Perlu ibu tahu bahawa hormon yang
mempengaruhi susu ibu dalam menjayakan penyusuan melibatkan hormon prolaktin
dan oksitoksin. Prolaktin menghasilkan susu ibu manakala oksitoksin
merembeskanya keluar. Tahukah ibu-ibu istilah (FIL) Feedback Inhibitor of
Lactation? Ia merupakan factor penentu ke arah penyusuan yang berjaya ketika berpuasa
ataupun tidak.
Terdapat sejenis protein yang
berkumpul dalam payudara iaitu FIL. Ia
sering member tindak balas negative kepada proses penghasilan susu apabila
terlalu banyak FIL berkumpul akibat kurang rangsangan penyusuan (bayi menyusu
direct fed) atau payudara tidak dikosongkan. Apabila tahap FIL terlalu tinggi
berkumpul maka isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan kerana
kurangnya permintaan. Jika ada permintaan maka penawaran ada. Macam Istilah
ekonomi pula kan. Hal sebaliknya berlaku jika payudara kerap dikosongkan maka
jumlah FIL yang rendah akan menghantar isyarat pada otak agak lebih
menghasilkan susu lebih banyak bagi menampung permintaan yang sedia ada.
Apa yang penting ialah sentiasa berfikiran positif,
terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri
mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
Jangan terlalu khuatir dengan memikirkan amalan berpuasa bakal menjejaskan penghasilan susu ibu dan jadikan susu kering. Jika ibu bimbang melampau-lampau akan menimbulkan perasaan tekanan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadat puasa. Sebaliknya adalah kerana tekanan yang dihadapi menyebabkan tindakan reflex let down terhalang. Cara mudah hanyalah perlu bertenang kerana ketenangan bakal menghasilkan susu lebih banyak kesan dari hati yang gembira dan tenang.
Walau bagaimana pun ingin di ingatkan amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun jangan risau sangat seperti yang saya nyatakan tadi perlulah selalu mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susu kan sekerap mungkin secara terus. Jika berkerja jangan di tinggalkan aktiviti memerah dan sila kosongkan payu dara sebaik mungkin dengan mengepam susu setiap 2-3 jam sekali..
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Sebaik-baiknya mulakan rutin seawal pagi iaitu ketika waktu sahur kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih bannyak. Sama juga selepas ibu berbuka puasa segeralah mengepam susu.
Dehidrasi juga boleh menyebabkan
susu berkurangan. Oeh itu titik beratkan hal ini dengan pengambilan air yang
cukup ketika bersahur dan berbuka. Jika ibu mengalami dehidrasi yang teruk akan
mengakibatkan tekanan darah rendah,letih , menggigil, loya, pening, haus
melampau. Apa yang perlu dilakukan jika ibu dehidrasi? Segeralah berbuka puasa
jika berpuasa itu memudaratkan kesihatan ibu hukumnya wajib berbuka.
Meminum air bergaram mampu
mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan
garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potassium dalam tubuh.
Minuman Isotonik Tanpa Gas membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh agar tidak dehidrasi. KLIK PERFORMANCE DRINK
Ibu juga boleh mengamalkan
pengambilan vitamin tertentu di mana dengan mengambil vitamin secara konsisten
mampu untuk membantu penghasilan susu ketika berpuasa. Penyusuan anak lelaki
memerlukan lebih tenaga. Jadi makan lebih banyak nasi ketika bersahur. Jika anak
perempuan, makan lebih buah-buahan dan sayur sayuran.
No comments:
Post a Comment