Saturday 2 June 2012

Wanita hamil sangat perlukan vitamin!!!

Kehamilan dan vitamin prenatal

Bagi memastikan kesihatan seorang ibu dan kesihatan bayi berada di tahap sentiasa baik, adalah  dinasihatkan mengambil "vitamin prenatal" semasa mengandung. Apakah vitamin prenatal? Ia adalah multivitamin yang dirumuskan khas yang membantu membentuk apa-apa kekurangan pemakanan dalam diet ibu. Manakala tambahan lain mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, asid folik, besi, dan kandungan kalsium adalah amat penting.


Dalam Set Ibu Hamil terdapat vitamin seperti:

Trimester pertama
  • Multivitamin
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Kalsium
Mengapa perlu Vitamin C?

Satu perkara yang pasti tentang vitamin C ialah kita boleh dapat vitamin C dalam diet seharian yang kita ambil. Contohnya buah buahan. Tetapi satu perkara yang perlu kita ingat ialah vitamin C ialah vitamin larut air di mana ia akan turut dibuang semasa kita kencing.Bagi yang pernah hamil tentu tahu wanita hamil lebih kerap kencing berbanding wanita yang tidak hamil. Sebab tu wanita hamil jangan takut untuk ambil 500mg vitamin C asalkan anda semua minum banyak air dan tiada masalah dengan dengan sistem urin!! Vitamin C akan keluar dari badan kita dengan cepat tetapi kebaikan nya akan tetap tinggal dalam badan.

Kebaikan VITAMIN C dalam kehamilan
  • Wanita hamil tiada atau kurang  tanda regangan (stretchmark)
  • Kurang berlaku masalah keguguran dan komplikasi
  • Pengeluaran kolagen untuk di beri kepada struktur otot, rawan dan tulang janin.
  • Memegang sel-sel kulit ,tendon dan gusi bersama-sama
  • Ascorbic acid membentuk antibodi bagi melawan penyakit dan jangkitan
  • Peluang mempunyai bayi dengan berat badan yang seimbang dan sihat
  • Mencegah kerosakan radikal bebas sebagai antioksidan untuk menyekat pertumbuhan sel tumor
Mengapa perlu KALSIUM?
Apabila wanita mengandung, bayi kita  memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat;jantung yang sihat, saraf, dan otot dan untuk membangunkan degupan jantung yang biasa dan kebolehan pembekuan darah. Jika kita tidak mendapat kalsium yang cukup dalam diet , bayi kita akan menarik kalsium daripada tulang kita, yang boleh menjejaskan kesihatan kita sendiri di kemudian hari. Bagi yang tidak suka minum susu adalah sangat digalakkan mengambil kalsium sebagai alternatif lain gantikan susu. Tidak minum susu bukan alasan kita kekurangan kalsium kerana kini kalsium boleh didapati dalam bentuk vitamin.

Walaupun selepas bayi kita dilahirkan mahupun dah selesai sesi penyusuan kita tetap terus beri perhatian kepada pengambilan kalsium. kerana kita  memerlukan mineral untuk membantu menguatkan tulang dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) di kemudian hari.

Kebaikan lain KALSIUM dalam kehamilan:
  • Otot dan saraf berfungsi dengan baik
  • Pembekuan darah yang normal
Mengapa perlu MULTIVITAMIN?
Menurut American Congress of Obstetricians and Gynecologists  (ACOG), wanita mengandung perlu mempunyai diet yang terdiri daripada makanan yang pelbagai termasuk protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan lemak.  Multivitamin membantu mencegah kerosakan otak dan saraf spina.

Makanan seimbang ialah cara terbaik untuk menerima nutrien, tetapi vitamin tambahan juga boleh memberi manfaatMakanan tambahan tidak boleh menggantikan diet yang sihat tetapi memastikan bahawa seorang wanita menerima nutrien yang cukup setiap hari. Vitamin tambahan bertindak paling baik apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan bukan sebagai pengganti untuk diet yang sihat.


Mengapa perlu B-COMPLEX?
Vitamin B-kompleks mengandungi tiamina, niasin, asid folik, Biotin, Pantothenic asid, vitamin B6 dan vitamin B12. Walaupun mendapat keperluan yang cukup setiap vitamin adalah penting untuk kehamilan yang sihat.

  • B-Complex boleh melegakan mabuk,loya,pening  dan "morning sickness"di kalangan wanita hamil
  • Membantu dalam pembentukan hemoglobin, membantu rawat anemia dan rawan ( penyakit kronik  di mana nutrien tidak diserap oleh badan
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf

Trimester ke-2 & 3

Bagi trimester ini pengambilan vitamin adalah sama seperti trimester 1 tetapi ada tambahan vitamin Minyak ikan (OMEGA GUARD) Ingin tahu lebih lanjut tentang Omega sila KLIK

Ayuh apa tunggu lagi, suami sekalian kalau sayang isteri silalah hadiah kan set ini buat isteri hamil tercinta. Untuk makluman ibu hamil tidak perlukan ubat seperti folic acid dan obimin kerana di dalam set ini sudah terkandung unsur-unsur tersebut.

Bagi sesiapa yang ingin dapatkan set ini bolehlah menghubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Add FB Azimah SuĂșt / 017-6706342. HARGA ISTIMEWA buat semua pelanggan. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...