Terasa hari ini
semangat seakan berkobar-kobar nak update blog. Semangat tahun baru agak nya ni. Saya pasti
ramai ibu-ibu yang rajin membaca blog saya dah tahu ada 4 jenis set penyusuan
bukan? Dan set paling boom dan paling mendapat sambutan ialah set 3M,diikuti dengan Set E dan Eu Four Set.
Saturday, 29 December 2012
Friday, 28 December 2012
Alfalfa Bantu Atasi Miss V Berbau Dan Dijangkiti Kulat
Urusan penjagaan
mahkota wanita sangat berhubung rapat soal kebahagiaan dan keharmonian rumah
tangga. Sebenarnya Miss V ada kemampuan “auto cleansing” kerana adanya bakteria
baik namun pada sesetengah wanita ada
juga yang masih tercium bau kurang enak. Inilah puncanya bermula masalah
keputihan yang teruk.
Wednesday, 26 December 2012
Uniknya Susu Ibu
Mungkin ramai yang
anggap susu ibu, susu lembu, susu formula itu sama, betul? Semua haiwan mamalia
menghasilkan susu dan semua anak mamalia menyusu. Manusia dalam kumpulan
mamalia. Namun walaupun tergolong dalam spesis yang sama, setiap spesis menghasilkan
susu unik tersendiri bagi memenuhi keperluan nutrisi anak.
Tuesday, 25 December 2012
Penyimpanan, Mencairkan dan Memanaskan Susu Ibu
Penyimpanan susu secara
teratur perlu dilakukan bagi memastikan kualiti susu ibu dikekalkan pada tahap
maksimum. Untuk itu, pastikan setiap bekas penyimpan susu dibersihkan dengan
sempurna . Labelkan setiap bekas susu mengikut tarikh dan masa perahan.
Sunday, 23 December 2012
Jangan Ambil Mudah Hemoglobin (hB) Rendah Semasa Hamil
Kekurangan
zat besi di dalam darah boleh menjejaskan kehamilan. Oleh kerana itulah, anda dinasihatkan untuk memeriksa tahap hB agar berada dalam keadaan yang normal
sebelum merancang untuk hamil. Namun, jika masalah ini berlaku, anda perlulah
menambah zat besi dalam badan dengan mengambil lebih banyak makanan yang
mengandungi daging merah, sayuran hijau, bijirin, serat dan kekacang.
Saturday, 22 December 2012
Hebatnya Kombinasi Milk Booster ESP+Alfalfa Terbaik!!
Jam telah menunjukkan
pukul 2 pagi, Alhamdulillah minum ESP sebelum tidur tadi, bila bangun mudah
dan tak mengantuk. Buka lappy jap sebab
nak update blog buat pembaca setia dan pelanggan tercinta Mama Batrisyia. Al maklumlah
ada anak kecil ni siang payah nak buat kerja, so malam lah masa sesuai lepas
baby tidur baru boleh buat kerja.
Thursday, 20 December 2012
Ermm. Nampak Macam Tak Hamil, Tapi Sebenarnya Hamil!!
Sesungguhnya proses hamil selama 9 bulan
sememangnya amat mengujakan dan suatu pengalaman baru buat ibu baru. Bagi yang
bukan pertama kali hamil, pengalaman yang lalu mungkin mengajar ibu lebih
bersedia. Pada ketika ini perubahan hormon akan berlaku dan mempengaruhi
fizikal, emosi dan mental seorang wanita hamil itu.
Bayi Keliru Puting
Sekiranya
tidak dapat menyusukan bayi terus dari payudara, ada beberapa pilihan kaedah
yang boleh digunakan oleh ibu bagi mengelakkan anak keliru puting. Salah satu
nya adalah pemberian botol. Namun selagi bayi yang berumur 4-6bulan, Ibu boleh
memperkenalkan cawan latihan @ sippy cup.
Tuesday, 18 December 2012
Ibu Menyusu ~Bolehkah Minum Kopi?~
Ibu yang menyusukan
bayi perlu berpada-pada ketika mengambil minuman berkafein. Biasanya bayi yang
berumur kurang dari enam bulan lebih sensitif
terhadap pengambilan kafein oleh ibunya.
Jika si ibu mengambil minuman berkafein, ia akan meresap masuk ke dalam aliran
darah yang seterusnya meresap ke dalam susu badan. Sekiranya ambil kopi lebih
kurang 4 cawan sehari, ia akan memberi kesan kepada bayi. Oleh itu si ibu tadi dinasihatkan untuk kurangkan pengambilan kafein ketika masih menyusukan bayi.
Bukan tak boleh langsung tapi sila kurangkan saja.
Saturday, 15 December 2012
Anak Kurang Menyusu Di Siang Hari Tetapi Lebih Kerap di Waktu Malam
Penting bagi ibu berkerjaya!
Bayi lebih kerap menyusu pada sebelah malam tetapi
pada sebelah siang kurang menyusu apabila ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh.
Ini dinamakan “reverse cycling”.
Kulit Berseri Dan Muda Dengan ESP Protein
1/10 daripada protein di dalam badan kita terdapat pada kulit. Ini merupakan salah
satu sebab mengapa protein amat penting untuk kesihatan yang optimum. Satu lagi
sebab yang lain protein merupakan sumber yang kaya dengan bahan pemulih kulit
yang diperlukan seperti kolagen, agen pemutihan, pelembap semulajadi dan asid
amino.
Tuesday, 11 December 2012
Set Kesuburan Shaklee ~ Untuk Suami Isteri Yang Ingin Zuriat ~
Ramai wanita percaya
nasib memainkan peranan dalam soal kesuburan. Saya ada terbaca satu artikel
dalam surat khabar minggu lepas, 71% wanita percaya kesuburan adalah ketentuan takdir dan 42% pula
menyifatkan ketiadaan zuriat sebagai nasib tidak baik. Anda setuju kah?
Orang tidak bertanya berapa aset yang kita ada, kejayaan yang kita kecapi mahupun gelaran atau anugerah yang kita terima, tetapi lebih senang bertanya soalan yang menjurus kepada pertambahan bilangan ahli keluarga.
Tidak salah jika soalan
itu ditanya bagi mengetahui perkembangan
terbaru. Namun jika soalan lebih mendalam ditanya, misalnya sebab mengapa tiada
anak dan sudah berapa lama berkahwin atau tidak pergi berubat ke mungkin
pertemuan yang diharapkan meninggalkan memori manis mejadi sedikit kelat dek
kata-kata yang kurang memikirkan perasaan atau sensitiviti orang lain.
Saya akur memang lumrah
soalan berapa jumlah anak paling lazim dikemukakan oleh individu yang sudah
lama terputus hubungan atau baru berkenalan. Harus diingat, jika kita
mengetahui keadaan seseorang, usah ditanya berulang kali kerana ia boleh
meninggalkan perasaan pahit bak hempedu dalam jiwa seseorang.
Masalah paling besar di
Malaysia yang mengekang wanita dinegara ini mendapatkan bantuan ialah kos
tinggi yang dikaitkan dengan rawatan kesuburan. Bagi yang berkemampuan, banyak
wang mungkin tiada masalah, berubat di luar negara pun pasti tiada masalah.
Tetapi bagi yang ada masalah kewangan, menunggu lama untuk punya zuriat bukan
kah ini amat menyedihkan.
Tidak ramai yang tahu, kadang-kadang
hanya mengamalkan suplemen tertentu masalah kesuburan boleh diatasi. Walaupun ia
tidak menjanjikan anda boleh hamil tetapi tidak kurang juga yang berjaya hamil
kerana mengamalkan suplemen sahaja. Daripada hanya menunggu bulan jatuh ke riba,
ambillah suplemen. Usaha dan doa harus dipraktikkan juga.
Testimoni:
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pelanggan nie berjaya hamil dalam masa 2 bulan mengamalkan vitamin Shaklee ni Masalah keputihan serta haid yang tidak teratur berjaya diatasi. Anugerah terbesar dari Allah swt ialah zuriat. Berkat doa beliau di makbulkan Allah swt.
Testimoni:
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pelanggan nie berjaya hamil dalam masa 2 bulan mengamalkan vitamin Shaklee ni Masalah keputihan serta haid yang tidak teratur berjaya diatasi. Anugerah terbesar dari Allah swt ialah zuriat. Berkat doa beliau di makbulkan Allah swt.
✔Apa yang diamalkan si
isteri?
❤GLA Complex - Menstabilkan hormon. Mengatur period agar teratur.
