Sejak beberapa hari nie ada yang bertanya pada saya bolehkah mereka menyusui semula bayi mereka sedangkan mereka dah lama berhenti menyusui bayi?
Jawapannya sudah tentu tetapi perlulah dengan keazaman dan semangat dah set dalam otak "saya pasti mampu menyusui semula bayi saya". Jadi sekiranya ibu kembali menyusui anak inilah yang dinamakan RELAKTASI atau kembali menyusui. Akibat dari bayi berhenti menyusu inilah yang menyebabkan susu kering.
Persoalan nya MUNGKINKAH sudah berhenti menyusu tapi kemudian menyusu kembali padahal dah berhenti menyusu selama 2 bulan atau lebih..contohnya. Perlu diingatkan sepanjang tempoh "berehat" itu produksi susu dah tentu menjadi sangat berkurang atau langsung terus kering.
Nah.. pada saat ibu timbul keinginan untuk menyusu kembali, seluruh organ yang memproses susu ibu perlulah berada dalam keadaan bersedia sebab ibu dah memilih nak menyusu kembali. Ingat tu.. ibu perlu bersedia!!!