Showing posts with label Set B. Show all posts
Showing posts with label Set B. Show all posts

Saturday, 8 March 2014

Sana Sini Cakap Pasal Suplemen Shaklee. Membantu Sangat Ke Untuk Penyusuan?

Seorang ibu menyusu boleh makan apa sahaja dia mahu,  tak perlu nak elak sebarang jenis   makanan tertentu, kecuali jika bayi anda jenis yang tak tahan, lebih baik tidak ambil makanan yang menjadi punca bayi alah. Contohnya, makanan berangin dan makanan yang pedas sangat. Ada ibu amalkan makan jamu, dalam masa yang sama menyusukan bayi. Ada bayi tak tahan , sampai tercirit dan kembong perut. Setiap bayi berbeza, hanya anda yang lebih kenal bayi anda.

Thursday, 7 March 2013

Bukan Sekadar Susu Banyak Pekat Kekuningan, Kulit Juga Cantik, Ada Masalah Keputihan Pun Hilang


Meningkatkan produksi susu ibu adalah situasi yang sangat kritikal di kalangan ibu menyusu. Alhamdulillah, nasib baik lah sistem laktasi manusia sangat fleksibel, walaupun susu merudum , dalam satu-satu situasi produksi susu tetap boleh ditingkatkan walaupun dalam keadaan bukan “full supply”. Jadi, apabila susu “drop” jangan cepat gelabah dan panik, cari punca masalah dan atasi sebaiknya segera.

Saturday, 2 February 2013

Suka SET B, Perah Pakai Tangan Je Dah Boleh Dapat 8oz

Teknik marmet atau ramai mungkin tak tahu istilah ni ialah perah susu guna tangan tanpa ada sebarang bantuan alat pam yang lain. Ini merupakan salah satu cara yang sangat praktikal sebab tak payah usung breastpump yang ringan mahupun yang berat itu  ke sana sini dan paling best  tak payah nak sabun-sabun, basuh-basuh  gadget  pam  yang kecil-kecil itu.

Bayi Pramatang: Hebat !! Bantuan SET B, Tanpa Susu Formula, Tanpa Direct Feed Selama 39hari. Berat Badan Bayi Pun Naik.


Susu ibu adalah makanan semulajadi buat bayi. Bagi bayi yang dilahirkan pramatang (tidak cukup bulan) susu ibu adalah perlu untuk mengatasi masalah kerosakan pada sistem penghadaman bayi yang belum matang itu. Susu ibu juga membantu memberi kesihatan yang baik di mana susu formula tidak akan dapat beri sebaik susu ibu.

Saturday, 29 December 2012

Set B, Set Bajet Namun Tetap Hebat

Terasa hari ini semangat seakan berkobar-kobar nak update blog.  Semangat tahun baru agak nya ni. Saya pasti ramai ibu-ibu yang rajin membaca blog saya dah tahu ada 4 jenis set penyusuan bukan? Dan set paling boom dan paling mendapat sambutan  ialah set 3M,diikuti dengan Set E dan  Eu Four Set.

Saturday, 15 December 2012

Anak Kurang Menyusu Di Siang Hari Tetapi Lebih Kerap di Waktu Malam

Penting bagi ibu berkerjaya!

Bayi lebih kerap menyusu pada sebelah malam tetapi pada sebelah siang kurang menyusu apabila ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh. Ini dinamakan “reverse cycling”.

Sunday, 2 December 2012

Sungguh Hebat, 54oz Susu Perahan Dalam Masa 10jam

Berpisah dengan bayi buat sementara waktu bukan bererti anda harus berhenti menyusui bayi. Atas sebab apa sekalipun, apabila anda tidak dapat atau tidak mahu menyusui bayi buat sementara waktu, TETAPI perlu mengekalkan bekalan samaada memberikan bayi pada masa itu atau kemudian, anda perlu perah susu lebih kurang sama bilangan kalinya dengan bilangan penyusuan.

