Sunday, 17 March 2013

Bayi Kerap Kembung Perut "Colic"?


Kembung perut atau colic biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Dianggarkan 1 hingga 5 dalam setiap 10 bayi mengalami kembung perut.
Tanda-tanda bayi kembung perut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas
  • Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/ pulih apabila bayi mencapai 3-4 bulan.
  • Bayi yang mengalami kembung perut selalunya akan menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama, diikuti dengan menarik kedua belah kaki ke perut dan tangan digenggam. Masalah ini  tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda-tanda penyakit yang lain.


Pengedar shaklee

Punca bayi kembung perut.
Sebab bayi kembung tidak diketahui.  Ada beberapa teori:

Usus
  • Alah kepada protein susu lembu
  • Alah kepada laktosa
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “ angin” yang berlebihan.
  • Ketidakselesaan disebabkan “ angin”


Secara biologi

Cara menyusu:
  • Kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial iaitu ibubapa yang tertekan
  • Sistem saraf bayi belum matang menyebabkan Ia lebih sensitive kepada faktor persekitaran.


Rawatan bayi kembung perut:
Biasanya bayi yang mengalami kembung perut akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Keadaan ini akan pulih apabila bayi berumur 3-4 bulan. Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.

Jika anak anda kembung perut:
  • Elakkan daripada terlalu kerap mengangkat bayi ketika merengek
  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
  • Kurangkan bunyi bising
  • Bawa bayi anda bersiar-siar
  • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA

Jika ibubapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...