Saturday, 23 February 2013

Apa Punca Bayi Meragam Malam?

Sebenarnya dengan membiarkan bayi tidur dalam pelukan tidak menjadi masalah, asalkan tidak dijadikan kebiasaan. Ini kerana, apabila dibiasakan bayi tidak akan memiliki rasa percaya diri setelah besar. Semasa didakap, bayi akan rasa selesa dan tenang, serta mudah tidur nyenyak. Akan tetapi, para ibu bapa tidak perlu bersusah payah untuk menggedong bayinya ketika mahu tidur.

Kajian menunjukkan, menggedong bayi semasa ingin tidur akan membuatnya berasa seperti bergantung. Jika tidak digendong, dia akan menangis dan meragam. Kebiasaan inilah yang membuatkan anak berasa bergantung dan akhirnya timbul rasa tidak percaya diri. Oleh itu , jangan  biasakan bayi tidur sambil digendong. Biarkan die tidur dengan sendiri. Ketika bayi berasa penat atau sudah penat bermain, dia akan tidur dengan sendiri. Samalah juga jangan dibiasakan menidurkan bayi di dalam buaian, kerana apabila buaian berhenti berayun, ada sesetengah bayi terjaga.. Keadaan ini akan berlangsung sehingga bayi berusia 2-3bulan. Apabila sering digendong, bayi tidak akan memiliki kesempatan untuk melakukan aktiviti fizikal sehingga tidak akan pernah berasa penat, dan akhirnya meragam atau tidak dapat tidur.Mama BatrisyiaSemasa usia bayi memasuki 6bulan keatas, ada beberapa faktor yang menyebabkan dia susah tidur. Di antaranya adalah:
  1. Bayi diajak bermain terlalu lama sehingga dia masih terbayang-bayang dengan permainan yang dilakukannya.
  2. Pada usia ini, bayi tidak mahu berenggang dengan ibunya sehingga dia akan susah tidur kerana takut ditinggalkan oleh ibunya.
  3. Bayi berasa lapar.
  4. Perubahan persekitaran seperti bayi yang dibiasakan tidur di ruang berhawa dingin atau menggunakan kipas angin. Jika tidak menggunakan kedua-duanya, dia akan berasa gelisah dan susah tidur.
  5. Tempat tidur yang berubah dapat membuatkan bayi meragam kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Selain faktor-faktor berikut, bayi juga kerap meragam kerana ingin ditemani oleh ibunya. Hal ini ada kaitan denga pola tidur bayi, khususnya pada bayi yang baru lahir. Ibu bapa tidak akan tahu waktu bayi yang baru lahir dan waktu dia akan bangun. Biasanya bayi yang baru lahir memiliki kebiasaan tidur sepanjang pagi dan tengahari. Pada waktu malam, dia akan bangun dan meragam.

Menurut pada pakar, bayi yang meragam ini adalah kerana bukan disebabkan kerana lapar, ingin membuang air, ataupun faktor lain. Sebenarnya bayi ini hanya ingin dtemani. Akibatnya, kebanyakan ibu memiliki waktu istirahat yang sedikit. Oleh itu, cuba belajar untuk mengubah pola tidur bayi.Pada waktu pagi, bangunkan dan biarkan dia meragam kerana akhirnya dia akan terbiasa dengan pola tidurnya yang baru. Dengan cara ini, ibu akan mempunyai masa istirahat yang cukup kerana pada waktu malam, bayi juga akan ikut tidur.


Sila klik LIKE pada fanpage FB Mama Batrisyia e-shoppe untuk lebih TIPS KEHAMILAN dan konsultasi percuma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...