Monday, 14 January 2013

Bawang Putih Si Kecil Yang Baik Hati


Anda suka makan bawang putih atau bawang merah? Tanpa kita sedari atau tidak, bawang putih dan bawang merah adalah 2 sumber tumbuhan yang memang ada disebut di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61 berbunyi begini,
“Dan ingatlah ketika kamu berkata: “ Wahai Musa, kami tidak sabar dengan satu macam makanan sahaja.

Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu agar Dia mengeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang ditumbuhkan bumi, iaitu dari: sayur-mayurnya, mentimunnya, bawang putihnya, kacang dalnya dan bawang merahnya.”

Kegunaan keduanya bukan sahaja setakat melengkapkan rempah ratus yang digunakan didalam masakan, bahkan lebih daripada itu, ia sangat berguna bagi kesihatan dan amalan perubatan. Ramai yang suka makan bawang putih, jadi harini saya nak kongsi tentang bawang putih sahaja.

Bawang putih atau Allium Sativum pada zaman sejarah Mesir purba menggunakan bawang putih sebagai agen efektif terhadap pelbagai gangguan termasuk sakit kepala, cacing dan masalah jantung serta sirkulasi. Anda tahu tokoh perubatan terkenal Greek, Hippocrates mengesyorkan penggunaan bawang putih sebagai amalan dalam mengatasi infeksi dan ragam usus.

Seorang naturopath semasa dari Australia, iaitu Russel Setright menyatakan  bawang putih memberi pelindungan terhadap demam selsema, penyakit berjangkit seperti tifoid, meningkatkan pengaliran air hempedu dalam hati, juga boleh merawat tuberculosis, bronchitis dan gangguan pernafasan juga penyakit usus. Ada masalah darah tinggi? Ia sangat membantu juga mengurangkan kolesterol.

Mama Batrisyia
Antara kandungan bawang putih yang baik untuk kesihatan ialah vitamin A, B,B2 dan C serta kuprum, sulfur, mangan, zat besi dan kalsium. Disimpulkan di sini bawang putih mengandungi ramuan pengawalan kolesterol, antibiotik dan agen antipembekuan darah semulajadi. Disebabkan kemasyuran bawang putih inilah pelbagai jenama garlic berada di pasaran. Namun setiap keluaran pastinya ada kelainan yang membezakan sesuatu jenama itu baik atau tidak. 

Jenama Shaklee turut ada mengeluarkan vitamin Garlic.  Apa yang membezakan jenama Shaklee dengan yang lain ialah tidak semua  tablet garlic mengandungi allicin aktif, tetapi tablet Shaklee ada 100% Allicin aktif. Ia dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba. Dwi teknologi telah digunakan untuk mengawal bau garlic juga  terdapat 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar. Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

Apa yang saya suka tentang Garlic Shaklee ia mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan pula ia mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam yang bisa menyebabkan kerosakan hati dan limpa.

Alisin adalah campuran sulfur yang memberikan kuasa antibiotik pada bawang putih. Ianya berkesan seperti penisilin tetapi tidak memusnahkan bakteria yang baik. Selain itu bawang putih juga merawat Kandida Albikons, sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh pil perancang, antibiotik, kartisona, kencing manis, kekurangan nutrien, sembelit dan tekanan.

Rupanya begitu banyak manfaat garlic dalam kehidupan harian kita tanpa disedari.  Ramai yang suka makan bawang putih tapi tak suka bau bawang putih yang pekat tu, jadi tablet garlic adalah pilihan bijak buat anda.  Suka sekali saya ingat pada semua, cegahlah penyakit sebelum ia menjelma dalam tubuh anda. Adat dan lumrah manusia selagi belum sakit, kita tidak akan beringat, kita makan apa sahaja tanpa memikirkan apa yang kita makan itu ada yang mengundang bahaya. Percayalah, apabila kita ditimpa musibah penyakit, tiada lagi istilah mahal dalam hidup kita. Semahal mana pun ubat atau rawatan sanggup kita beli sedangkan semasa sihat ubat atau vitamin yang berharga RM30 pun kita tak nak amalkan.

Dapatkan vitamin Garlic vitamin ampuh yang sangat ajaib untuk pelbagai penyakit. Jika bukan untuk diri anda, dapatkannya buat ibu ayah tercinta. Harga tak mahal pun kurang dari RM50 je. Jom berGARLIC!!!

Jika anda berminat nak dapatkan GARLIC vitamin  hebat ini sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Tel:017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA

Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...