Alhamdulillah. Saya bersyukur dilahirkan menjadi
seorang wanita dan muslimah.
1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang
lelaki yang soleh.
3. Barang siapa
yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa
yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang
tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di
dalam syurga.
6. Barang siapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah
r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di
bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila
memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
10. Wanita yang
taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang
dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula
berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
Bersama-samalah kita menjadi muslimah yang sejati dan sentiasa dilindungi Allah SWT dari kekhilafan di dunia.
No comments:
Post a Comment