Saturday, 23 June 2012

Pelbagai posisi penyusuan versi video


Penyusuan, salah satu perbuatan yang paling semula jadi di dunia yang sangatlah digalakkan kepada semua ibu-ibu di dunia untuk dijadikan  amalan. Mempelajari  bagaimana untuk memegang dan menyokong bayi anda dalam kedudukan yang selesa semasa aktiviti penyusuan di jalankan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Perlu diingatkan kepada para ibu apabila ibu telah mengambil keputusan untuk menyusukan sendiri bayi maka ibu semua perlu tahu bahawa ibu akan menghabiskan banyak waktu dan masa bersama bayi anda.


Semasa penyusuan adalah perlu ibu memastikan keadaan ibu selesa dan santai dan bayi berada dikedudukan yang betul di mana ini boleh membantu penyusuan lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Cuba gunakan  kerusi yang menawarkan sokongan belakang yang baik, menggunakan kusyen atau bantal penyusuan untuk membantu menyokong lengan dan  kepala bayi. Dan jika perlu, rehatkan kaki ibu pada kusyen lembut atau bangku. Ibu-ibu digalakkan untuk bereksperimen dengan kedudukan penyusuan yang berbeza, seperti pada video di bawah.

JOM LIHAT VIDEO.
Ada pelbagai posisi penyusuan yang boleh dijadikan amalan ketika penyusuan. Bila tengok video mungkin lebih mudah nak faham dan dipraktikkkan. Tak lama just 1.37saat je video ni.
Enjoy the video mommies !!


Dah tengok video ada 4 jenis posisi yang ditunjukkan dalam video tu.
Posisi pertama - The cradle hold
Posisi kedua - Cross cradle hold
Posisi ketiga- Side lying hold
Posisi keempat - Football clutch hold for twin

Bagaimana ibu semua dah dapat idea lom nak pelbagaikan posisi penyusuan ibu-ibu. Pasni boleh cuba ye ikut keselesaan. Entri akan datang  saya update lagi pasal posisi penyusuan nih tapi dalam versi gambar pulak n siap detail nye skali sebab setiap posisi mungkin nampak sama tapi sebenarnya berbeza.

Sekiranya anda ingin share artikel ini sila beri kredit mama-batrisyia.blogspot. TQ








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...