Friday, 25 January 2013

Didik Anak Berkata Baik


Wah, petahnya anak kecil sekarang berkata-kata. Sampaikan ada masanya, lidah kita orang dewasa pun boleh jadi kelu. Tapi bukanlah sebab kita kehabisan idea untuk membalas, Cuma kerana tidak menyangka ayat yang terpacul dari bibir mereka. Malah, hati kita pun turut berbisik, kurang ajarnya dia.


Namun, dalam pada itu, terlintas juga di fikiran, kalau begitu anak orang, macam mana pula dengan anak kita? Jika jujur tutur katanya baik di hadapan kita, dibelakang kita bagaimana?.  Sebelum menuding jari menyalahkan anak kerana mengeluarkan kata-kata pedas dan kurang enak didengar, ibu bapa perlu muhasabah diri. Sama ada suami ataupun isteri, masing-masing hendaklah kembali menilai.

  • Baikkah tutur kata ketika berinteraksi sesame sendiri?
  • Lembutkah percakapan terhadap anak?
  • Baguskah cara bicara dengan orang luar?

Rasulullah SAW pernah bersabda, " Setiap anak dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (bersih), ibu bapa yang mencorakkan anak sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani, dan Majusi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Agar anda dapat mendidik anak mengikut landasan yang benar, jangan sesekali berhenti belajar. Untuk mengajar, anda kena belajar. Belajarlah dari pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, para ulama, orang cekdik pandai, buku-buku dan banyak lagi. Semoga generasi akan dating lebih kenal siapa mereka dan apa tujuan mereka hidup di dunia ini. Insya-ALLAH.

Renung-renungkan…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...