Sunday, 3 March 2013

Rahsia Ciuman


Manfaat ciuman ternyata sangat banyak.  Cara ciuman yang cantik dan sihat, siapa yang tak suka dengan ciuman dari pasangan kan?  Ciuman tentu sahaja perlu tarikan  khusus, barulah kita menikmati ciuman yang sebenarnya.

Mama Batrisyia
Ramai  yang mengatakan bahawa berciuman hanya sekadar berfungsi untuk meningkatkan keintiman dengan pasangan saja, padahal tidak. Bukan sedikit manfaatnya bagi kesihatan tubuh kita tau. Ingin tahu? 

  • Menjaga keseimbangan sistem kardiovaskular. Saat anda mencium pasangan dalam waktu yang lama, degupan jatung boleh  meningkat hingga 110 per minit. Latihan yang sangat bagus untuk kesihatan jantung.

  • Menstabilkan atau  menurunkan berat badan. Berciuman selama 5 minit dapat membakar 12 kalori. Alternatif diet yang mudah dan juga sangat menyenangkan.

  • Mengencangkan otot wajah dan menghaluskan kulit. Sewaktu aktiviti ciuman dilakukan, lebih dari 30 otot wajah bergerak. Efeknya, aliran darah ke kulit wajah meningkat dan secara tidak langsung juga akan menghaluskan kulit wajah anda.

  • Merangsang sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari virus. Ada yang berpendapat berciuman dianggap sebagai cara penyebaran virus. Namun, kenyataanya, air liur yang terdapat saat berciuman, merupakan ubat semulajadi yang dapat mengatasi virus tertentu. Proses pertukaran air liur ini akan dapat merangsang sistem kekebalan tubuh  dan menghasilkan produksi antibodi yang mampu melindungi anda dari virus. Proses ini disebut cross-imunoterapi.

  • Mencegah gangguan paru-paru. Setelah berciuman, biasanya nafas menjadi lebih cepat. Rata-rata setelah berciuman, orang akan menarik nafas dan menghembuskan nafas 60 kali dalam satu minit. Sedangkan dalam keadaan normal, hanya 20 kali tiap satu minit. Menarik  dan menghembus nafas mampu mencegah berbagai gangguan di paru-paru.

  • Melindungi gigi. Ketika berciuman, pengeluaran saliva atau air liur automatik lebih banyak. Asam yang terkandung dalam saliva akan menjadi pelindung yang baik bagi gigi anda.

  • Mencegah stress. Berciuman lebih dari 3 minit akan merangsang tubuh menghasilkan rantai kimia yang akan menghancurkan hormon penyebab stress. So, kini jangan ragu lagi untuk berciuman sebanyak-banyaknya (dengan pasangan anda ya) kerana selain mengasyikkan manfaat ciuman sangat baik buat kesihatan anda
Nah, bagi anda yang sudah mengetahui banyak manfaat dari ciuman maka seringlah memberikan ciuman yang dalam dan penuh kasih sayang untuk pasangan supaya hubunga intim bertambah mesra. Ini buat yang sudah berkahwin sahaja ye.

Sila klik LIKE pada fanpage FB Mama Batrisyia e-shoppe untuk lebih pelbagai tips kehamilan, penyusuan, kesihatan dan konsultasi percuma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...