❤Alfalfa - Mengatasi masalah keputihan dan jangkitan kulat (boleh menjejaskan hubungan suami isteri)
❤Energizing Soy Protein
(ESP protein) – Mengandungi isoflavone,
sangat penting untuk hormone wanita iaitu estrogen, menstabilkan hormon juga
tingkatkan tenaga sewaktu bersama.
❤Vitamin B – Ia mengandungi
folik acid. Bagus untuk pembentukan janin juga sistem reproduktif yang sihat. Kebiasaan
bagi pasangan yang sedang mencuba untuk hamil, jika buat pemeriksaan , doktor
akan beri folic acid.
✔Apa yang diamalkan si suami?
❤Zinc complex –
Meningkatkan nafsu seks, Meningkatkan hormon
testosterone dan meningkatkan kiraan sperma. Sangat penting dalam kelanjar
prostat.
❤Vitamin E – Melindungi juga
menghasilkan sperma yang sihat dan aktif.
Justeru itu setelah berusaha, selebihnya kita bertawakal dan berserah pada Allah swt. Saya nasihatkan pada mana-mana pasangan yang sangat teringin menimang cahaya mata, buatlah pemeriksaan doktor. Pergilah bersama-sama pasangan, jangan pergi seorang saje tau.
Jom lihat SET KESUBURAN
dan TESTIMONI lain. Sila KLIK.
Ingin dapatkan produk hebat ini? Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
Emel: mamaBatrisyia82@gmail.com
PM FB: Azimah Su'ut
FB page: Mama Batrisyia e-shoppeArea COD saya di kawasan UPM Serdang, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Bukit Mahkota dan Kuala Lumpur (area Pavillion, Klcc, Bukit Bintang dan beberapa kwsn lain), Miri, Sarawak. Jika kawasan anda tiada dlm senarai, boleh hubungi dan maklumkan saya.
Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Labels:
Alfalfa,
ESP,
GLA,
Penyelesaian kesuburan lelaki dan wanita,
Testimoni Alfalfa,
Testimoni ESP,
Testimoni GLA,
Testimoni Set Kesuburan,
Tips Suami Isteri,
Vitamin B,
Vitamin E,
Zinc
Location:
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Monday, 10 December 2012
Sekuat Mana Niat Ibu
Saya sebenarnya punya
banyak cerita tentang penyusuan. Entry kali ini saya nak kongsi satu cerita.
Pernah satu ketika saya ke sebuah Pusat Kesihatan, sementara menunggu nama
dipanggil saya duduk lah sebelah seorang makcik umurnya lebih kurang lewat
50an. Tiada kawan untuk diajak bersembang, maka sembang lah dengan makcik
sorang nih.
Saturday, 8 December 2012
Uniknya Susu Ibu lawan Susu Formula
Susu ibu mengandungi antibodi
dan imuniti, dan dapat membantu melawan jangkitan. Selain daripada kualiti
meningkatkan imuniti, susu ibu berubah komposisinya bergantung kepada keperluan
bayi. Susu formula kekal sama tanpa mengira keperluan bayi tersebut. Mengapakah
demikian?
Tiada “selera” dan "dingin" (18sx)
Menyerikan kebahagiaan rumah tangga adalah satu
cabaran yang amat besar, lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu sudah
berkahwin agak lama.Dalam keadaan ini, bukan sesuatu yang mengejutkan
sekiranya pasangan terbabit sudah hilang rangsangan mengadakan hubungan
kelamin, dalam bahasa mudahnya, hubungan mereka sudah mulai dingin.
Labels:
Alfalfa,
E,
Penyelesaian kesuburan lelaki dan wanita,
Set F:Feminine Set,
Suami dan Isteri,
Testimoni Alfalfa,
Tips Suami Isteri,
Vitamin E
Location:
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Thursday, 6 December 2012
Benarkah Susu Kelihatan Cair Petanda Susu Makin Kurang?
Susu ibu cair adalah petanda susu makin berkurangan?
Tidak benar sama sekali. Hakikatnya susu ibu tidaklah sama dengan susu formula.
Susu ibu memang kelihatan agar cair tetapi tidak bermakna ia kurang bernutrisi,
malah susu ibu yang dibekukan dan dicairkan jauh lebih baik dari susu formula
walaupun kandungan nutrisi nya sedikit terjejas akibat proses pembekuan. Susu
Ibu sudah cukup sempurna.
Jangan Sesekali Berkata TIDAK CUKUP SUSU
Ia amat mudah kalau kita rasa mudah, ia kan jadi susah kalau kita fikir susah. Saya
tahu tidak semua Ibu merasakan penyusuan itu menyenangkan. Kadangkala ada Ibu
dan bayi yang bergelut dengan penyusuan dan kadang kala bukan mudah untuk
konsisten dalam jadual perahan bagi ibu yang bekerjaya. Selepas setahun
bergelut dengan aktiviti penyusuan yang semestinya saya tidak punya pengalaman dahulu akhirnya saya berjaya jua kekalkan penyusuan sehingga kini. Hari ini saya update entri yang ini, Iman dah pun berusia 2 tahun 5 bulan.
Wednesday, 5 December 2012
Jadikan Saat Berpantang Sesuatu Yang Mudah
Berpantang bukan sahaja melibatkan kesihatan, bahkan
ia sering dikaitkan dengan amalan pemakanan. Ini kerana dalam tempoh
berpantang, badan kita masih lemah malah sakit ketika bersalin masih belum reda
sepenuhnya. Jika kita ikut amalan tradisional masyarakat melayu, ibu-ibu lazimnya
diberikan makanan yang mampu mendatangkan sumber darah di dalam badan, misalnya
limpa dan hati. Ia bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses
kelahiran berlangsung.
Sunday, 2 December 2012
Sungguh Hebat, 54oz Susu Perahan Dalam Masa 10jam
Berpisah dengan bayi
buat sementara waktu bukan bererti anda harus berhenti menyusui bayi. Atas sebab
apa sekalipun, apabila anda tidak dapat atau tidak mahu menyusui bayi buat
sementara waktu, TETAPI perlu mengekalkan bekalan samaada memberikan bayi pada masa
itu atau kemudian, anda perlu perah susu lebih kurang sama bilangan kalinya dengan
bilangan penyusuan.
Sunday, 25 November 2012
Hilang 20kg Dalam Masa 2 Bulan, Penyusuan Meriah, Kulit Cantik. Apa Rahsianya?
Masalah menurunkan
berat badan ketika pasca melahirkan merupakan masalah yang paling banyak di keluhkan
oleh wanita, khususnya yang melahirkan secara caesar. Seperti kita ketahui sewaktu
pasca melahirkan banyak wanita yang sukar untuk mendapatkan berat ideal seperti
sebelum mereka melahirkan, masalah ini cukup memberi tekanan pada wanita yang
baru selesai melahirkan.
Saturday, 24 November 2012
Ingin Botox? Tunggu Dulu!
"You, apa
rahsianya mukanya kelihatan lebih muda ni?'
"Iya, I kan minggu
lepas baru je suntik botox. Ni, lihat, kedut-kedut dah hilang, kan?"
Anda pernah tertarik
hendak memakai botox? Anda akan berubah fikiran setelah membaca artikel ini.
Friday, 23 November 2012
Hari Pertama Dengan ESP, Kilang Susu Berdenyut-denyut, Pam Dapat 5oz
Ramai mengadu susu badan yang dulu memancut-mancut kini semakin
kurang penghasilannya. Selalunya pam susu yang pertama tu susu sangatlah meriah. Bila sy tanya semula cmne aktiviti penyusuan rupanya hanya bergantung pada aktiviti pam je. Direct feed tak sangat. Inilah puncanya susu kian merudum.
Wednesday, 21 November 2012
Permulaan Yang Mengujakan, 10oz Dengan SET B
Setiap hari saya pasti
akan terima soalan dari ibu menyusu yang menghadapi masalah susu merudum.
Tolong… saya hadapi
masalah yang sangat membingungkan di mana penghasilan susu badan saya tak
maintain. Sekejap ok, sekejap tak ok. Bila tak ok tu pam pun dapat 2-3oz je.
Kadangkala milk supply sangat ok. Rasa sangat tertekan dengan situasi turun
Monday, 19 November 2012
Ikan Baik Untuk Jantung Bantu Perlahankan Pemendapan Kolesterol
Masalah berlebihan
kolesterol atau hypercholesterolemia menjadi satu isu kesihatan di zaman moden
ini. Pelbagai jenis ubat dicipta untuk mengurangkan paras kolesterol darah.
