Saturday, 19 January 2013

Bayi Meragam Tak Cukup Kenyang, Ibu Mulai Gelisah


Bayi menyusu badan sepenuhnya  minta susu lebih lama dari biasa?
Jika dilepas bayi meragam?
Ada orang ketiga tak kisah lah siapa pun nenek, adik beradik, makcik pakcik atau kawan-kawan bersuara “kasih makan je la, itu tandanya bayi lapar!”
Perhatian ! Bayi dibawah usia 6 bulan, jangan diberi makan dulu!!!

Dan tolonglah jangan panik Ibu-ibu.
Bayi anda sedang mengalami Growth spurt!!

Mommy, I want more milk !!!

Growth spurt sebenarnya bahagian penting dari perkembangan normal bayi. Semua bayi, baik bayi susu ibu mahupun yang minum susu formula pasti mengalami growth spurt. Namun yang paling ketara ialah pada bayi susu ibu kerana si ibu pasti  merasa keletihan kerana jadual minum bayi yang jadi lebih kerap sementara jadual tidurnya berkurangan. Pada bayi yang minum susu formula, setidaknya susu formula lebih susah dicerna jadi bayi akan kenyang lebih lama. Oleh yang demikian perubahan jadualnya tidak sedrastik bayi susu ibu.

Dalam situasi ini Ibu-ibu akan merasa payudara agak ringan, susu merudum sedikit. Bayi juga makin kuat meragam dan ibu nak buat  kerja lain pun susah.
Jadi, bagaimana caranya membezakan Growth spurt dengan produksi susu badan yang makin kurang?

Sepanjang berlakunya growth spurt bayi akan minum lebih kerap dan lebih lama waktunya berbanding hari-hari sebelumnya. Kadangkala  juga jadi melecehkan dan pola tidurnya juga  berubah samaada bayi tidur terus ataupun tidak mahu tidur.

Growth spurt paling awal berlaku pada usia 7-10 hari atau sekitar masuk minggu kedua, kemudian 3 dan 6 minggu; lalu 3 dan 6 bulan. Selain ini ada juga waktu-waktu random dimana anak juga mengalami semacam growth spurt dan  ini berlangsung sampai usia remaja :D

Banyak ibu tertanya-tanya, bayinya menyusu lebih banyak apakah tanda memang lapar atau sekadar ingin mengempeng atau bergayut je kat ibunya?
Kalau dirasa bayi sudah cukup minum (boleh dengar suara menelan, payudara lembut dan kosong setelah menyusui dan secara kesuluruhan bayi nampak lebih tenang), beberapa hal dibawah ini boleh dicuba:

  • Tawarkan minum lagi, kalau boleh dari payudara yang sama terlebih dulu. Kadang kala cara lekapan bayi tidak betul dan mudah terlepas. Kalau ini terjadi, tidak lama lepas tu bayi akan gelisah dan ingin  minum lagi. Jadi pastikan bayi sudah benar-benar kenyang sebelum mengakhiri penyusuan.


  • Ajak bayi berjalan-jalan. Bila dirasa suapan susu sudah cukup banyak, cuba bawa bayi jalan-jalan. Ada bayi yang susah tidur, tapi meragam  seperti  lapar. Kalau memang bayi mengantuk, biasanya apabila terkena udara luar rata-rata bayi lebih cepat tertidur. Lebih mudah  lagi kalau naik kereta. Goyangan kereta juga boleh buat bayi cepat terlelap.


Tapi bila bayi tetap gelisah dan meragam, mungkin bayi memang masih lapar. Tanda-tanda yang biasanya menunjukkan bahawa bayi sedang mengalami growth spurt diantaranya:

  • Cluster Feeding. Jadual minum biasanya 2-3 jam dan tiba-tiba berubah jadi lebih rapat, kemungkinan besar bayi sedang mengalami growth spurt dan memerlukan suapan lebih banyak.


  • Bayi tidak lagi tidur semalam suntuk seperti sebelumnya. Mungkin dia mengawal tidur seperti biasa, tapi yang tak best nya bayi jadi lebih sering terbangun dan kelihatan lapar. Pada dasarnya pola tidur setiap bayi berbeza-beza, namun perubahan mendadak pada pola tidur biasanya diandaikan growth spurt sedang berlaku.


  • Perubahan jadual tidur siang. Bangun lebih cepat dari tidur siang atau jadual tidur siang yang lebih pendek.


  • Banyak ibu-ibu mengeluhkan bayinya suka meragam kalau menyusu. Bila bayi menyusu, tiba-tiba berhenti atau melepaskan puting  sambil rmeronta atau merengek ada kemungkinan dia tidak mendapat aliran susu secepat yang dia mahu. Bila ini berpanjangan, lebih baik konsultasikan pada konselor laktasi.


Growth spurt pada bayi berlanjutan antara 2-3 hari sampai seminggu atau boleh  juga lebih. Bila ia berpanjangan lebih dari seminggu, ibu perlu memastikan suapan kalori dan cairannya cukup. Bila pola tidur (siang mahupun malam) bayi berubah atau terganggu sepanjang growth spurt, jangan bimbang ia akan kembali normal dalam beberapa hari. Cuma ibu-ibu diharaplah bersabar banyak ye.


" Moms almost always think that they have a low milk supply during these growth spurt times because baby starts to drink right through the day and becomes very fussy.
Growth spurts can be very frustrating, but keep in mind that they are temporary and actually extremely essential in all growing babies development."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...