Thursday, 21 February 2013

Terujanya Nak Bersalin

Hampir bersalin?
Kekerapan membuang air kencing merupakan satu tanda kehamilan pada peringkat awal dan pada akhir kehamilan. Pada bulan terakhir kehamilan, kekerapan buang air kencing adalah disebabkan tekanan kepala bayi pada pundi kencing terutamanya pada waktu malam. 

Ingin tahu beberapa lagi tanda sebenar kehamilan, di bawah saya senarai beberapa tanda sebenarnya kelahiran. Ada yang keliru dengan "False Alarm" oleh itu, ini info berguna buat anda.
Tanda Sebenar Kelahiran
1. Kontraksi

Proses ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika ini anda akan berasa tidak selesa. Perlu diingat, keadaan ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin tiba.
Mama Batisyia

Proses ini adalah tanda yang paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan 

2. Sakit Belakang
Keadaan ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.

3. Pendarahan
Kebiasaannya lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.

4. Pecah Ketuban
Mungkin dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan proses kelahiran.
Namun begitu, bagi yang berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran ataupun sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat.
5. Pembukaan Pintu Rahim
Dalam proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa. Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi. Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.

Apa pula tanda-tanda FALSE ALARM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...