Monday, 21 January 2013

10 Sebab Saya Suka "Breastfeeding"


Kebanyakan ibu-ibu sekarang menyusukan bayi tetapi ramai yang berhenti menyusukan bayi apabila bayi berusia 6 bulan. Mengapa penyusuan kadang kala jadi sangat susah ? Kita semua dah dengar banyak perkara tentang penyusuan, banyak maklumat di hujung jari kita boleh dapat dan kita hanya perlu klik dan baca  untuk tingkatkan diri dengan ilmu.



10 sebab mengapa saya suka “Breastfeeding”

Mama Batrisyia
Thank you Mama for breastfeeding me!
  • Bayi yang gembira dan sihat. Kadang kala memang meletihkan tetapi bila tengok muka bayi yang gembira dan membesar dengan sihat, hilang penat.
  • Hubungan yang rapat. Banyak cara untuk rapat salah satu yang istimewa dengan penyusuan.
  • Alhamdulillah, dengan susu ibu , bayi saya sukar demam, imuniti tubuhnya juga kuat. Bukan tak pernah demam, sekurangnya tidak lah kerap dan mudah berjangkit bila ada bayi lain yang tak sihat. Saya juga amalkan vitamin, sebab itu bayi dapat khasiat tambahan dari susu badan tu.
  • Saya rasa seperti seorang individu yang sangat penting. Mengapa? Badan saya dan juga bayi berkerja bersama untuk pastikan makanan yang tepat dan  pada masa yang tepat juga untuk diri si manja.
  • Free spirited attitude. Saya bukanlah seorang yang clock person dan kadang kala bukan mudah untuk saya ingat semua perkara. Sebagai contoh, sediakan susu sebelum bayi menangis lapar.
  • Semulajadi dan tradisi. Penyusuan adalah semulajadi dan best untuk diamalkan. Saya sukakan tradisi itu macam ibu kita zaman dulu susukan kita. Saya memang seorang yang old school.
  • Saya boleh pergi ke mana sahaja. Tak perlu kisah nak packing susu formula dan pastikan botol sejuk atau panas. Tak perlu usung botol termos!! Jika saya nak pergi mana-mana, we just went! Makanan bayi sentiasa tersedia dan sentiasa berada di suhu yang betul.
  • Tak susah pun, pegang bayi dan biarkan bayi menyusu.  Terus terang saya lebih selesa susukan bayi mengiring bersama-sama. Sebab saya pun nak tidur sekali. Penyusuan sebenarnya buat kita mudah mengantuk kerana hormon yang dirembes keluar, so kita boleh berehat bersama bayi. Saya memang jenis yang susah tidur, tetapi bila menyusukan bayi dalam keadaan tenang dan lampu yang malap, semudah ABC saya dah tidur juga. Tapi pastikan Ibu biarkan bayi tidur dahulu.
  • Tak perlu beli apa-apa peralatan yang canggih kecuali pam susu la. Sekarang ni melambak barang-barang bayi yang pelbagai. Perhatikan aje botol susu zaman sekarang. Besar-besar, gemuk-gemuk, fancy-fancy, mahal-mahal dan kebanyakan puting  botol nya meniru seolah-olah seperti payudara ibu. Saya jimat duit. Alhamdulillah.
  • Saya berjaya kurangkan berat badan dengan cepat. Hati siapa yang tak suka kan?
Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang lebih berjaya dan punya pengalaman dan sebab mengapa memilih menyusukan bayi dengan susu badan. Tahniah ibu-ibu. 

Susu badan merudum? Saya ingin berjaya dalam penyusuan tetapi susu merudum,bagaimana nak buat? Sila KLIK.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...