Thursday, 21 February 2013

False Alarm ~ Ramai Yang Tertipu ~

Sebenarnya hampir setiap ibu mengandung yang bakal melahirkan anak mengalami perkara ini iaitu ’FALSE ALARM’
Apakah ’False Alarm’ dimaksudkan ?
Ramai pasangan yang ’panic’ kerana tiba-tiba sahaja si ibu mengerang kesakitan dan ingatkan masa bersalin sudah tiba. Dengan bergegas-gegas dan dalam keadaan kelam kabut si bakal ibu ini dihantar ke hospital dan sampai di hospital doktor memberitahu masanya belum sampai dan si bakal ibu ini disuruh pulang ke rumah.
Selalunya yang mengalami situasi ini adalah dikalangan bakal ibu yang pertama kali melahirkan namun jangan terkejut ada juga ibu-ibu yang mengalami situasi ini walaupun telah melahirkan anak kedua atau ketiga.



Anda perlu tahu dan faham apakah tanda yang sebenar bahawa masanya sudah tiba untuk melahirkan anak.

Tanda-tanda False Alarm :

1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka.
2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.
3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.
4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku.
5. Kantung air ketuban tidak pecah.

Dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan anda turut mengalami sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.

Oleh itu, pastikan sama ada itu adalah tanda kelahiran sebenarnya atau hanya "False Alarm" supaya tidak lah anda penat ulang alik hospital kan.

Mahu INFO KEHAMILAN lagi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...