Kehamilan tidak menjadi
masalah dan halangan untuk meneruskan penyusuan sepanjang tempoh kehamilan.
Malah apabila bayi lahir , masih boleh menyusukan anak yang masih menyusu itu.
Ia dipanggil tandem nursing. Penyusuan
ketika hamil adalah normal tetapi harus diingatkan agar mengamalkan gaya
pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan.
Puting dan payudara
mungkin menjadi lebih lembut dan sensitif terutamanya di awal usia kehamilan.
Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh sebab itu penyusuan susu ibu
ketika hamil mungkin boleh menyebabkan puting berasa sakit.
Bekalan susu ibu juga
mungkin akan berkurangan sedikit disebabkan oleh perubahan hormon. Biarpun
begitu teruskan penyusuan untuk anak sekarang sepanjang tempih kehamilan. Menjelang
penghujung kehamilan, (bulan 4 dan 5 kehamilan), susu ibu kan berubah jadi
kolostrum yang kaya dengan kandungan berkhasiat yang diperlukan oleh bayi yang
bakal lahir untuk beberapa hari pertamanya kelak. Anak yang sedang menyusu itu
nanti akan perasan perubahan rasa pada susu ibu itu. Kuantitinya juga
berkurangan. Dalam keadaan tertentu, dia mungkin akan ambil keputusan bercerai
susu. Walau bagaimanapun ada juga yang meneruskan penyusuan.
Jika anak masih mahu
menyusu, teruskan saja menyusu, jangan
risau jika dia mengambil kolostrum itu. Tubuh ibu hamil akan terus menghasilkan
kolostrum sehinggalah bayi yang dikandung dilahirkan. Jangan risau sebab
bekalan kolostrum tidak akan habis.
Sebenarnya juga adalah
perlu ibu hamil fikirkan tentang penyusuan selepas bayi dilahirkan kelak.
Biarpun ia adalah keputusan peribadi,
ketahuilah bahawa para ibu yang mengamalkan tandem nursing akan kurang
mengalami masalah mastitis berbanding
ibu yang hanya menyusu seorang bayi.
Jika tidak mahu tandem
nursing, adalah lebih baik bercerai susu ketika hamil. Jika bayi dah lahir
nanti, mungkin anak akan berasa diabaikan sehingga mungkin anak akan berfikir
banyak perkara negatif.
Inginkan vitamin kehamilan dan vitamin membantu penyusuan. Sila KLIK.
No comments:
Post a Comment