Monday 10 September 2012

Jangan Panik Bila Bayi Baru Lahir Terkena Jaundice/ Kuning

Bayi kuning  terjadi pada semua bayi berusia 2-7 hari. Biasanya bayi yang menghadapi gejala kuning dapat dilihat  dari kulit atau bahagian putih matanya yang berubah menjadi kuning, ini diakibatkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah bayi.

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

Saat masih dikandungan kadar bilirubin dihasilkan oleh ibu dan disalurkan melalui plasenta. Namun setelah lahir, hati bayi belum dapat berfungsi dengan normal dan menghasilkan bilirubin yang berlebihan. Sebahagian kuning pada bayi tidak berbahaya, kerana akan hilang  dengan sendirinya jika bayi mendapat air susu badan yang banyak. Pemberian air susu badan akan mempercepat keluarnya mekoium (fasa pertama bayi) yang akan membantu menurunkan kadar bilirubin dalam darah bayi.
 
Apa itu bilirubin?
Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan melalui air kencing dan  sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu. Seperti itu air kencing kita berwarna kuning dan najis berwarna coklat kekunungan.
Cara mengenalpasti bayi kuning, ialah dengan merenggangkan kulit dengan 2 jari dibawah sinar yang terang kerana ini  akan memperjelaskan wana kulit bayi tersebut.

Hampir kebanyakan bayi baru lahir kini pasti mendapat kuning/ jaundice. Mengapa? Ia seolah masih misteri. Ada 2 sebab iaitu:

  • Hati bayi masih belum matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
  • Sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.
Anda perlu mengetahui beberapa hal penting iaitu:
1. Bayi mengalami kunng pada 24jam pertama setelah ia lahir.
2. Bayi kuning boleh mendapat kuning sehingga 14 hari atau 21hari.
3. Biasa disertai dengan demam.
4. Tampak kuning pada bahagian telapak tangan  dan kaki bayi.
5. Konsultasi terus dengan doktor bila bayi anda perlu disinar.

Amatlah disarankan buat ibu-ibu memberi bayi susu badan kerana kandungan berkhasiat dan bernutrisi dalam susu badan mampu mempercepatkan penyembuhan bayi kuning. Amat kasihan melihat bayi yang terkena kuning sehingga 2 minggu dan terpaksa berulang alik ke hospital dengan keadaan bayi yang masih lemah.

Sesetengah ibu yang mengambil jamu atau herba sewaktu berpantang perlu menghentikan pengambilan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan bayi yang menyusu badan akibat efek dari jamu/herba. TETAPI kini, ramai ibu-ibu yang berpantang dengan mengambil VITAMIN kerana vitamin juga mampu mempercepatkan penyembuhan luka, memberi tenaga berpanjangan, bantu membanyakkan susu banyak, serta memperkayakan air susu badan menjadi lebih bernutrisi. Insyallah bayi yang terkena kuning lebih cepat sembuh. Dengan vitamin ibu-ibu tak perlu tunggu masa nak makan, habis bersalin je boleh terus ambil vitamin.

JAMU vs VITAMIN? Sila KLIK


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...