Wednesday, 13 March 2013

Mastitis "Duktus Susu Tersumbat"


Selepas malahirkan dan menyusui bayi, ibu kadangkala megalami masalah duktus atau salur susu tersumbat dan mastitis atau keradangan payudara. Kadangkala  berlaku susu tersekat pada salah satu bahagian payudara. Keadaan ini namanya “ duktus susu tersumbat”.

Jika susu yang tersekat tadi kekal pada bahagian tersebut, ia akan menyebabkan keradangan pada tisu payudara di sekelilingnya. Keadaan ini dinamakan mastitis tanpa jangkitan.

Pengedar shaklee mama batrisyia
Mastitis menyebabkan payudara jadi merah,
panas dan menyakitkan
Pada peringkat awal, mungkin tiada jangkitan kuman yang berlaku. Namun, jika dibiarkan tanpa rawatan, bakteria boleh menjangkiti kawasan tersebut. Akhirnya, duktus susu yang tersumbat tadi akan bertukar menjadi mastitis dengan jangkitan. Duktus susu tersumbat boleh dikesan pada payudara apabila ibu mendapati ada KETULAN BENGKAK DALAM payudara serta TOMPOK MERAH DI KULIT payudara berdekatan ketulan itu. Ketulan itu mungkin menyakitkan apabila ditekan. Biasanya ibu sihat dan tidak demam.
Pengedar shaklee mama batrisyia
Keradangan berlaku menyebabkan
nanah di dalam payudara, payudara
jadi kemerahan

Sekiranya, ibu alami mastitis, tanda-tanda yang akan dialami ibu ialah:
  • Kesakitan dan kemerahan pada kawasan tersebut
  • Rasa letih, loya, sakit kepala dan sakit seluruh badan
  • Demam dan mengigil
  • Tanda dan gejala antara mastitis tanpa jangkitan dengan mastitis dengan jangkitan hampir sama.
Segeralah bertindak jika ibu mengalami masalah susu tersumbat yang menyakitkan. Berjumpalah dengan doktor dan pakar laktasi jika anda menemui jalan buntu.

Bagaimana untuk mengatasi masalah susu tersumbat? Tunggu entri akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...