Monday 27 August 2012

Anda Selepas Bersalin

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami kepada isteri. Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita  masih tekun dan rela mengikut tradisi ini.

Bagi tradisi kaum melayu memang adat pantang  ialah mengurangkan air minum semasa dlm pantang kerana dikatakan akan meyebabkan perut buncit serta badan kembang. Tetapi amalan minum air banyak adalah sangat bagus jika diteliti dari sudut  kesihatan secara menyeluruh. Sebaiknya, ibu yang baru bersalin dan berada dlm pantang, perlu minum banyak air atas sebab-sebab berikut:

1) Susu payudara mencukupi utk menyusu bayi,
2) Isipadu darah dlm saluran darah ibu mencukupi,
3) Darah nifas mudah mengalir dan tidak berketul,
4) Kulit ibu tak menjadi kering dan gatal,
5) Ibu tidak mengalami dehidrasi dan pening,
6) Jangkitan tidak mudah berlaku pada ibu,
7) Suhu badan ibu lebih terkawal,
8) Ibu berasa selesa dan tenteram, tidak mengalami kemurungan,
9) Ibu mudah buang air besar (berak) dan tidak mengalami masalah sembelit atau buasir,
10) Ibu tidak perlu meneran semasa membuang air besar hingga peranakannya terkeluar sekali.

Jadi, amalan mengurangkan air minum semasa dlm pantang patut ditinggalkan demi utk kesihatan ibu dan bayinya. Contoh mudah ialah jika ibu membuat keputusan untuk menyusukan bayi, adalah sangat perlu minum air untuk banyakkan susu badan. Susu badan puncanya adalah air. Jika kurang air, maka susu badan pun kurang. Semasa berpantang ibu-ibu lepas bersalin takut nak ke tandas untuk buang air kerana risau jahitan luka masih belum sembuh terkoyak. Ibu-ibu cenderung sembelit kerana amalan pemakanan yang terhad sewaktu berpantang, justeru itu keperluan meminum air adalah sangat penting supaya ia bantu melancarkan sistem penghadaman kita.


Kenali SET VITAMIN BERPANTANG. Sila KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...