Saturday, 2 February 2013

Cintai Isteri Sepenuh Hati. Cintai Tanpa Syarat.


Saya tertarik dengan kata-kata seorang pakar perunding psikologi keluarga dan guaman syarie, Puan Suzana Ghazali di blog beliau, sikap berterus terang amat penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri. Segala apa yang dirasai, segala tidak kepuasan hati malahan perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan seksual perlulah diluahkan kepada pasangan masing-masing. 

Jika sikap terus terang ini diamalkan, insyaAllah, tidak akan timbul masalah-masalah suami atau isteri curang dan ‘makan luar’.  Anda setuju?


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,

Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,

From beneath his arm,to be protected by him,
Near his heart to be loved by him,

She is Your Companion,Not slave


Berterus terang adalah salah satu prinsip komunikasi dalam perkahwinan. Kerana itulah ditegaskan bahawa komunikasi amat penting dalam hubungan suami isteri. Mengapa perlu malu berterus terang sedangkan aurat masing-masing kita dah tengok. Kita berterus terang dengan suami dan isteri masing-masing. Antara suami dan isteri tiada lagi istilah aurat. Luahkan apa yang anda rasa, tidak puas hati, inginkan suasana yang lebih romantik, inginkan aksi-aksi yang lebih menambat rasa atau apa saja berterus teranglah kepada pasangan anda.

Jangan malu dan jangan segan, berterus teranglah kepada pasangan anda tentang segala apa yang anda rasakan mengenai hubungan kelamin anda. Kepada para suami, jangan salah anggap bahawa hanya keinginan anda yang perlu dipenuhi sedangkan keinginan isteri dibiar sepi. Wanita dan lelaki mempunyai tahap kepuasan yang berbeza. Jika sayangkan isteri anda, belajar dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dan sebaik-baiknya, berkomunikasilah dengan isteri anda. Sama juga dengan para isteri. Komunikasi penting untuk intimasi, praktikkanlah. Maaf jika ada yang merasakan ini keterlaluan atau sangat terbuka. Satu sahaja yang perlu diingat, ini adalah ilmu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...