Tuesday, 1 January 2013

Normalkah Berat Badan Bayi Saya?

Soalan biasa yang akan ditanya oleh tetamu yang datang melawat bayi ialah beratnya. Berdasarkan teori, saiz bayi yang dianggap sihat dan normal adalah di antara 3.5kg-4.5kg. Dan fakta menarik yang perlu diketahui ialah berat badan bergantung kepada saiz suami anda. Sekiranya berat badan bayi kurang atau lebih daripada parameter yang dinyatakan, itu tidak bermakna bayi Ibu bermasalah. Dia masih lagi sihat dan normal.

 
Jika bayi lahir kurang daripada 2.5kg, iaitu angka yang biasa digunapakai bagi menentukan bayi lahir dengan berat badan kurang, berat badannya itu akan menjurus masalah kesihatan. Kematian neonatal dan kematian sewaktu lahir sering berlaku kepada bayi yang kecil. Malah kajian turut membuktikan bahawa bayi yang dilahirkan kecil cenderung untuk menjadi pelajar yang sering ketinggalan di sekolah. Apabila dewasa kelak golongan ini adalah mudah untuk mengalami masalah jantung, hati dan diabetes. Ini hanyalah kajian sahaja, tidak bermaksud bayi yang dilahirkan kecil tak pandai, tidak semua ye. Sebilangan sahaja yang begitu, selebihnya bijak-bijak belaka dan sihat.
Jika bayi dilahirkan kecil dan ahli keluarga yang lain kebanyakkannya melahirkan bayi bersaiz kecil, ia dianggap normal untuk Ibu itu. Namun, jika sebaliknya, bayi dilahirkan kecil mungkin berpunca daripada tabiat makan Ibu sewaktu hamil. Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat adalah penyebab masalah ini terjadi.

Sewaktu hamil dahulu, Ibu mungkin kekurangan nutrien penting yang seharusnya mengandungi Vitamin B, Magnesium, zat besi, zink, asid lemak penting dan juga protein. Malah jika Ibu merokok ketika hamil dan terlalu banyak minum atau makanan mengandungi kafein, ketahuilah inilah antara punca mengapa bayi dilahirkan dengan saiz yang kecil.
Sementara itu, jika berat badan Ibu sendiri kurang daripada berat badan sepatutnya sewaktu hamil, ia sebenarnya mempengaruhi berat badan bayi ketika dilahirkan. Ingatlah Ibu ketika pertama kali menjalani pemeriksaan antenatal, berat badan akan ditimbang bukan? Oleh kerana itulah, jika berat badan kurang atau berlebihan, Ibu dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang agar ia tidak menjejaskan bayi yang dikandung.

Walau apa pun, perlu ibu ketahui berat badan bayi yang mengalami pertambahan dalam minggu pertama selepas dilahirkan berisiko untuk membesar dengan mengalami masalah obesiti. Kajian mengesahkan bahawa setiap pertambahan 100g akan meningkatkan risiko sehingga 10% untuk bayi tersebut menjadi seorang yang obes. Perlu ibu tahu, bayi gemuk dan montel memang comel  tetapi adakah ibu tahu ada sesetengah nya dikategorikan sebagai bayi obesiti. Jadi, sila pantau berat badan bayi ibu ya.

Set vitamin ibu hamil yang hebat. Sila KLIK

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...