RAMAI wanita bimbang
dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses
semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi
organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat.
Proses itu menyebabkan
berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun
proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya
hidup dan persekitaran.
Perubahan fizikal
disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit
menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan
malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat
badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai
penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan
tulang serta kurang daya penglihatan.
Anggur muskat yang juga
dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di
kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah
muda serta memberi kesihatan berpanjangan.
Anggur muskat dan
bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri
antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika
dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang
terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan
kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses
penuaan.
Selain anggur muskat,
tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah
elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan
sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.
Elderberi sudah
digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma,
sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan
melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak
seimbang serta tekanan.
Polygonum cuspidatum
sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama
seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan
ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk
antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses
penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan
lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.
Akhir sekali lobak ungu
adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi
antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko
penyakit jantung.
Jenama produk kesihatan
terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix
yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.
Malah ia adalah produk
terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di
Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Menurut Ketua Pegawai
Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah
kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.
Kandungan anggur
muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk
melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan
membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak
balas melawan agen penuaan.
"Terdapat empat
mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang
kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali
lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan
bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat
sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut
Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi
kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.
Katanya, Vivix kini
menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan
selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna
merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.
Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman
yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh
dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa
minit untuk dilihat hasilnya.
Aktikel ini diambil dari akhbar HARIAN METRO, 22 Jan 2010
Oleh Siti Zarinah Sahibsitizarinah
Aktikel ini diambil dari akhbar HARIAN METRO, 22 Jan 2010
Oleh Siti Zarinah Sahibsitizarinah
@hmetro.com.my2010/01/22.
Jika anda berminat nak dapatkan VIVIX yang hebat ini sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Tel:017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA!
Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Jika anda berminat nak dapatkan VIVIX yang hebat ini sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Tel:017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA!
Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments:
Post a Comment