Tuesday 14 August 2012

Jangkitan Kudis Buta atau Scabies Pada Bayi dan Orang Dewasa


Bayi dan kanak-kanak mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem imuniti tubuh masih lagi belum kuat untuk melawan penyakit. Tidak lupa juga jangkitan penyakit kulit berjangkit tidak asing bagi bayi dan kanak-kanak, tidak terkecuali golongan dewasa.

Hari ini saya menulis tentang kudis buta atau scabies setelah mendapat panggilan dari seorang rakan mengatakan anaknya terkena jangkitan kudis buta. Mula-mula saya ingatkan mungkin kurap susu kerana anaknya menyusu susu badan.Tetapi katanya tidak. Dan saya sarankan kalau dah teruk sangat silalah berjumpa dengan doktor pakar kulit kerana kudis buta akan berlarutan kerana kudis buta disebabkan oleh sejenis  hama yang menyebabkan kulit menjadi gatal- gatal. Kudis buta dikenali sebagai scabies.Kudis buta boleh naik bila-bila dan di mana sahaja pada tubuh bayi dan kanak-kanak.

 
KUDIS BUTA

Bagi scabies perlu spray tilam, pakaian peralatan dgn spray lipas/nyamuk dan rebus pakaian, basuh, bilas dan jemur di bawah sinar matahari. Juga spray karpet, tilam, cadar, bantal, selimut, dan lain-lain. Pengalaman saya berkerja di klinik sebelum mendapat kerja sekarang sedikit sebnyak membantu kawan saya ni. 

Apa yang saya kongsikan?
  1. Pergi klinik dapatkan nasihat doktor dan biasanya doktor akan beri krim Betnovate untuk scabies.Sapu nipis-nipis  jangan banyak krim tu  racun. Buat setiap kali selepas bayi dah mandi dan kulit dikeringkan. Sapu 2 kali sehari, pagi sekali dan malam sekali. InsyaAllah, kudis akan surut dan hilang.
  2. Jangan biarkan bayi tidur atau terbiar berendam lama dlm peluhnya.
  3. Jgn biar bayi menggaru kepala atau kulitnya .Potong kukunya supaya pendek. Pakaikan sarung tangan jika perlu  dan tukar lebih kerap jika berpeluh.
  4. Boleh mandikan bayi dan sapukan tepung ubi kayu pada badannya semasa masih basah. Lumurkan ke seluruh badan. Elakkan bahagian muka (mata, hidung, mulut dan lubang telinga). Biarkan kering. Ini membersihkan dan menyejukkan kulitnya. Ia memberi rasa selesa kpd bayi. Boleh lumurkan sedikit tepung ubi kayu pada bahagian permukaan dalam pakaian bayi sebelum mengenakan pakaian bayi.
  5. Basuh dan celup pakaian bayi dlm kanji (bancuh dan buat pekat sedikit). Iron pakaian bayi dan lipat. Pakaian berkanji memberi rasa selesa pd bayi yg berkulit sensitif atau kuat berpeluh.  Boleh kanjikan semua kain alas tidurnya, sarung bantalnya, dll.
  6. Jika lebih berani boleh bubuh sedikit Tea Tree Oil  kat tempat  berkudis tu je. TETAPI  perlu berhati-hati sebab ia minyak angin yang agak pedih utk bayi dan orang dewasa. Ia amat mujarab utk menghapuskan semua jangkitan pd kulit, termasuk kutu, hama, alahan, dll. Cuba dululah pd kulit sendiri  sebelum disapu pada kulit bayi. Memang agar pedih. Nih kalau bayi saya sendiri pun saya takut nak letak nanti tak pasal menangis pedih pulak. Kalau org dewasa cam kita takpelah.

Info lain yang boleh dikongsi ialah: 
Penyebab: Kudis buta disebabkan oleh hama (scabies mites, 0.4 mm length). Hama kudis buta boleh dilihat menerusi mikroskop. Hama kudis buta menggali terowong di bawah kulit dan bertelur di dalam terowong yang digalinya. Terowong ini kelihatan spt garisan berwarna merah pada kulit. Kehadiran terowong di bawah kulit ini menyebabkan rasa gatal berterusan (continuous itch; allergy to foreign body).

Punca gatal: Kudis buta sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak di taska/tabika/tadika dan juga di sekolah. Kudis buta juga menjangkiti semua ahli keluarga. Kudis buta mudah berjangkit menerusi persentuhan (contact) dan perkongsian bilik, tempat tidur dan pakaian (semua jenis pakaian, telekung, cadar, sarung bantal, tilam, selimut, tuala, dll).

Jangkitan: Tubuh manusia menjadi tempat hinggap dan pembiakan (host) hama kudis buta untuk selama 2-3 hari sebelum ia mati. Akan tetapi, manusia sentiasa bersentuhan dan berkongsi pakaian & tempat tidur, maka hama ini terus berpindah-randah dan membiak (person-to-person transmission).