Tetapi ironinya masalah ini masih lagi membelenggu masyarakat kita dan statistic
kematian akibat serangan jantung terus meningkat dari tahun ke tahun.
Sunday, 18 November 2012
Tanpa 3M Dapat 10oz Sehari, TETAPI Dengan 3M Dapat 28oz Sehari
Tingkatkan penghasilan
susu dengan “POWER PUMPING” Bagaimana caranya untuk aplikasikan teknik power pumping dalam penyusuan. Berjayakan teknik ini untuk hasilkan susu yang meriah?
Sebelum Ibu mulakan
Power Pumping bagi saya ada dua perkara yang perlu Ibu adakan.
Saturday, 17 November 2012
Tiada Yang Mustahil Dapat 12oz Susu Semasa Period
Seorang rakan saya
bertanya nape waktu period je,
berlaku perubahan pada produksi susu di mana di hari biasa dia dapat perah susu
8-10oz sekali sesi tetapi bila period hanya dapat lebih kurang 4-5oz je
sekali sesi. Nape jadi cmni ye?
Thursday, 15 November 2012
Hasil Tuaian yang Konsisten Mampu Hasilkan 19oz
Saya sangat
menggalakkan penyusuan susu ibu sebanyak yang mungkin kerana saya sangat
mengalakkan penyusuan ibu. Saya prihatin terhadap penyusuan ibu bukan
semata-mata sebab business,tetapi kerana saya mahu mengalakkan para Ibu menyusukan
bayi.
Wednesday, 14 November 2012
Keperluan Penyusuan Ikut Usia
Jangan khuatir apabila
susu ibu yang keluar setelah melahirkan tidak seberapa jumlahnya. Biar berapa
pun yang mampu Ibu hasilkan, itulah kuantiti tepat yang diperlukan oleh bayi.
Seiring pertambahan usianya, jumlah susu ibu akan bertambah mengikut keperluannya.
Anak Derita Asma
Seorang
ibu bertanya anak telah disahkan asma
dan perlu gunakan pam setiap hari. Adakah masalah asma ini menyebabkan badan
anak jadi lemah dan mudah dijangkiti
penyakt seperti batuk, selsema dan sebagainya? Apakah cara lain cegah dari
sentiasa berulang.
Tuesday, 13 November 2012
Sayangi Anugerahmu
Saya baru setahun
jagung bergelar ibu namun wawasan saya inginkan penyusuan ekslusif buat bayi
sulung saya.Mari ikuti rahsi saya.
Sebelum bergelar Ibu
saya mengaku lepas habis kerja kadang-kadang boleh menyinggah ke mana-mana, gi
Alamanda, gi Jusco atau pun jumpa kawan. Tapi sejak ada buah hati tersayang,
macam ada magnet pula yang menarik suruh balik cepat lepas habis kerja. Tak
sabar tau nak balik rumah cepat nak peluk-peluk , nak cakap-cakap dengan baby.
Giler seronok.
Monday, 12 November 2012
Mengapa Pentingnya Rangsangan?
Seperti yang Ibu sedia
maklum, payudara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi
meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya Ibu perlu lakukan beberapa perkara
penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan seperti kerap menyusu.
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada siang hari.
Saturday, 10 November 2012
Checklist !! Nak Berjaya Dalam Penyusuan
Saya ambil contoh mudah
seorang ibu yang punya seorang anak umur 4 bulan yang bercadang nak susukan
bayi sehingga paling kurang pun 1 tahun. Sebelum ini ambil suplemen prenatal dan
sekarang hampir habis vitamin nya. Adakah patut si ibu dapatkan lagi suplemen itu? Diet harian si ibu tak lah “perfect” , 3kali sehari ditambah dengan snek
yang tak berkhasiat. Patutkah ambil suplemen semasa penyusuan? Tak perlu pun
takpe kan?
Friday, 9 November 2012
Susu Ibu Seperti Air Laut, Ada Pasang dan Surutnya
Entri kali ini mari kita explore beberapa sebab musabah terhasilnya susu yang sedikit atau “low milk production”. Entri kali ini merupakan salah satu bahagian yang agak menarik dalam topik penyusuan kerana mencari jawapan memerlukan kita tahu apakah yang berlaku supaya Ibu dapat hasilkan lebih banyak susu.
Tuesday, 6 November 2012
Terpaksa Berjalan Pakai Tongkat Sebab Sakit Pinggang & Sendi Lulut
Minggu lepas masa
jalan-jalan kat Tesco Kajang saya bertemu dengan seorang rakan lama, sama
bekerja dengan saya dulu masa kat tempat kerja lama. Berbual punya berbual saya
bertanyakan keadaan ibunya yang dulu
sering saja jumpa doktor kat
klinik tempat kami berkerja sebab sakit sendi. Dia cerita pada saya yang ibunya
tak lagi menjahit pakaian akibat dari sakit sendi itulah sampai ibunya nak
lipat kaki pun seksa.
Monday, 5 November 2012
Titisan Ajaib Buat Bayi Pramatang
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih berada
dibilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Hisapan susu ibu yang
pertama ini amat berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Sejam pertama penting
untuk merangsang penghasilan susu.
Bagi bayi yang dilahirkan normal, teruskan
memberikan susu ibu kepadanya. Kolustrum yang berwarna kuning yang kaya dengan antibody
amat diperlukan oleh bayi.
Saturday, 3 November 2012
Rahsia Kulit Kencang dan Terawat
Banyak yang
berpendapat, perempuan paling takut pada perubahan fizik. Salah satu masalah
yang menjadi musuh kaum perempuan adalah kerut dan kedut yang disebabkan oleh
faktor penuaan. Padahal sebenarnya kerut dan kedut tidak hanya kelihatan di
wajah, tetapi juga pada kulit tubuh.
Kelembapan kulit di
tubuh dan di wajah berbeza. Wajah memiliki kelenjar-kelenjar yang mengeluarkan minyak
lebih banyak jika dibandingkan dengan di badan.
Thursday, 1 November 2012
Apa itu sperma sihat?
Berkahwin dan
memiliki keturunan yang sihat memang menjadi dambaan sebahagian besar pasangan
berkahwin. Setiap pasangan di dunia ini menganut fahaman bahwa berkahwin dengan
tujuan memiliki keturunan adalah harus.
Masal ah memiliki keturunan tidak hanya meliputi kesihatan
si calon ibu saja tetapi faktor calon si ayah juga memainkan peranan yang
sangat penting. Yang menjadi isu di sini adalah apakah sperma lelaki cukup
sihat untuk mensenyawakan sel telur?
Tuesday, 30 October 2012
Saya Menginginkan Penyusuan Ekslusif. Anda Bagaimana?
Penyusuan bayi secara ekslusif bermaksud penyusuan secara ekslusif di mana hanya menyusu susu ibu tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Penyusuan ekslusif ini sangat penting bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara mental dan fizikal.
Saturday, 27 October 2012
Teknik Mengepam Untuk Hasil Yang Optimum
Bagi
mendapatkan hasil yang optimum setiap kali pam susu, ada perkara yang perlu
dititikberatkan sebelum memulakan sesi mengepam. Ramai yang tak puas hati
setiap kali pam dapat 3oz-5oz sahaja. Jangan begitu sekurangnya Ibu patut bersyukur
dari takde langsung kan. Bila dikumpulkan hasil yang Ibu anggap sedikit itu
akan jadi banyak.Sekarang saya ingin kongsi tips bagaimana Ibu boleh tingkatkan
hasil perahan lebih dari biasa.
Friday, 26 October 2012
Hasilkan Rezeki Meriah,Sedap dan Pekat Dengan ESP, Memang Berbaloi
Kawan-kawan datang
rumah ramai yang tanya bagaimana saya dapat maintain penyusuan sehingga kini. sedangkan ini anak pertama saya.
Jawab saya, semua ibu boleh maintain penyusuan asal saja rajin, kuat semangat
dan inginkan terbaik buat si manja. Saya juga gemar mencari
Ilmu tentang penyusuan kerana sebelum ini saya memang apa pun tak tahu. Tetapi
kini breastfeeding adalah jiwa saya.