Wednesday, 21 November 2012

Permulaan Yang Mengujakan, 10oz Dengan SET B

Setiap hari saya pasti akan terima soalan dari ibu menyusu yang menghadapi masalah susu merudum.
Tolong… saya hadapi masalah yang sangat membingungkan di mana penghasilan susu badan saya tak maintain. Sekejap ok, sekejap tak ok. Bila tak ok tu pam pun dapat 2-3oz je. Kadangkala milk supply sangat ok. Rasa sangat tertekan dengan situasi turun

Wednesday, 11 July 2012

Penangan Set B: Freezer tak muat nak simpan EBM

Sharing is caring. Saya suka sangat sharing testimoni dengan pelanggan dan individu yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa nih.. Tapi itu tak penting yang penting ialah pengisian dalam blog ni dapat disampaikan dengan jelas. Jom baca testimoni set penyusuan apakah ini sampai leh dapat stok EBM banyak camni kan.

Friday, 4 May 2012

Rezeki dinihari jam 3pagi

Assalamualaikum semua.. tengah pikir-pikir nak update entri apa hari ni. Terfikir nak berkongsi dengan pembaca dan pelanggan mama Batrisyia tentang rezeki dinihari jam 3 pagi pada 3 May 2012.

Syukur Alhamdulillah hari nie dah genap 6bulan 2minggu 5hari saya menyusukan Iman secara ekslusif tanpa FM. Tolak 3 hari di awal kehamilan Iman terpaksa di beri FM sebab Cik B takde susu langsung. Nak tak nak terpaksa jugak sain surat kebenaran bagi FM kat Iman. After 3days bertungkus lumus stimulate Cik B akhirnya no more FM for Iman.

Tetapi keadaan sekarang dah berubah, dengan bangga nya saya cukup kagum dengan diri saya sebab dapat bertahan menyusukan Iman sampai sekarang.This is my first baby cukup kagum success BF. Insyallah akan diteruskan ke peringkat tertinggi.

Thursday, 2 February 2012

Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?

Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..

Set 1  - Set B
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

Set 2 - Eu-Four Pack
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.


Set 3 - Set E
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

Set 4 - Set 3m
  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya 
Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah membantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat? 

Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah...

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dengan mamaBatrisyia. Sila email di mamaBatrisyia82@gmail.com @ 017-6706342 @ Add FB Azimah Su'ut.

Tuesday, 23 August 2011

Breastfeeding Set (Set B)

Breastfeeding  Set Shaklee sangat berkesan untuk membantu ibu-ibu menyusu menghasilkan susu dengan banyak.. Saya sendiri menggunakan set ini, dan hasilnya Alhamdulillah dari perahan 1 0z meningkat ke 4 Oz selepas mengambil set ini selepas 5 hari. Dan sehingga kini saya masih mengambilnya, kerana selain meningkatkan penghasilan susu, saya juga berasa sangat bertenaga dan kurang letih, di samping masalah sembelit selama ni dah hilang.. Dan, BONUS..berat badan juga menurun selama 3 kg dalam masa sebulan pengambilan!

Dengan segala khasiat, apa yang ada dalam set ini ya? Jom kita tengok..

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4)Alfalfa

Merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan lancar. Bertindak sebagai milk booster dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda juga boleh mengambil Energizing Soy Protein(ESP) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D) untuk membantu  penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Namun harus diingatkan, konsep utama penyusuan ialah SUPPY AND DEMAND. Anda haruslah menyusukan anak anda / pam sekerap mungkin (setiap 2-3 jam) untuk mendapatkan hasil maksimum. Vitamin-vitamin ini hanya membantu dan berkesan jika payudara anda dikosongkan dengan kerap, dimana memenuhi konsep ~ lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Di samping itu, ibu juga harus memastikan mengambil air tidak kurang dari 3L bagi menjayakan proses penyususan. Ini kerana susu ibu itu sendiri sebahagian besarnya terdiri dari air. Jika ibu tidak minum banyak air,mana mungkin banyak susu boleh dihasilkan.

Dan, kembalilah kepada Pencipta kita..Mintalah kepadaNya agar memurahkan rezeki anak kita. Kerana Dialah sebaik-baik Pencipta dan Sebaik-Baik Pemberi. Bagi Muslim, banyak-banyakkanlah doa dan zikir agar jiwa kita kembali tenang dan yakin denganNya, insyaAllah program penyusuan kita berjalan lancar. 

Hubungi saya untuk keterangan lanjut  melalui  mamaBatrisyia82@gmail.com / 017-6706342 / Fb Azimah Su'ut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...