Wednesday 13 February 2013

Resepi Tradisional Banyakkan Dan Pekatkan Susu Badan


Sebelum mengamalkan petua-petua tradisional, ibu-ibu perlulah mempunyai keyakinan diri terhadap kebolehan menghasilkan susu tanpa bantuan luaran serta terus menyusui bayi sekerap yang mungkin. Tidak semua bayi akan menangis untuk meminta susu kerana ada bayi yang kerap tidur. 

Oleh itu, ibu perlu memastikan setiap 2-3jam bayi disusui. Ibu boleh mencuba alternatif amalan tradisional ini.

Saya pasti ada antara ibu-ibu yang sukakan cara tradisonal untuk membanyakkan dan memekatkan susu ibu. Dua minggu lepas saya baca buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, terdapat 2 resepi yang saya baca telah terbukti berhasil membantu memperbanyakkan dan memekatkan air susu ibu, iaitu resipi susu badam dan resipi rendaman halba.


Resepi susu badam

1 gelas susu segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning ATAU 7 biji kurma nabi (tanpa biji)
1-2 sudu the madu lebah asli atau madu arab
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)

Cara menyediakan:
Bancuh bahan sehingga sebati dan minum. Amalkan selama 2 minggu. Selepas  2 minggu, minum tanpa telur ( ada juga adunan digaul sebati dengan badam, kismis, kurma dan madu asli seperti jem dan ditelan begitu sahaja)

Mama Batrisyia

Resepi  Rendaman Halba

Minuman ini khas untuk melancarkan dan memperbanyakkan air susu. Ramuan nya ialah segenggam halba yang direndamkan ke dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapi dan campurkan dengan madu lebah asli. Halba juga boleh direndamkan di dalam air susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan madu.
Minum 1-2 cawan setiap hari

Mana satu pilihan ibu? Saya sukakan cara pertama sebab rasanya manis-manis. Tapi tak dapatlah nak amalkan setiap hari. Saya telan je vitamin.Tampak lebih mudah. Bagi ibu-ibu yang sukakan cara tradisional boleh lah cuba resepi ni ye. Susu meriah bayi kenyang.


Sila klik LIKE pada fanpage FB Mama Batrisyia e-shoppe untuk lebih TIPS PENYUSUAN dan konsultasi percuma.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...