Thursday, 5 July 2012

Tips Menambah Bekalan Susu Badan Yang Kian Merudum

MOM FEEDS ME FOR FREE..TQ MOM

Ibu-ibu boleh melakukan beberapa perkara yang boleh menambah bekalan susu anda. Luangkan masa beberapa hari atau setiap hujung minggu untuk tujuan ini. Dengan mengikut langkah di beri, anda akan mendapati bekalan susu Insyallah bertambah dalam masa 24-72 jam.

Berikut adalah caranya:
  • Menyusui bayi atau mengepam secara kerap.
  • Aturkan masa untuk menyusu setiap 1-2jam pada waktu siang dan sekurang-kurangnya setiap 3jam sekali pada waktu malam. sekalipun anda terpaksa mengejutkan bayi anda. lebih baik jika anda dapat menyusui bayi anda daripada mengepam.
  • Berikan bayi menyusu di kedua-dua payu dara sehingga dia puas atau tertidur
  • berikan kedua-dua payudara untuk disusui setiap kali menyusu
  • Sekiranya bayi tidak dapat menyusu secara langsung pada payudara,gunakan pam elektrik yang boleh mengepam kedua-dua payudara secara serentak selam 10-15minit.
  • Selain menyusu anda juga boleh mengepam payudara anda pada waktu siang. Pam payu dara anda selama 5-10 minit selepas bayi selepas menyusu.
  • Biar bayi menghisap puting anda dalam tempoh ini, elakkan dari memberinya susu formula atau puting
  • Elakkan memberi tambahan seperti makanan, air,jus dan susu formula dalam tempoh ini. Anda boleh memastikan bayi mendapat susu secukupnya dengan bilangan lampin yang dibasahinya dan najisnya.
  • Ibu juga harus kerap makan makanan yang kaya protein dan kalsium seperti keju.
  • Minum air secukupnya 3-4liter sehari tapi tidaklah sehingga sampai anda perlu memaksa diri untuk minum.
  • Berehat secukupnya.
  • Sangat juga disarankan mengambil vitamin yang boleh membantu penyusuan ibu-ibu di mana kini ramai ibu-ibu memperakui pentingnya vitamin untuk kesihatan dan susu badan.
  • Berbincanglah juga dengan doktor atau pakar penyusuan jika ibu-ibu benar-benar yakin bekalan susu ibu berkurangan dan bukanlah disebabkan oleh pola penyusuan atau sikap bayi.
Di harap dengan sedikit tips ini dapat membantu ibu-ibu maintain bekalan susu badan. Sekiranya bekalan susu semakin sedikit segera dapatkan nasihat doktor atau dapatkan vitamin yang  boleh diamalkan. Bukan sahaja ibu dapat khasiat, bayi juga dapat dari khasiat susu badan ibu yang sememangnya sudah sedia TERBAIK!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...