kesedarannya meningkat, ibu dapat melihat pergerakan bebola mata dibawah matanya yang bertutup.
  • Apabila bayi membuka mulut, mejelirkan lidah dan memusingkan kepalanya untuk mencari payudara.
  • Apabila bayi mengerak-gerakkan kaki dan tangannya
  • Apabila bayi membawa tangan ke mulut dan menghisap kain atau objek lain yang menyentuh bibirnya (sucking reflex)


Sesetengah bayi sentiasa tenang dan menunggu untuk disusui.Sekiranya, isyarat yang diberikannya untuk menyusu tidak diperdulikan oleh ibu, bayi akan kembali tidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi kurang menyusu dan peningkatan berat badannya akan terganggu.

Menyusui bayi apabila payudara ibu telah penuh atau berasa tidak selesa akan memberikan kelegaan pada ibu. Sesekiranya bayi tidur kekenyangan, ibu perlulah memerah susu tersebut dan menyimpannya supaya tidak berlaku bengkak payudara.

Ibu atau pengasuh tidak boleh menunggu sehingga bayi menangis. Tangisan bayi yang kuat dan sambil meliukkan badannya merupakan tanda akhir ditunjukkan oleh bayi apabila ingin menyusu. Bayi perlu ditenangkan terlebih dahulu sebelum mula menyusu. Jika tidak mengamuklah ia waima disuakan payudara padanya. Sekiranya diletakkan terus pada payudara, bayi tidak akan menghsiap dengan baik sebaliknya ia akan meronta.Ibarat satu paksaan pula pada si bayi. Ini akan menyebabkan susu gagal diberikan pada bayi.

Nasihat saya buat ibu-ibu pastikan minum air secukupnya, makan makanan berzat juga mengambil vitamin penyusuan bagi memastikan susu badan anda maintain selalu dan bertambah kualitinya.

Sila klik LIKE pada fanpage FB Mama Batrisyia e-shoppe untuk lebih TIPS PENYUSUAN dan konsultasi percuma.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...