Bahagian dijangkiti: Hama kudis buta tak suka panas dan suka tempat yang sejuk. Oleh itu, bahagian tubuh yang sering dijangkiti kudis buta ialah di bawah paras leher hingga ke tapak kaki. Bahagian yang terlibat terlindung dan sejuk seperti celah jari, kaki, ketiak, kemaluan dan punggung. Kudis buta jarang mengena bahagian badan atas drp paras leher, iaitu muka dan kepala kerana bahagian ini terdedah kpd panas dan kering.

Gatal pada muka: Namun bayi lebih kerap terkena kudis buta di bahagian muka. Bagi orang dewasa yg mukanya rasa gatal-gatal, ini mungkin bukan kudis buta, tapi besar kemungkinan alahan pada makeup atau ekzema (eczema). Perlu berjumpa doktor utk merawat gatal-gatal pada muka.

Jangkitan bernanah: Jika pesakit kudis buta menggaru dan kulit merkah, bakteria pula boleh menyelinap masuk dlm kulit dan membiak pada kulit dan menyebabkan kulit berair dan bernanah (skin infection). Kehadiran nanah menyebabkan badan berbau kurang enak.

Jangkitan berpanjangan (chronic infection): Jangkitan berpanjangan menyebabkan kulit menjadi tebal, keras, gelap dan bergerutu seperti kulit pokok (tree bark). Kulit amat gatal dan berasa sakit. Kulit amat sukar dirawat apabila berada di peringkat ini.

Rawatan kudis buta: Jangkitan kudis buta memakan masa yang agak lama sebelum pulih sepenuhnya. Ubat yang digunakan termasuklah malathion dan benzoate untuk membunuh hama kudis buta. Ubat perlu disapu ke seluruh badan termasuk tangan dan tapak tangan, selama 12-24 jam. Semua bahagian badan perlu disapu dengan rapi tanpa membiarkan walaupun seekor hama terlepas dan terus membiak. Ubat-ubat ini amat racun untuk hama kudis buta dan hama akan mati dalam 24 jam. Apabila hama mati, jangkitan kudis buta akan mula surut dan reda.

Tempoh rawatan kudis buta: Bagi dewasa ia mungkin memakan masa hingga 2-3 tahun sebelum rasa gatal reda. Kulit pula memakan masa 1-2 tahun untuk sembuh. Namun, kulit akan kelihatan gelap dan kasar. Sapuan krim pelembut mengandungi vitamin E membantu melembutkan kulit dan mengatasi masalah kulit kasar. Sapuan salt scrub semasa mandi membantu mencerahkan semula kulit.

Setelah semua usaha dah dilakukan harap perlulah bersabar sebab jangkitan biasanya ambil masa yang lama sebelum sembuh sepenuhnya. Insyallah dengan Izin Allah SWT pasti usaha kita berbaloi.

11 comments:

  1. Gud info.my baby kena kudis kt taska...sakit ati sgt.coz bby y first kena tu parents die x bawak g jumpa doc.just ubat kampung.x pasal2 bby kite kena.tunggu hubby balik utk bincang hantar bby tmpt lain esoj

    ReplyDelete
  2. anak i pun kena gak.baru 9 bln.menangis setiap mlm sbb takleh tdo...gatal...sian my bby...

    ReplyDelete
  3. try krim ini untuk kayap, kudis buta, ruam lampin dll masalah di kulit..

    Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk kudis buta dan sakit kulit lain. Disapu terasa sejuk saja. Hilang rasa gatal dan pedih. Dalam masa 1 @ 2 hari insyaAllah ia akan sembuh. Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi. Harganya murah cuma 12.00 saja..Hj Man 013438413..T kaseh. 

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hj Man tinggal mana ? Saya berminat nak beli Krim Mutiara Bumi.

      Delete
    2. Aslm..maaf no tp yg betul ialah 0134389413. Boleh ke krimmutiarabumi.blogspot.com utk mklmt lanjut..tk

      Delete
  4. salam..sedinya...ank sy pn br kena.br 4 bulan..kesian dkt bby nmpk xselesa n ngis mlm2 sb gatal..
    ana fara..skrg bby mcm mana..dh sembuh ke belum.bleh mesej kt fb saya..nk jugak berkongsi pengalaman n dpt maklumat dr ara..
    to sarifah norziani pon sama..bleh pm kt fb Yat Salleh

    ReplyDelete
  5. Sy sndri kne..tp xpsti drpda sp..mgkn dr keluarga,kucing,bilik..smpai skrg..hurmm..mne nk cr tea tree oil tuh??farmasi base2 ad??tlg jwp ASAP..sy xselsa la mcm ni..

    ReplyDelete
  6. Cubalah krim mutiara bumi in sya Allah sgt berkesan..pm 0134389413..tk

    ReplyDelete
  7. Cubalah krim mutiara bumi in sya Allah sgt berkesan..pm 0134389413..tk

    ReplyDelete
  8. Tepung ubi kayu tu bole membantu ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...