Tips Simpan Stok Perahan Sewaktu Berpantang
Susu ibu sangat
unik dan merupakan minuman penuh azimat yang dapat melindungi bayi daripada
sebarang penyakit dan serangan jangkitan. Susu ibu adalah makanan semulajadi
yang dianugerahkan khusus untuk bayi. Susu ciptaan Ilahi ini sememangnya
memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran anak.
Sunday, 21 October 2012
Tips Supaya Susu Sentiasa Meriah Ketika Berpuasa
Jadual pemakanan
teratur yang berkesan yang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat perlu
diamalkan oleh ibu menyusu sepanjang masa terutama ketika berpuasa.
Amalan bersahur menjadi
kemestian bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana sekiranya berpuasa tanpa pengambilan
sahur yang betul ia boleh memungkin kan anda mengalami gejala hipoglisemia
(kekurangan gula badan) dan air susu merudum.
Saturday, 20 October 2012
Hukum Menyusukan Anak Angkat
Agama
Islam sangat menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk enyusukan
sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya
mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang
tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri
anak tersebut dengan bantuan perubatan.
Thursday, 18 October 2012
Psttt.. Situasi Yang Menakutkan. Kejap Kurus, Kejap Gemuk Semula
DIET yang sihat
adalah amalan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai
jenis makanan perlu bagi memastikan kesemua nutrien yang berguna dapat diambil
bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.
Memang tidak
dinafikan dengan melakukan DIET yang betul, ia mampu mengembalikan bentuk badan
yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih semulajadi.
Friday, 12 October 2012
Berpantang. Moden vs Tradisional
Wanita
yang baru sahaja bersalin akan melalui proses berpantang selepas melahirkan
anak. Di Malaysia amnya, wanita akan melalui proses tersebut dengan amalan
berpantang yang tersendiri sama ada melalui cara moden atau tradisional.
Biasanya
tempoh yang disarankan adalah 44hari atau 6 minggu. Ketika waktu tersebut tubuh
wanita berada dalam perubahan hormone dan amat senang dijangkiti kuman jika
diabaikan penjagaannya. Berpantang juga dapat mengembalikan bentuk badan ibu
seperti sebelum hamil.
Wednesday, 10 October 2012
Sembelit Sewaktu Hamil dan Berpantang, Anda Khuatir?
Sembelit adalah masalah
yang melanda ramai wanita hamil. Masalah
buasir juga kerap berlaku ketika rahim semakin berat dengan janin yang makin
membesar. Apabila melahirkan anak, ketika meneran, buasir akan bertambah teruk
sehingga ada yang terkeluar dan tidak dapat dimasukkan semula ke dalam.
Tuesday, 9 October 2012
Dari Rahim Wanita
Wanita telah dicipta dengan keistimewaan di mana di
dalam anggota badannya mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan wanita
mengandung dan melahirkan bayi. Organ peranakan tersebut menjadi tempat tinggal
selama 9 bulan janin berkembang menjadi bayi sebelum lahir ke dunia.
Sunday, 7 October 2012
Babymoon
Penyusuan bayi
untuk dua minggu pertama boleh dikatakan ibarat bulan madu buat si ibu dan si
manja sejurus ia dilahirkan di mana bayi adalah fokus utama si ibu buat si kecil. Di waktu
inilah ibu-ibu fokus untuk mengenal bayi dan kehendak bayi dengan beri tumpuan
yang lebih dan penuh tanggungjawab. Di waktu ini gangguan dari pelbagai pihak
haruslah seminimum yang mungkin. Di barat, ia digelar “Babymoon”
Saturday, 6 October 2012
Sembelit Buat Anak Fobia Membuang Air Besar
SEMBELIT bermaksud
perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal
bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu
bimbang. Apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya,
kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.
Monday, 1 October 2012
Kolostrum dan Kehamilan
Bercadang ingin hamil
kembali dalam masa terdekat tetapi masih punya anak yang masih menyusu badan. Adakah
kehamilan akan mengurangkan kuantiti kolostrum setelah bersalin?
Kehamilan tidak menjadi
masalah dan halangan untuk meneruskan penyusuan sepanjang tempoh kehamilan.
Malah apabila bayi lahir , masih boleh menyusukan anak yang masih menyusu itu.
Ia dipanggil tandem nursing. Penyusuan
ketika hamil adalah normal tetapi harus diingatkan agar mengamalkan gaya
pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan.
Saturday, 29 September 2012
Ayuh Berpantang Pikat Kembali Hati Suami
Rawatan berpantang mesti diamalkan oleh ibu selepas
bersalin untik kesihatan jangka panjang. Tidak semua orang masih mempunyai ibu
untuk menolong penjagaan semasa dalam pantang atau mampu mengambil confinement lady ke rumah.
Friday, 28 September 2012
Langsing Tanpa Jejaskan Produksi Susu Badan
Tampil
menawan dengan tubuh lansing
adalah dambaan setiap ibu,khususnya yang baru bersalin. Meskipun
menyusui bayi secara ekslusif selama 4-6 bulan dapat mengembalikan berat badan ideal ibu seperti sebelum melahirkan, banyak ibu tidak percaya hal ini. Untuk mengatur makan atau mengurangkan berat badan pun ibu sering tak sanggup sebab khuatir
mengganggu produksi susu badan. Latihan atau olahraga saja bukan serta merta
dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil.
Ketahui Masalah Bayi Sepanjang Penyusuan
Meskipun
Ibu ditakdirkan untuk menyusui, namun selalu saja ada masalah yang muncul saat
Ibu menyusui bayi. Jangan khuatir dan menyerah sebaliknya bertenang.
Walaupun bayi sudah memiliki refleks menghisap
puting payudara ibu sejak lahir, namun pada awalnya mungkin sukar ia lakukan. Bayi
Ibu memang belum terbiasa. Kadang-kadang, kesulitan pemberian susu ibu disebabkan oleh faktor medik yang
dapat mempengaruhi selera makan bayi atau proses penyerapan makanan dan
nutrisi.
Thursday, 27 September 2012
Tips Menangani Anak Sulit Makan
Masalah sulit makan ini dialami anak di usia bayi. Umumnya mulai ditemui
pada usia anak 1-4 tahun.. Banyak hal yang menyebabkan anak susah makan kerana
bagi anak, saat makan itu bukan hanya memenuhkan gizi tetapi juga saat penuh
dengan rasa ingin tahu, berlatih, belajar, dan sebagainya.
Tuesday, 25 September 2012
Jangan Ambil Mudah Jika Anak Kurang Zat
Saya
pasti mungkin ibubapa pernah mengalami beberapa atau bahkan mungkin semua hal dibawah ini:
- Bingung dalam menyiapkan makanan buat anak anda dari hari ke hari?
- Kurang mengetahui bahan makanan apa yang sesuai dengan usia anak anda?
- Kurang yakin adakah menu makanan si kecil sudah memenuhi keperluan gizinya?
- Mulai menyedari bahawa jika si kecil susah sangat dan cerewet sangat makan boleh menjadikan ia bosan sebab asyik menu yang sama je kan?
Friday, 21 September 2012
Children's Health "Start Early And Start With The Best"
Memiliki buah hati adalah dambaan setiap ibu
bapa, namun tentunya sudah pasti merupakan tanggung jawab kita untuk memberikan
yang terbaik buat anak kita. Begitu juga dalam hal yang paling utama, iaitu
memberinya makan makanan berkhasiat yang mampu membina sistem imuniti tubuh serta
meransang aktiviti otak.
Saya percaya melalui makanan yang berkhasiat dapat
menjadikan anak-anak lebih fokus kepada sesuatu perkara , kurang letih
(sentiasa bertenaga),meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran,
menggalakkan tidur yang sempurna serta membaiki emosi kanak-kanak yang kadang
kala memberontak.
Thursday, 20 September 2012
Berkat Doa,Kesabaran dan Bantuan SET Penyusuan 3M
Selama ini susu ibu ialah susu terbaik buat bayi. Ia juga dikenali sebagai imun tubuh yang paling terbaik buat bayi baru lahir. Selain kebaikan buat bayi ,ibu juga dapat keuntungan nya dari pemberian susu ibu tersebut pada bayi. Antaranya mengurangkan risiko terkena kanser payudara, kanser rahim serta mengembalikan bentuk tubuh si ibu setelah melahirkan.
Friday, 14 September 2012
Penyakit Pertama Si Buah Hati
Di tahun pertama, bayi normal umumnya sihat-sihat sahaja. Kalaupun ia sakit, hampir semua penyakitnya lazim dialami bayi pada masa itu, misalnya alergi, batuk, selsema, infeksi telinga, atau ruam lampin. Sakit pertama yang diderita bayi biasanya membuat orang tua cemas. Mengenali gejala penyakit sangat membantu memutuskan tindakan yang tepat pada waktu yang tepat.
