Monday, 11 June 2012

Najis selalu ada darah...adakah petanda buasir?

BUASIR adalah bengkak yang mengandungi salur darah vena yang mengembang di bawah kulitnya.

Ia disebabkan tekanan berlebihan dan berpanjangan seperti meneran (akibat sering sembelit), batuk kronik, tabiat sering mengangkat berat, ketumbuhan di dalam abdomen dan seumpamanya.

Rawatan buasir yang paling penting adalah untuk menjaga supaya faktor tekanan di atas dielakkan atau diubati. Jika tidak, selepas rawatan membuang daging lebih terbabit, buasir boleh berulang.

Pemakanan berserat tinggi dan meminum air mencukupi amat penting. Rawatan selain pembedahan adalah prosedur kecil yang dilakukan di klinik menggunakan cincin getah yang ketat untuk memutuskan bekalan darah ke atas daging lebih itu, menyebabkan ia gugur setelah beberapa hari.

Pemeriksaan doktor terlebih dulu penting untuk menilai buasir secara keseluruhannya. Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir luaran (buasir eksterna) dan buasir dalaman (buasir interna).
Gambar menunjukkan keadaan Buasir luaran dan Buasir dalaman

Buasir juga disebabkan adanya faktor keturunan tetapi juga sinonim semasa proses kehamilan. Semasa hamil hormon progesteron akan melambatkan peredaran darah dimana lebih banyak darah akan sampai ke rahim. Di sini proses pencernaan akan berkurangan. Hasilnya lebih banyak air akan dikeluarkan berbanding najis. Ini lah yang menyebabkan SEMBELIT.

Buasir terbentuk apabila kita meneran semasa membuang air besar. Jika anda mempunyai buasir dalaman, anda akan mendapati darah merah cerah pada kertas tandas, najis dan dalam mangkuk tandas, disebabkan oleh peredaran darah yang berterusan melalui urat.  Buasir luaran boleh dirasai seperti adanya ketulan keras, bengkak di sekeliling rektum, yang telah berdarah, kemudian beku. Darah beku ini kadang-kadang dipanggil buasir luaran thrombosed.

Buasir mungkin berlaku semasa trimester pertama kerana perubahan hormon yang berlaku dalam badan.Tetapi ada sesetengah wanita hamil berkemungkinan besar untuk dapat buasir semasa trimester 2. Sepanjang kehamilan berlangsung, rahim meletakkan tekanan pada urat darah kembali ke jantung. Kolam darah di kawasan pelvik akan  menyebabkan urat  mengembang dan memburukkan lagi keadaan.

Sekiranya ibu hamil sudah ada buasir, keadaan mungkin buruk semasa proses bersalin.Tetapi akan kembali normal selepas tempoh itu.

Pengambilan vitamin tambahan seperti Alfalfa,Kalsium dan ESP membantu melegakan masalah buasir dan sembelit. Baca lagi sila KLIK



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...