Sunday 21 October 2012

Tips Supaya Susu Sentiasa Meriah Ketika Berpuasa


Jadual pemakanan teratur yang berkesan yang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat perlu diamalkan oleh ibu menyusu sepanjang masa terutama ketika berpuasa.

Amalan bersahur menjadi kemestian bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana sekiranya berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul ia boleh memungkin kan anda mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan) dan air susu merudum.


Justeru itu ada panduan bagi mengelakkan kemudaratan kepada diri sendiri dan anak dengan cara:
  • Melewatkan sahur
  • Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang dan minum cukup air.
  • Memerah susu di awal hari
  • Berdoa / bertawakal
Anda tetap boleh menyusukan seperti biasa selagi tidak mengalami dehidrasi. Oleh itu pengambilan cecair yang mencukupi pada sebelah malam dan waktu sahur perlu dilakukan bagi menggantikan air yang sudah hilang ketika berpuasa. Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku.

Tanda-tanda dehidrasi:
  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusu bayi
  • Sakit kepala dan hendak deman
  • Air kencing pekat dan berbau kuat
  • Loya dan ingin muntah
  • Menggigil dan lemah
Oleh itu ambillah makanan/ minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari diperlukan bagi menjaga bendalir dalam badan.

Tips penting yang boleh diamalkan:

  • Mulakan minum bermula waktu berbuka, sehingga sahur dan menjelang imsak
  • Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
  • Digalakkan makan madu setiap hari untuk stamina dan berupaya meningkat kadar serapan kalsium dalam badan. Sumber tenaga yang hebat juga berfungsi meningkatkan serta melancarkan air susu ibu.
  • Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya protein, glukos dan cecair.
  • Banyakkan makan kurma kerana ia mampu beri tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau,buah-buahan oat dan lain-lain.
  • Lebihkan sesi menysu secara terus dan pam waktu malam atau pam dan menyusu terus secara serentak (tandem nursing)
  • Pentingkan diet yang mengandungi protein dan kalsium yang cukup. Juga makanan berserat bagi elakkan sembelit.

TETAPI jika anda hadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil supplemen vitamin dan mineral dalam diet Ibu.

Seperti contoh testimoni di bawah.


MAKAN NASI, KURMA, ESP DAN MEAL SHAKE UNTUK BANTU PENYUSUAN
Bagaimana nasi, kurma , ESP dan Meal Shakes bantu penyusuan?

Nasi :
Sumber karbohidarat dan tenaga. Namun sumber karbohidrat bukan sekadar dari nasi. Ia boleh diperolehi dari pasta, mi, kentang dan roti. Saya percaya nasi juga adalah "Milk Booster" walaupun saya percaya ramai ibu menyusu yang mengelak makan nasi sebab takut gemuk.

Kurma:
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Soy Protein Isolate Powder (ESP) dan Meal Shakes
Sumber protein yang membekalkan tenaga kepada tubuh disamping memberi kekenyangan. Membaik pulih sel-sel yang rosak dan membentuk sel yang baru. Bagi ibu menyusu ia dikatakan membantu penyusuan dengan menjadikan susu ibu lebih pekat serta bantu penghasilan susu badan yang lebih cepat. Saya sendiri mengakui ESP dan Meal Shakes bantu sebagai "MILK BOOSTER".


AMBIL SET VITAMIN PENYUSUAN  UNTUK BANTU PENYUSUAN


 
Bagaimana set vitamin penyusuan BANTU  penyusuan Ibu lebih lancar ? Sila KLIK.
Ingin dapatkan produk ini ?
Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
FB page: Mama Batrisyia e-Shoppe
Wechat ID: Azi_Batrisyia

Diclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...