Kehamilan, Proses Mempersiapkan Keturunan yang Sempuna
Apa yang perlu diperhatikan pada masa kehamilan?
Nutrisi yang bagus membantu wanita menyiapkan tubuhnya untuk menjadi seorang ibu kerana proses kompleks yang terjadi selama masa kehamilan memerlukan banyak protein, vitamin dan mineral untuk ibu dan bayi. Jika tubuh ibu sudah mempunyai simpanan nutrisi jauh beberapa bulan atau tahun sebelum masa kehamilan, keperluan nutrisi dapat ditutupi dengan pola makan yang sederhana. Tetapi jika simpanan nutrisi lebih rendah pada masa kehamilan, maka ibu hamil mempunyai risiko yang cukup besar seperti amnesia dan kesulitan kehamilan.
Bercinta Saat Kehamilan
Berhubungan seks di masa kehamilan memicu banyak pertanyaan di sebaliknya, meskipun secara perubatan berhubungan seks selama hamil bukan hal yang mengelirukan, namun tak ada salahnya meneliti beberapa maklumat seks di masa kehamilan.
Seorang wanita sihat dengan kehamilan normal boleh terus berhubungan seks sampai usia kandungannya mencapai sembilan bulan tanpa perlu takut membahayakan diri sendiri ataupun janinnya.
Monday, 10 September 2012
Jangan Panik Bila Bayi Baru Lahir Terkena Jaundice/ Kuning
Bayi kuning terjadi pada semua bayi berusia 2-7 hari. Biasanya bayi yang menghadapi gejala kuning dapat dilihat dari kulit atau bahagian putih matanya yang berubah menjadi kuning, ini diakibatkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah bayi.
Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.
Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.
Shaklee Advanced Joint Health Jaga Kesihatan Sendi
Bagi jutaan individu yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan dirasakan begitu mencabar. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengakibatkan kualiti hidup terjejas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang digemari
Jangan biarkan sakit sendi menghalang kita dari bergiat aktif. Pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi sihat biarpun di usia yang semakin yang meningkat. namun begitu sama ada anda menghadapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi mengambil nutrien yang tepat bagi kesihatan sendi.
Jangan biarkan sakit sendi menghalang kita dari bergiat aktif. Pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi sihat biarpun di usia yang semakin yang meningkat. namun begitu sama ada anda menghadapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi mengambil nutrien yang tepat bagi kesihatan sendi.
Saturday, 8 September 2012
3 Bulan, Kulit Lebih Cerah, Kesan Parut Pudar, Kulit Tak Berminyak, Jerawat Beransur Hilang
Dunia kecantikan memang sinonim
dengan kaum wanita, tetapi kini kaum lelaki juga berebut-rebut ingin
mencantikkan wajah dan tubuh badan. Mencantikkan diri memang amalan yang sihat
dan baik. Wajah adalah pandangan pertama orang pada kita, kulit yang bersih dan
tanpa cela bisa membuat orang yang melihat berasa kagum dan semestinya terdetik
di dalam hati mereka, Bersihnya kulit dia, produk apa lah agak nya dia pakai.
Kalau tak kenal memang segan lah nak tanya kan.
Monday, 3 September 2012
Tampil Lebih Muda Dan Menawan Dengan Shaklee Collagen Powder
Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda.
Malangnya semakin meningkat usia,kolagen di dalam badan akan semakin berkurangan. Tetapi jangan bimbang, kemerosotan semulajadi ini boleh dibaikpulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat mengantikan kolagen yang hilang.
Wednesday, 29 August 2012
Tanda-tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya
Kadang kala kekerapan bayi menyusu tidak bererti bayi itu sentiasa kenyang kerana kekerapan nya menyusu menyebabkan kita fikir bayi mendapat susu yang cukup. Ketahui tanda-tanda bayi tidak mendapat susu yang secukupnya dari si ibu.
- Bayi tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
- Payu dara tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan. Selepas penyusuan payudara cenderung menjadi lebih ringan.
- Bayi meragam atau sering letih.
Meransang Pengeluaran Susu di Akhir Minggu Kehamilan
Semasa minggu-minggu terakhir kehamilan yakni minggu 37-38 kehamilan, sebarang rangsangan pada payudara akan menyediakan payudara supaya mengeluarkan susu. Namun ibu perlu bertenang dulu, baru susu akan keluar. Susu tetap tak akan keluar selagi sekitar bising, keadan hiruk-pikuk, fikiran ibu terganggu dan ibu tak mampu bertenang. Rangsangan sebenar hanya berlaku bila ibu benar-benar bertenang, bukan mengalami stres. Ketenangan ini terhasil apabila suasana tenang dan ibu hanya memikir tentang bayinya akan menghisap susu kelak. Maka otaknya akan sampaikan 1 mesej pada payudaranya supaya mengeluarkan susu. Ini dipanggil "let down reflex" dan boleh berlaku jika ibu benar-benar bersedia walaupun bayi belum lahir.
Monday, 27 August 2012
Anda Selepas Bersalin
Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami kepada isteri. Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita masih tekun dan rela mengikut tradisi ini.
Risau Menu Apa Yang Boleh Diambil Sewaktu Berpantang?
Masa pantang ada banyak yang kita boleh makan dan minum. Makanan yang boleh dimakan terdiri daripada semua yang kita biasa makan seharian semasa mengandung atau tak mengandung, cuma kita kurangkan makanan berminyak iaitu bergoreng dan berempah dan pedas-pedas kerana bayi akan cirit tapi bagi sesetengah bayi sahaja .Kita boleh makan mee, bihun, nasi lemak yang kurang lemak, nasi beriyani yang kurang rempah, nasi ayam dan nasi goreng yang kurang berminyak.
Bagi lauk, kita boleh makan protein seperti daging, ayam, kambing, ayam belanda, burung unta, arnab, rusa dan itik dalam bentuk kari yang kurang rempah dan minyak. Boleh juga panggang, goreng (tekap buang minyak berlebihan).
Thursday, 16 August 2012
Pemulihan Kulit Dengan Vitamin E
Vitamin E dianggap sejenis vitamin berkeupayaan memberi pelindungan kepada kulit. Ia kerap dicampurkan bersama pelindung sinaran matahari, krim malam, pelembap dan sebagainya.Vitamin E adalah bahan penting dalam rawatan kulit kerana :-
- KEUPAYAANYA MEMPERLAHANKAN PEMBENTUKAN TANDA PENUAAN dan
- DEGENERASI SEL KULIT.
- MEMPERCEPATKAN PEYEMBUHAN DAN PEMBENTUKAN SALURAN DARAH
- KEKERINGAN KULIT
Wednesday, 15 August 2012
Perlukah PENGELUPASAN KULIT?
Vitamin ditakrifkan sebagai sekumpulan bahan organik yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk menghasilkan tindak balas tertentu bagi membolehkan aktiviti dalam sel dan untuk sel hidup secara normal dan sihat. Bukan hanya tubuh badan perlukan vitamin tetapi juga kulit perlukan vitamin untuk untuk pemeliharaan dan pemuliharaan agar kelihatan segar dan sihat.
Antara jenis vitamin yang lazimnya diperlukan kulit yang sihat ialah vitamin A, Pro vitamin B5, E dan C. Vitamin bukan sekadar untuk kesihatan kulit tetapi juga diperlukan kulit yang cedera dan perubahan yang dilakukan secara mendadak pada kulit sebagai contoh PENGELUPASAN.
Tuesday, 14 August 2012
Jangkitan Kudis Buta atau Scabies Pada Bayi dan Orang Dewasa
Bayi dan kanak-kanak mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem imuniti tubuh masih lagi belum kuat untuk melawan penyakit. Tidak lupa juga jangkitan penyakit kulit berjangkit tidak asing bagi bayi dan kanak-kanak, tidak terkecuali golongan dewasa.
Hari ini saya menulis tentang kudis buta atau scabies setelah mendapat panggilan dari seorang rakan mengatakan anaknya terkena jangkitan kudis buta. Mula-mula saya ingatkan mungkin kurap susu kerana anaknya menyusu susu badan.Tetapi katanya tidak. Dan saya sarankan kalau dah teruk sangat silalah berjumpa dengan doktor pakar kulit kerana kudis buta akan berlarutan kerana kudis buta disebabkan oleh sejenis hama yang menyebabkan kulit menjadi gatal- gatal. Kudis buta dikenali sebagai scabies.Kudis buta boleh naik bila-bila dan di mana sahaja pada tubuh bayi dan kanak-kanak.
