Thursday, 17 January 2013

Bayi Dan Selimut Bedung


Ada sesetengah bayi suka dibedung. Apabila nak tidur wajib dibedung, jika tidak sukar tidur atau lambat tidur. Ada sesetengah ibu merasa risau dengan situasi ini apabila  bayi sudah menginjak usia lebih 7 bulan masih mahu dibedung setiap kali mahu tidur jika tidak asyik bermain dengan kaki dan tangannya. Bila bayi tidak cukup tidur mulalah dia meragam. Sampai usia berapa bayi harus dibedung?
Biasanya bayi akan dibedung beberapa bulan selepas dilahirkan. Bayi dibedung dengan tujuan untuk menghangatkan tubuhnya yang sudah biasa dengan kehangatan di dalam rahim ibu. Selain itu, tujuan bedung juga boleh buatkan bayi tidur lena kerana berasa hangat seperti di dalam pelukan ibunya, tidak mudah terkejut dangan bunyi dan persekitarannya. Ada bayi yang suka dibedung dan ada yang sangat rimas apabila dibedung. Ada pula bayi yang terus lena apabila dibedung. Ada bayi yang meraung-raung apabila dibedung dan menarik nafas kelegaan apabila ikatan bedung dilepaskan.

Saya pernah jumpa bayi yang masih dibedung walaupun usianya sudah hampir masuk 1 tahun. Bayi itu tidur nyenyak bila dibedung. Mengapa? Bayi rasa selesa dengan keadaan dibedung. Namun, ada yang mengatakan bayi yang suka dibedung lambat sikit berjalan berbanding yang tidak dibedung lama. Ada juga yang mengatakan kalau tak dibedung nanti berjalan bersepah. Ini bukan kajian ye. Melalui cakap-cakap orang tua dulu-dulu/ Wallualam..

Pendapat saya, lebih baik baik dibedung sekiranya bayi rasa selesa, kemudian bila bayi dah tidur, longgarkan atau buka ikatan bedung.. Jika waktu bayi tidak tidur adalah lebih baik lepaskan anak bebas meneroka persekitarannya. Bayi juga perlu merasai sendiri dengan tapak tangan, kaki, kulit dan semua deria rasanaya untuk proses pembesaran yang seimbang dan berkesan.

Bagaimana dengan bayi Ibu pula? Suka dibedung atau tidak. Anak saya Iman ketika bayi langsung tak suka dibedung. Bila dibedung pasti tangan dia keluar dari kain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...