Tuesday, 19 June 2012

OK atau tak kalau cadang nak pump dan bottle feed baby tanpa direct feed?

Breast vs Bottle Feeding
Sudah semestinya OK!! Sebab pilihan di tangan sendiri dan tiada siapa boleh cakap itu cara yang salah. Sebenarnya ramai ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi dengan susu badan tetapi dalam masa yang sama tak nak direct feed baby terus kat payudara. Ini lah yang saya namakan "process vs product". Yang mana lebih penting perlakuan penyusuan atau nutrisi yang bayi dapat dari penyusuan itu? Atau dua-dua penting untuk kebaikan bayi?

Sekali lagi ini adalah pilihan sendiri , tiada yang betul dan tiada yang salah. Ada ibu-ibu yang kurang selesa dengan idea bayi perlu menyusu di payudara.


Bagi saya apa yang penting ialah bagaimana nak maintain milk supply tu. Gunakan lah pam payudara terbaik yang boleh meniru gaya hisapan bayi dan merangsang penghasilan susu badan  dengan kadar maksimum. Nak maintain susu yang cukup untuk setiap kali bayi menyusu amatlah perlu pam selang setiap 2-3 jam sehari, dimana ini menyamai kekerapan bayi menyusu setiap hari. Pastikan minum air yang banyak dan makan dengan baik, serta dapatkan rehat yang cukup. Dengan rehat yang cukup ibu-ibu dapat hasilkan susu yang lebih sihat.

Ramai ibu-ibu yang telah mengepam sejak hari pertama  sangat mudah kembali bekerja kerana tidak ada sebarang tekanan untuk memperkenalkan botol dan mengajar badan ibu-ibu untuk menerima jadual mengepam. Walau bagaimanapun, jika ibu mendapati bahawa bekalan ibu-ibu jatuh sedikit daripada kerap kerana'tekanan kerja, jangan risau! Terdapat banyak cara untuk meningkatkan bekalan susu ibu-ibu seperti pemakanan yg seimbang, minum air 3-4 liter sehari dan mengambil vitamin yang boleh membantu penyusuan ibu-ibu.

Kenali vitamin penyusuan yang membantu penyusuan lebih lancar dan penghasilan susu lebih cepat. Sila KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...