Keistimewaan Soy Protein Isolated Powder /Energizing Soy Protein (ESP) sehingga digemari ramai
Energizing Soy Protein (ESP) kini berwajah baru. Juga kini dikenali sebagai Soy Protein Isolate Powder.
ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Sesiapa sahaja boleh mengambil ESP tidak kira lelaki atau perempuan.
Monday, 13 August 2012
Makanan Tunggal Dan Terpenting : Nutrition For Everyone
Apa yang anda fikir apabila anda mendengar perkataan protein? Tahu kah anda kebanyakan kita makan protein lebih daripada kita perlu. Protein terdapat dalam kebanyakan makanan yang kita makan secara teratur. Entri ini akan membantu kita mengetahui lebih lanjut mengenai protein.
Mungkin anda mencari maklumat tentang :-
Makanan apa yang mempunyai protein dan apa yang berlaku apabila kita makan protein lebih banyak daripada apa yang kita perlu.
Apakah protein?
Apakah jenis protein?
Berapa banyak protein yang saya perlukan?
Apakah protein?
Protein adalah sebahagian daripada setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita. Protein dalam badan sentiasa dipecahkan dan digantikan. Protein dalam makanan yang kita makan dicerna ke dalam asid amino yang kemudiannya digunakan untuk menggantikan protein dalam badan kita. Protein dijumpai dalam makanan berikut:
• daging, ayam, dan ikan
• kekacang (kacang dan kacang pea kering)
• tauhu
• telur
• kacang dan benih
• Susu dan produk susu
• bijian, sesetengah sayur-sayuran, dan beberapa buah-buahan (hanya dalam jumlah yang kecil)
Apakah jenis protein?
TIDAK PERLU (Non Essential) - Ada 13 jenis asid amino. Boleh dibuat oleh badan kita selain dari 9 amino asid yang PERLU tadi.
Protein lengkap vs Protein tidak lengkap
1. Protein lengkap - Jika suatu makanan mengandungi semua asid amino perlu dalam jumlah yang betul untuk menyokong kesihatan sempurna maka makanan tersebut dinamakan "Protein Lengkap". Ia mengandungi nilai biologi yang tertinggi bagi tubuh kerana ia boleh digunakan dengan paling berkesan.
2. Protein Tidak Lengkap - Jika suatu makanan kekurangan mana-mana amino asid perlu (essential) ia dinamakan Protein Tidak Lengkap. Tidak mengandungi sebanyak nilai biologi.
Ada 2 kumpulan protein
1. Kelas 1 - terdiri dari jenis makanan yang berasal daripada haiwan, daging, ikan, ayam , susu, telur. Di anggap lengkap tetapi % kandungan protein terhad kerana bersamanya banyak kandungan lemak & kolesterol
2. Kelas 2 - daripada tumbuh tumbuhan iaitu kekacang dan biji-bijian. Tidak lengkap.
Tertanya-tanya berapa banyak protein diperlukan sehari? Secara umum, ia disyorkan bahawa 10-35% daripada kalori harian anda datang daripada protein.
Contoh makanan yang terdapat protein:
Baiklah sekarang dah tahu kan kenapa protein sangat lah penting pada tubuh badan kita. Kekurangan protein menyebabkan kita berisiko mendapat anemia, penyakit buah pinggang, penyakit hati, ulser perut & usus, penglihatan kurang baik, kandungan gula dalam darah rendah, kurang daya penyembuhan luka, saraf tidak stabil dan banyak lagi risiko lain.
Kenali PROTEIN SHAKLEE - ESP
Saya tinggalkan anda dengan sedikit pesanan kat bawah dari NIH medical Encyclopedia.
Is there any harm in getting more protein than I need?
Most people eat more protein than they need without harmful effects However, protein contributes to calorie intake, so if you eat more protein than you need, your overall calorie intake could be greater than your calorie needs and contribute to weight gain.
Besides that, animal sources of protein can be sources of saturated fat which has been linked to elevated low-density lipoprotein (LDL) cholesterol, a risk factor for heart disease.
In addition, for people with certain kidney diseases, a lower-protein diet may be recommended to help prevent an impairment in kidney function.
Source: NIH Medical Encyclopedia
Mungkin anda mencari maklumat tentang :-
Makanan apa yang mempunyai protein dan apa yang berlaku apabila kita makan protein lebih banyak daripada apa yang kita perlu.
Apakah protein?
Apakah jenis protein?
Berapa banyak protein yang saya perlukan?
Apakah protein?
Protein adalah sebahagian daripada setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita. Protein dalam badan sentiasa dipecahkan dan digantikan. Protein dalam makanan yang kita makan dicerna ke dalam asid amino yang kemudiannya digunakan untuk menggantikan protein dalam badan kita. Protein dijumpai dalam makanan berikut:
• daging, ayam, dan ikan
• kekacang (kacang dan kacang pea kering)
• tauhu
• telur
• kacang dan benih
• Susu dan produk susu
• bijian, sesetengah sayur-sayuran, dan beberapa buah-buahan (hanya dalam jumlah yang kecil)
Apakah jenis protein?
Protein terdiri daripada asid amino. Cuba anda bayangkan asid amino sebagai blok bangunan. Terdapat 22 asid amino yang berbeza yang bergabung bersama-sama untuk membentuk semua jenis protein dalam berbagai cara. Beberapa asid amino ini tidak boleh dibuat oleh badan kita, jadi ini dikenali sebagai asid amino PERLU. (Essential)
TIDAK PERLU (Non Essential) - Ada 13 jenis asid amino. Boleh dibuat oleh badan kita selain dari 9 amino asid yang PERLU tadi.
Protein lengkap vs Protein tidak lengkap
1. Protein lengkap - Jika suatu makanan mengandungi semua asid amino perlu dalam jumlah yang betul untuk menyokong kesihatan sempurna maka makanan tersebut dinamakan "Protein Lengkap". Ia mengandungi nilai biologi yang tertinggi bagi tubuh kerana ia boleh digunakan dengan paling berkesan.
2. Protein Tidak Lengkap - Jika suatu makanan kekurangan mana-mana amino asid perlu (essential) ia dinamakan Protein Tidak Lengkap. Tidak mengandungi sebanyak nilai biologi.
Ada 2 kumpulan protein
1. Kelas 1 - terdiri dari jenis makanan yang berasal daripada haiwan, daging, ikan, ayam , susu, telur. Di anggap lengkap tetapi % kandungan protein terhad kerana bersamanya banyak kandungan lemak & kolesterol
2. Kelas 2 - daripada tumbuh tumbuhan iaitu kekacang dan biji-bijian. Tidak lengkap.
Contoh makanan yang terdapat protein:
- 1 cawan susu mengandungi 8g protein
- 3 auns daging mengandungi 21g protein
- 1 cawan kacanag mengandungi 16g protein
- 8 auns yogurt mengandungi 11g protein
Baiklah sekarang dah tahu kan kenapa protein sangat lah penting pada tubuh badan kita. Kekurangan protein menyebabkan kita berisiko mendapat anemia, penyakit buah pinggang, penyakit hati, ulser perut & usus, penglihatan kurang baik, kandungan gula dalam darah rendah, kurang daya penyembuhan luka, saraf tidak stabil dan banyak lagi risiko lain.
Kenali PROTEIN SHAKLEE - ESP
Saya tinggalkan anda dengan sedikit pesanan kat bawah dari NIH medical Encyclopedia.
Is there any harm in getting more protein than I need?
Most people eat more protein than they need without harmful effects However, protein contributes to calorie intake, so if you eat more protein than you need, your overall calorie intake could be greater than your calorie needs and contribute to weight gain.
Besides that, animal sources of protein can be sources of saturated fat which has been linked to elevated low-density lipoprotein (LDL) cholesterol, a risk factor for heart disease.
In addition, for people with certain kidney diseases, a lower-protein diet may be recommended to help prevent an impairment in kidney function.
