Saturday, 16 February 2013

Penting !! Let Down Reflex Dalam Penyusuan


Hormon  oksitosin juga terhasil apabila ada rangsangan oleh hisapan bayi. Hormon nin dirembeskan oleh bahagian posterior kalenjar pituitary di otak. Kehadirannya dalam aliran darah akan membantu proses menolak keluar susu yang dhasilkan ke areola. Hormon oksitosin bertindak pada otot-otot yang mengelilingi alveolus dan duktus susu supaya susu dapat digerakkan perlahan-lahan ke kawasan areola dan berkumpul di situ.


www.mama-batrisyia.blogspot.com

Reflex oksitosin akan menentukan bayi mendapat susu yang mencukupi. Refleks ini adalah unik adalah unik kerana ia juga terangsang oleh perasaan, emosi dan pemikiran ibu. Sekiranya ibu teringat bayi  atau mendengar bayi menangis , kelenjar pituitary akan terangsang dan menyebabkan susu ibu mengalir keluar dengan sendiri. Perasaan kasih dan saying  ini mempunyai kekuatan untuk merangsang  pusat penghasilan hormon ini. Begitu jugalah, perasaan  resah, malu, kurang yakin, kesakitan dan sebagainya akan merencatkan  penghasilan hormon oksitosin dan menyebabkan pengeluaran susu berkurangan. 

www.mama-batrisyia.blogspot.com
Oleh itu cara terbaik untuk memastikan ibu sentiasa bertenang, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak mengalami kesakitan semasa menyusui bayinya.

Bertapa pentingnya reflex oksitosin ini pada ibu-ibu yang menyusukan. Reflex ini juga lah menentukan hasil tuaian ibu-ibu banyak atau sedikit seperti mana dinyatakan diatas, reflex inilah menentukan bayi kenyang dan cukup mendapat susu.

Ingin saya kongsikan pada Ibu-ibu di sini tips mendapatkan reflex oksitosin ini sewaktu pam susu di pejabat agar hasil tuaian meriah. Sila KLIK ini.

Sila klik LIKE pada fanpage FB Mama Batrisyia e-shoppe untuk lebih TIPS PENYUSUAN dan konsultasi percuma.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...