Monday 16 July 2012

Bekalan "Titisan Emas" Si Manja

"Susu saya tak banyak, anak tak puas meyusu. Kesian pada anak.. sebab itu saya guna susu formula"..

Pernah kan dengar perkara begitu? Sebenarnya setiap ibu mempunyai bekalan susu yang mencukupi untuk bayi yang baru lahir. Soal banyak atau sedikit bekalan susu anda berkait dengan bekalan permintaan. Semakin kurang anda menyusukan anak, semakin kurang pula susu dihasilkan. Masalah ini bertambah buruk jika anda menampung keperluan susu badan dengan susu formula.

Kenapa susu berkurangan??

Selain kurang menyusu, bekalan susu anda mungkin berkurangan disebabkan oleh:

Penggunaan ubat tertentu
Sesetengah jenis ubat seperti antihistamin , ubat mengurangkan berat badan atau pengurang selera dikaitkan dengan pengurangan bekalan susu

Pil perancang
Hormon sintetik estrogen dalam pil perancang boleh menyebabkan bekalan susu berkurangan dengan cepat. Begitu juga dengan pil perancang yang hanya mempunyai pregesteron. Elakkan menguna pil perancang berhormon dalam tempoh 6-8 minggu selepas bersalin supaya bekalan susu anda dapat distabilkan.

Tiroid rendah
Sesetengah wanita mengalami maslah ini buat pertama kali apabila mengandung dan menyusukan anak. lakikan pemeriksaan jika langkah-langkah menambah bekalan susu tak berkesan.

Anemia
Anemia membuatkan ibu terdedah kepada risiko saluran susu tersumbat dan jangkitan payudara

Penurunan berat badan mendadak
Ibu-ibu menyusukan anak sepatutnya tidak menurunkan berat badan mereka lebih daripada 0.45 kilogram seminggu atau 1.8kg sebulan.

Sejarah masalah hormon
Sesetengah wanita yang sukar mengandung atau mempunyai masalah mengandung bayi sehingga matang mungkin menghadapi masalah hasilkan bekalan susu yang cukup.

Payu dara pernah cedera atau dibedah
Sukar mnghasilkan bekalan susu yang cukup terutama jika salur susu dipotong semasa pembedahan

Plasenta tertinggal
Sekiranya plasenta (uri) tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya atau darah nifas masih keluar selepas 6 minggu, ia dapat menjejaskan bekalan susu.

Penggunaan puting keterlaluaan

Terlalu awal memperkenalkan makanan
Apabila diperkenalkan terlalu awal kepada makanan lain selain susu ibu, dia akan kurang menyusu

Bayi tidur malam
Bayi tidur sepanjang malam tak menjadi masalah jika bayi tertidur sendiri dan bekalan susu anda cukup. namun elakkan melatih bayi tidur pada waktu malam kerana ia boleh menjejaskan bekalan susu. Penyusuan waktu malam banyak manfaat dalam meningkatkan bekalan susu.

Cara menghisap salah
Jika puting tak dimasukkan dengan betul atau bayi  tidak menghisap dengan betul, susu tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Ini memberi isyarat kepada badan untuk kurang hasil susu.

Mengandung

Kembali bekerja
Terlalu awal kembali ke tempat kerja sebelum 6-8 minggu selepas bersalin boleh menganggu usaha menghasilkan bekalan susu yang cukup. Pam susu untuk setiap waktu penyusuan yang tertinggal dan menyusukan sepenuhnya semasa di rumah dan hujung minggu.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...