Source: NIH Medical Encyclopedia
Friday, 10 August 2012
Tangani Gastrik Ketika Berpuasa
Gastrik merupakan masalah kesihatan yang biasa terjadi ketika bulan Ramadhan. Ada pesakit gastrik yang baru 2 hari berpuasa telah terkena jangkitan penyakit itu. Ada pula yang merasakan kesakitan seperti urat-urat perut dipulas, ditarik-tarik dan seperti nafas terhenti kerana menahan kesakitan akibat gastrik. Perut adalah bahagian tubuh yang mudah dijangkiti pelbagai penyakit terutama berkaitan sistem penghadaman ataupun gastrik dan pedih ulu hati.
Menarik Tentang Amalan Berpantang di Kalangan Orang Melayu, Cina dan India
Google punye google saya terbaca artikel mengenai amalan berpantang selepas bersalin. Rasanya sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama sebab kat artikel ni ada amalan berpantang bagi kaum Melayu, China dan India. Mungkin ada yang nak tahu amalan apa yang diamalkan oleh kaum lain ketika berpantang kan.
Sangat menarik artikel nih. Jemput baca.
Wednesday, 8 August 2012
12oz EBM 1 Sesi , Penangan Set 3M
Dalam penyusuan apa yang amat dibimbangi oleh kebanyakan ibu-ibu menyusu ialah bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran susu pada tahap yang maksimum atau sekurangnya maintain penyusuan sehingga umur bayi 2 tahun.
Mujurlah sistem laktasi kita sangat fleksibel dan boleh meningkat dalam banyak keadaan waima bekalan tidak selalu penuh.Tidak ada resipi untuk menghasilkan lebih banyak susu melainkan ibu-ibu konsisten,minum air banyak, makanan dan diet yang sihat dan seimbang atau pun mengambil makanan tambahan seperti vitamin. Selain itu lakukan pam atau perah susu sekerap yg mungkin. Lagi kerap pam, maka lagi banyaklah susu dihasilkan.
Sunday, 5 August 2012
Penggemar Durian? 10 Fakta Menarik Perlu Tahu Tentang Durian
RAJA BUAH DURIAN |
Durian.. yes saya penggemar durian. Tapi saya bukanlah hantu durian. kalau saya makan durian tidaklah sampai berbiji-biji durian tetapi cukup sekadar berulas sahaja. Kampung saya jauh, kalau balik pun takde kebun durian pun. Terpaksa lah nak makan durian beli aje kat tepi jalan gerenti banyak booth-booth durian. Sekadar merasa bila tiba musim.cukup lah kan.
Saturday, 4 August 2012
Set Slimming Omega .Hebat Buat Ibu Menyusu.
Salam semua, sekarang dah jam 3pagi, masih lagi berusaha update blog buat pembaca dan pelanggan semua supaya bila blogwalking kat blog saya ni sentiasa lah ada entry baru. Cakap banyak tak perlu, kali ni saya nak update tentang testimoni seorang pengguna Set Slimming Omega. Hanya 2 bulan Puan Nadia dah dapat lose weight 11kg. Hebat kan. Hanya 2bulan..bukan 6bulan,dan bukan juga setahun. Sapa yang tak suka kan? Mesti suka..
Wednesday, 1 August 2012
Biar usia terus meningkat,tapi sentiasa kelihatan awet muda
Penuaan seolah-olah menjadi satu perkataan sejak kebelakangan ini, semua manusia pasti kan tua cuma bagimana kita melambatkan proses penuaan itu. Sesungguhnya Ia memberi kesan kepada kita semua.
Saya banyak belajar tentang proses penuaan. Saya mendapati bahawa badan manusia berkembang dan sentiasa membina sel-sel baru melalui akil baligh, sehingga sekitar usia 20. Pada usia ini, badan kita terus menghasilkan sel-sel sepanjang seluruh hidup anda.
Tuesday, 31 July 2012
Makanan Penggalak Susu
Tempe |
Bagi ibu yang telah bercadang ingin menyusukan bayi, ada beberapa perkara yang boleh dijangka adakah bayi anda dapat susu yang cukup dari ibunya. Tanda bayi dapat susu yang cukup ialah seperti lihat pada lampin adakah lampin basah antara 6-8 lampin sehari, ibu boleh mendengar bayi menyusu sewaktu disusukan. Jika ada antara ibu merasakan bayi tak cukup susu, ada beberapa jenis makanan sebagai pilihan buat ibu menyusu untuk banyakkan susu badan.
Monday, 30 July 2012
Siapa WAJIB Bayar Fidyah Puasa?
FIDYAH PUASA
Siapakah yang wajib mengeluarkan fidyah puasa? Bagaimana cara mengeluarkannya?
Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah;
“…Dan wajib ke atas orang-orang yang payah/sukar mengerjakan puasa (kerana tua, sakit yang tiada kemungkinan sembuh dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap hari yang ditinggalkan puasanya)…”. (al-Baqarah: 184)
Thursday, 26 July 2012
Mengapa Rasa Diri Tak Cantik, Tak Cun Sedangkan Anda Boleh Berubah Jadi Cantik?
Sebenarnya anda hanya perlu ambil masa beberapa minit sahaja iaitu facial di waktu malam atau sebelum tidur untuk kekal cantik,segar,menawan,awet muda serta membaikpulih kesihatan dan kecantikan kulit. Pasti anda kekal segar ketika bangun pagi.
Selepas mengenakan mekap siang,minyak,cuaca yang tidak menentu dan pencemaran sepanjang hari, kulit kita pasti memerlukan kasih sayang dan jagaan di waktu malam. Saya tahu anda penat di waktu malam selepas siang bekerja. Tetapi hanya beberapa tips mudah ini anda pasti akan kekal cantik menawan.
Selepas mengenakan mekap siang,minyak,cuaca yang tidak menentu dan pencemaran sepanjang hari, kulit kita pasti memerlukan kasih sayang dan jagaan di waktu malam. Saya tahu anda penat di waktu malam selepas siang bekerja. Tetapi hanya beberapa tips mudah ini anda pasti akan kekal cantik menawan.
Monday, 23 July 2012
Dulu Anak Susah Sangat Nak Makan, Kini Tidak Lagi
Meal Shaklee dihasilkan untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak berusia setahun keatas yang sedang membesar ,pelajar, ibu hamil, para atlet , pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Dan jika mencari sarapan pagi yang enak dan berkhasiat Meal Shakes lah jawapan yang tepat dan bijak. Pelbagai cara boleh dilakukan dengan Meal Shakes ikut selera masing-masing. Nyum..nyum.. lihat sahaja gambar di sebelah. Jom kita baca pulak testimoni ya.
Thursday, 19 July 2012
Selesai Sudah Masalah Bau Nafas,Gusi Bengkak Dan Gigi Tak Tetap
Ostematrik /kalsium Shaklee adalah paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati,mengandungi kalsium, magnesium, fosfurus dan vitamin D, zinc, kuprum manganes dan boron.. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Mari kita sesama baca testimoni di mana Ostematrik ini bekesan pada kesihatan gigi ,gusi, tulang malahan nafas berbau akibat gigi dan gusi yang tidak sihat.
Monday, 16 July 2012
Bekalan "Titisan Emas" Si Manja
"Susu saya tak banyak, anak tak puas meyusu. Kesian pada anak.. sebab itu saya guna susu formula"..
Pernah kan dengar perkara begitu? Sebenarnya setiap ibu mempunyai bekalan susu yang mencukupi untuk bayi yang baru lahir. Soal banyak atau sedikit bekalan susu anda berkait dengan bekalan permintaan. Semakin kurang anda menyusukan anak, semakin kurang pula susu dihasilkan. Masalah ini bertambah buruk jika anda menampung keperluan susu badan dengan susu formula.
Saturday, 14 July 2012
Penyusuan Ketika Berpuasa Tapi Takut Susu Kering
Pada asasnya, amalan berpuasa
sama sekali tidak akan menganggu pengeluaran susu ibu. Sebaliknya bersandarkan
kepada keupayaan ibu mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh,
menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara.
Perlu ibu tahu bahawa hormon yang
mempengaruhi susu ibu dalam menjayakan penyusuan melibatkan hormon prolaktin
dan oksitoksin. Prolaktin menghasilkan susu ibu manakala oksitoksin
merembeskanya keluar. Tahukah ibu-ibu istilah (FIL) Feedback Inhibitor of
Lactation? Ia merupakan factor penentu ke arah penyusuan yang berjaya ketika berpuasa
ataupun tidak.
Friday, 13 July 2012
Ragam Ibu Mengandung..
