Saturday, 2 March 2013

This Is The Perfect Broccoli Cheese Soup Recipe !! A Must Try Recipe.


Berapa ramai antara kita penggemar sup. Tak kisah lah sup apa pun asalkan sup. Kalau kita sedang berdiet atau tidak mahu makan nasi, sekurang-kurang nya alas perut dengan sup berkrim pun dah cukup memadai.  Ada beberapa resepi yang boleh dicuba khas buat ibu menyusu dan hamil. Sangat berkhasiat, ekonomi dan cukup praktikal untuk dicuba sendiri di rumah.

Saya penggemar sup berkrim selain sup tulang. Salah satu sup berkrim yang menjadi kegemaran saya sup brokoli. Mengapa saya suka sup brokoli? Sebab saya tak suka makan brokoli terang-terang sayur brokoli tu suap dalam mulut.  Alternatif lain untuk dapatkan khasiat brokoli tu, saya buat sup berkrim brokoli.

Check it out!!

Bahan-bahan:
Sebatang karot, potong dadu
Sebatang saderi,potong dadu
Seulas bawang putih, cincang
6 cawan brokoli, cincang
2 cawan susu skim
1 cawan bawang besar
Sedikit keju
Garam dan serbuk lada hitam

Cara membuat:
Di dalam satu periuk sup yang besar, masukkan bawang, karot, saderi, bawang putih dan air rebusan ayam. Didihkan. Masukkan brokoli tutup dan didih selama 5 hingga 10minit atau sehingga brokoli jadi lembut. Tambahkan susu skim dan kisar hingga lembut. Panaskan beberapa minit. Kalau suka boleh tambah sedikit cheese kat dalam sup tu.

Begitu mudah semudah ABC!!

Mama Batrisyia

Wah.. This is the perfect broccoli cheese soup recipe !!

Masa penyediaan hanya antara 30minit sahaja. Hidangan ekpress. Kalau malas, minta suami sediakan ye. Boleh bermanja-manja gitew..

Mengapa resepi ni baik untuk wanita hamil dan menyusu?
Sup ini ada asid folik yang tinggi sebab jumlah brokoli yang digunakan. Pengambilan asid folik yang cukup adalah penting terutamanya pada minggu-minggu awal kehamilan bagi mengelakkan kecacatan kelahiran.

Jangan lupa mencuba. Do share this recipe dengan para ibu hamil dan menyusu yang lain ya. Thanks in advance.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...