Thursday, 5 July 2012

Betulkah cara ibu menyusukan bayi?

Saat ibu paling dekat dengan bayi yang baru dilahirkannya ialah ketika menyusu. bagi ibu-ibu baru, mereka mungkin pada mulanya berasa kekok untuk menyusukan anak dengan selesa.
Usah risau, semua ibu baru pun menghadapi perkara yang sama. Yang penting, ibu perlu terus berusaha menyusukan bayi ibu sehingaa ibu dan bayi berasa lebih selesa dengan posisi menyusu itu.
Elakkan ibu mengalami sakit belakang ketika menyusu dengan berada dalam posisi duduk yang selesa (jangan membongkok) dan mengalas pangkuan ibu dengan bantal kecil atau kusyen. Cara ini lebih selesa bagi ibu yang menjalani pembedahan caesarean. Attau ibu boleh juga cuba menyusu sambil berbaring.
Selepas itu, ibu perlu pastikan bayi melekapkan mulutnya dengan betul pada puting payu dara. Jika caranya salah, ibu mungkin mengalami masalah sakit puting dan bayi juga mungkin meragam kerana dia tidak menyusu.

KEDUDUKAN MULUT BAYI YANG BETUL SEMASA MENYUSU.


Bagi mengetahui sama ada cara ibu  menyusukan bayi itu betul atau tidak, cuba lihat perkara ini.

  • Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam bibir bayi bukannya terpekap masuk
  • Mulut bayi dan areola (puting dan kawasan berwarna agak gelap di sekelilingnya) melekap kuat.
    Keseluruhan puting payu dara ibu berada dalam mulut.
  • Sebahagian besar areola (sekurang-kurangnya 1 inci jejari) berada dalam mulut bayi. Ketika bayi menghisap, ibu hanya dapat melihat sedikit bahagian luar areola. Pangkal puting payu dara tidak kelihatan kerana berada di dalam mulut bayi.
  • Lidah bayi berada di antara gusi bawahnya dan payu dara. Ibu boleh melihat keadaan ini jika ibu menarik sedikit bibir bayi ke bawah. Sekiranya bayi dapat melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya.
  • Telinga bayi bergerak-gerak. Semasa menghisap dan menelan, otot di depan telinga bayi akan bergerak. Ini menandakan dia menghisap dengan betul dan berkesan dengan menggunakan keseluruhan rahang bawahnya.
  • Boleh mendengar bunyi bayi menelan. Dalam beberapa hari selepas dilahirkan, bayi mungkin menghisap 5 hingga 10 kali sebelum ibu mendengar dia menelan. Ini kerana kolustrum keluar secara sedikit. Apabila bekalan susu anda mula banyak, anda dapat mendengar bunyi bayi menelan dengan jelas. Aktiviti  menghisap dan menelan yang aktif ini seharunya berterusan selama 5 hingga 10 minit setiap payu dara.
  • Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi.. Bayi menelan susu.
  • Tiada bunyi klik didengar. Bunyi klik akan kedengaran jika kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara dia menghisap tidak betul.
  • Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menghisap. Bentuk melengkung seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan betul pada payu dara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia mengerakkan gusi dan lidahnya. .

p/s Sila beri kredit pada http://www.mama-batrisyia.blogspot.com/. jika anda ingin kongsi artikel ini di blog anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...