Monday, 18 February 2013

Ooohh..Pedih Hulu Hati Semasa Hamil?

Ramai wanita berdepan dengan penyakit hulu hati semasa mengandung. Pedih hulu yang juga dikenali sebagai ketidakcernaan asid atau asid refluks, merupakan sakit dada yang berterusan daripada bahagian bawah perut sehingga bahagian bawah tekak. Walaupun ada juga yang tidak pernah mengalami pedih hulu hati, mereka mungkin berdepan dengan rasa panas yang sangat teruk dibahagian dada semasa hamil.

Bagaimana pedih hulu hati berlaku?

Mama Batrisyia
Melalui apa yang saya faham, semasa wanita hamil, plasenta mula menghasilkan lebih banyak hormon progesterone  di mana hormon ini akan menyaluti dinding uterus bagi membantu otot-otot pada uterus berehat apabila kita mengandung. Ia juga merehatkan injap di antara perut dan esofagus. Namun begitu, bila otot sfinker direhatkan, makanan dan asid-asid perut akan menolak balik ke atas ke bahagian esofagus dan tekak dan ini menjadikan kita mengalami pedih hulu hati.

Meskipun kita tak boleh mengelakkan pedih hulu hati ini secara keseluruhan, kita masih boleh lakukan beberapa perkara untuk mengurangkan ketidakselesaan akibat pedih hulu hati ini.

Cuba ini:
  • Jangan makan makanan yang mendorong anda mendapat pedih hulu hati. Ada yang mengatakan wanita hamil perlu elakkan coklat, buah-buahan sitrus, jus, tomato , biji sawi, cuka, makanan pedas, bergoreng dan berlemak. Jika anda makan ini tiada pedih hulu hati ok lah tu.Jangan minum kafein, air bikarbonat dan alcohol.


  • Jangan makan makanan yang terlalu banyak. Makan sedikit tetapi kerap, bagus untuk diet anda.


  • Jangan gelojoh menikmati makanan. Ambil masa untuk menguyah supaya makanan yang masuk akan dihurai dengan baik.


  • Jangan tidur sebaik sahaja selesai makan. Tunggu sekurangnya 3 jam selepas makan. Sambil duduk sempat lah makanan di hadam.


  • Jangan malas. Duduk tegak atas kerusi yang selesa supaya tiada tekanan menolak perut anda.


  • Jangan pakai pakaian ketat. Pakailah pakaian hamil selesa dan sesuai supaya tiada tekanan menolak tubuh.


  • Kunyah gula getah lepas makan. Kunyah gula getah boleh merangsang kalenjar air liur yang boleh meneutralkan asid.
Walau apa pun tindakan anda, berjumpa doktor dan berbincanglah mengenai masalah yang anda alami sebelum anda mendapatkan ubat di kaunter farmasi.



Sila klik LIKE pada fanpage FB Mama Batrisyia e-shoppe untuk lebih TIPS KEHAMILAN dan konsultasi percuma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...