Terasa ingin berkongsi pengalaman dengan pelanggan dan pembaca blog Mama Batrisyia yang tak seberapa ni. Pengalaman saya ketika disahkan pregnant first baby iaitu lebih kepada berkongsi perasaan saya ketika dapat tahu saya preggy Sebelum saya preggy, saya tak risau pun tentang apa-apa. Saya pergi kerja, buat kerja-kerja saya, tengok tv or even had a moment of silence for those whose lives have been lost, and then went to bed and was asleep in three seconds, no prob. Semua itu tiada masalah lah bagi saya. Relax je.
Tapi, sejurus lepas dapat tahu saya preggy, saya jadi risau sangat, Risau tentang semua, risau tentang benda yang bergerak-gerak dalam perut. Saya risau saat nak menanggung kesakitan masa melahirkan dan macam-macam lagi yang bukan-bukan dok pikir. hihihii.. What if something happens while I'm asleep and I don't wake up to save my baby and myself? What if, what if, what if ...!!! Semua lah what if..
Tapi, sejurus lepas dapat tahu saya preggy, saya jadi risau sangat, Risau tentang semua, risau tentang benda yang bergerak-gerak dalam perut. Saya risau saat nak menanggung kesakitan masa melahirkan dan macam-macam lagi yang bukan-bukan dok pikir. hihihii.. What if something happens while I'm asleep and I don't wake up to save my baby and myself? What if, what if, what if ...!!! Semua lah what if..
Thursday, 12 July 2012
Kurang Selesa Ketika Penyusuan
Pengalaman pertama kali menyusukan bayi memang sukar dilupakan. Pertalian antara ibu dan anak terasa paling dekat pada waktu ini. Namun ada ibu yang berasa kurang selesa ketika menyusu disebabkan beberapa masalah. Apa yang penting ibu harus memastikan payu dara, khususnya kawasan areola dan puting sentiasa bersih dan kering.
Antara masalah yang lazim semasa menyusu ialah:
Puting sakit / luka
Ini adalah masalah yang paling kerap berlaku. Ia disebabkan oleh kedudukan bayi yang salah atau cara menghisap (latch on) yang tidak betul. Tunjuk ajar daripada jururawat penyusuan dalam membetulkan cara menyusu boleh mengatasi masalah ini.
Wednesday, 11 July 2012
Penangan Set B: Freezer tak muat nak simpan EBM
Sharing is caring. Saya suka sangat sharing testimoni dengan pelanggan dan individu yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa nih.. Tapi itu tak penting yang penting ialah pengisian dalam blog ni dapat disampaikan dengan jelas. Jom baca testimoni set penyusuan apakah ini sampai leh dapat stok EBM banyak camni kan.
Friday, 6 July 2012
Berat Badan Anak Naik, Beri Makan Dah Tak Tolak
Testimoni Puan Faronah
Ambil Iktibar Dari Kisah Ini : Sejadah, Salah Satu Cara Iblis Menyesatkan Kita
Siang menjelang dzuhur . salah satu iblis ada di masjid. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat. saat berkumpulnya orang. Iblis sudah ada di dalam masjid. Ia tampak begitu khusyuk. Orang mulai datang. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk dan masuk dari segala penjuru, lewat jendela, pintu, atau masuk lewat lubang pembuangan air
Pada setiap orang, iblis masuk lewat telinga, ke dalam saraf mata, ke dalam urat nadi, lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jemaah yang hadir. Iblis juga menempel di setiap SEJADAH.
“Hai Iblis!” panggil seorang Kiai, ketika baru masuk masjid. Iblis merasa terusik dan berkata : “Kau kerjakan saja tugasmu kiai, Tidak perlu kau larang-larang saya. Ini hak saya untuk menganggu setiap orang dalam masjid ini!”
Pak Kiai : “Ini rumah ALLAH, Iblis! Tempat yang suci, kalau kau mau ganggu, kau bisa diluar nanti!” Kiai cuba mengusir iblis.
Iblis : “Kiai, hari ini adalah hari uji cuba sistem baru”. Kiai tercenggung. “Saya sedang menerapkan cara baru, untuk menjerat kaummu”.
“Dengan apa?”, tanya kiai.
Iblis : “Dengan sejadah !”.
Kiai : “Apa yang bisa kau lakukan dengan sejadah, iblis? “
Iblis : “Pertama, saya akan masuk ke setiap pemilik saham industri sejadah. Mereka akan saya jebak dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan tergamak memeras buruh untuk bekerja dengan upah yang rendah demi keuntungan besar!”
Kiai : ” Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru ?”
Iblis : ” Bukan itu saja kiai, Saya juga akan masuk pada setiap pereka sejadah. saya akan tubuhkan gagasan, agar para pereka itu membuat sejadah yang lebar-lebar”
Kiai : “Untuk apa ?”
Iblis : “Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa egois di setiap kaum yang kau pimpin, Kiai! Selain itu, saya akan lebih berleluasa, masuk dalam barisan solat. Dengan sajadah yang lebar maka barisan saf akan renggang. Dan saya ada dalam kerenganggan itu. dari situ saya bisa ikut membentangkan sejadah”.
Dialog iblis dan kiai sesaat terputus. Dua orang datang, dan keduanya membentangkan sejadah. Keduanya berdampingan. Salah satunya, memiliki sejadah yang lebar. Sementara, satu lagi sejadahnya lebih kecil.
Orang yang punya sejadah lebar seenaknya saja membentangkan sejadahnya, tanpa melihat kanan-kiri. Sementara, orang yang punya sejadah lebih kecil, tidak enak hati jika harus mendesak jamaah lain yang sudah lebih dahulu datang. Tanpa berfikir panjang, pemilik sejadah kecil membentangkan saja sejadahnya, sehingga sebahagian sejadah yang lebar tertutupi sepertiganya.
Keduanya masih melakukan solat sunnah.
“Nah, liat itu kiai !”, Iblis memulai dialog lagi
“Yang mana ?”, tanya kiai
“Ada dua orang yang sedang solat sunnah itu, mereka punya sejadah yang berbeza ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk diantara mereka”
Iblis lenyap. Ia sudah masuk ke dalam barisan shaf. Kiai hanya memperhatikan kedua orang yang sedang melakukan solat sunnah. Kiai akan melihat kebenaran rencana yang dikatakan iblis sebelumnya. Pemilik sejadah lebar ,rukuk, Kemudian sujud. Tetapi sambil bangun dari sujud, ia membuka sajadahnya yang tertumpuk, lalu meletakkan sejadahnya diatas sejadah yang kecil. Hingga sejadah yang kecil berada dibawah sejadah yang besar. Kemudian ia berdiri, Sementara, pemilik sejadah yang lebih kecil melakukan hal serupa. Ia juga membuka sejadahnya, kerana sejadahnya ditutupi oleh sejadah yang lebih besar.Hal terus terjadi sampai akhir solat sunnah.
Bahkan, pada saat solat wajib juga, kejadiaan itu beberapa kali terlihat di beberapa bahagian masjid. Orang lebih memilih menjadi di atas dari pada di bawah. Di atas sajadah saja orang sudah berebut kekuasaan dengan orang lain. Siapa yang memiliki sejadah lebar akan meletakkan diatas sejadah kecil. Sejadah sudah dijadikan iblis sebagai perbezaan kelas.
Pemilik sajadah diidentikan sebagai orang yang memiliki kekayaan, yang setiap saat harus berada diatas daripada yang lain. Sedangkan pemilik sejadah yang kecil, adalah kelas bawah yang setiap saat selalu menjadi mangsa dari orang yang kaya.
Diatas sejadah saja, Iblis telah mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain. ” ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM
SEMOGA KITA LEBIH BIJAK MENGGUNAKAN SEJADAH YANG KITA MILIKI
Tetap berbagi dengan siapapun apa yang kita miliki, kerana semua itu hanya titipan dari ALLAH SWT
“Semakin tinggi tingkat keimanan seorang mukmin maka akan semakin tinggi dan canggih pula godaan yang dilakukan oleh Iblis dan pengikutnya”
Rasulullah saw bersabda: “Apakah kalian tidak berbaris sebagaimana berbarisnya para malaikat di sisi Rabb mereka?” Maka kami berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana berbarisnya malaikat di sisi Rabb mereka?” Beliau menjawab: “Mereka menyempurnakan barisan-barisan (shaf-shaf), yang pertama kemudian (shaf) yang berikutnya, dan mereka merapatkan barisan”. (HR. Muslim, An Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah).
Subscribe to:
Posts (Atom)