Meskipun
Ibu ditakdirkan untuk menyusui, namun selalu saja ada masalah yang muncul saat
Ibu menyusui bayi. Jangan khuatir dan menyerah sebaliknya bertenang.
Walaupun bayi sudah memiliki refleks menghisap
puting payudara ibu sejak lahir, namun pada awalnya mungkin sukar ia lakukan. Bayi
Ibu memang belum terbiasa. Kadang-kadang, kesulitan pemberian susu ibu disebabkan oleh faktor medik yang
dapat mempengaruhi selera makan bayi atau proses penyerapan makanan dan
nutrisi.
Berikut beberapa penyebab kesukaran pemberian
susu ibu dan gejala yang dapat membantu Ibu mengenalinya.
Colic
/ kembung perut
Gejala colic dapat dilihat dari wajah yang
memerah, tangan yang mengepal, dan kaki yang diangkat-angkat ke arah dada
disertai tangisan bayi selama 2-3 jam. Colic sering muncul 15 minit setelah minum
susu. Tapi boleh juga terjadi bila-bila saja dalam minggu-minggu pertama. Colic
itu normal dialami oleh satu di antara empat bayi.
Menangis
sebelum diberi susu
Kebanyakan bayi menangis saat ia lapar. Seiring
waktu, Ibu akan belajar untuk membezakan erti tangisan bayi. Segera berikan
susu bila tiba saatnya bagi bayi mendapatkan susu kerana perut kecilnya perlu
diisi selalu walau dalam kuantiti sedikit.
Menangis
selepas diberi susu
Merawat bayi memang perlu kesabaran. Kalau lapar
ia menangis, setelah disusui bayi juga boleh menangis. Biasanya hal ini terjadi
karena ia colic / kembung perut. Sebab itu lah perlu ibu bantu bayi bersendawa
setelah menyusu.
Kurang
pertambahan berat badan
Penurunan berat badan setelah lahir adalah wajar
bagi bayi tetapi sebaiknya upayakan agar berat badannya beransur-ansur
naik . Pertambahan berat badan tiap bayi berbeza dan akan naik sesuai
perkembangan masing-masing. Bersama doktor Ibu boleh memantau
pertambahan berat badan bayi tersebut.
Muntah
Cukup normal bila bayi memuntahkan kembali sedikit susu setelah meminumnya.Tetapi jika bayi
terus-menerus muntah apalagi dalam jumlah yang banyak, mungkin bayi Ibu terkena
refluks Dan dalam kes ini Ibu harus berkonsultasi dengan doktor.Cirit
Cirit boleh disebabkan oleh virus atau ada masalah dalam pemberian susu ibu. Jadi lebih baik berkonsultasi dengan doktor.
Masalah kesihatan
Sama seperti kita ,rasa tidak sedap badan
menyebabkan bayi kehilangan selera menyusu. Misalnya bila selsema disertai hidung tersumbat, boleh menyebabkan
bayi sukar bernafas. Bayi enggan menutup mulutnya untuk menyusu.
Penyebab lain adalah alergik pada makanan. Ini
boleh menyebabkan turunnya berat badan kerana kesukaran untuk makan.
Konsultasikan pada doktor bila Ibu merasa ada
masalah dengan kesihatan si kecil.
No comments:
Post a Comment