Saturday 6 October 2012

Sembelit Buat Anak Fobia Membuang Air Besar

SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu bimbang. Apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.
Ia juga terjadi apabila kanak-kanak tidak menghiraukan keperluan untuk membuang air besar, mungkin kerana malu untuk mengunakan tandas awam, takut atau tidak yakin tanpa kehadiran ibu bapa atau tidak mahu berhenti bermain’.
Sembelit juga terjadi akibat ubat atau penyakit. Gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut:

* Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering

* Kesakitan di bahagian abdomen

* Loya

* Muntah

* Kehilangan berat badan

* Kehadiran kesan najis (dalam bentuk pepejal atau cecair) pada bahagian seluar dalam kanak-kanak - tanda yang menunjukkan najis ditolak masuk ke rectum

Sembelit akan mengakibatkan proses pembuangan air besar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan. Akibatnya, kanak-kanak tersebut tidak mahu membuang air besar. Merapatkan punggung, menggerakkan badan ke atas dan bawah dengan menjengket dan muka menjadi merah padam adalah tanda-tanda menahan pembuangan air besar.Rawatan ditentukan berdasarkan umur kanak-kanak tersebut dan tahap keseriusan masalah tersebut.
Dengan memakan lebih serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi), menambah pengambilan cecair dan bersenam dapat mengatasi masalah tersebut. Kadangkala, kanak-kanak memerlukan Enema bagi mengeluarkan najis ataupun penggunaan julap bagi melembutkan najis atau menghalang proses sembelit. Walaubagaimanapun, penggunaan laksatif atau ubat pelawas adalah merbahaya kepada kanak-kanak dan boleh diberi hanya dengan kebenaran doktor.

Walaupun sembelit selalunya tidak merbahaya, tetapi ia adalah tanda bagi masalah yang lebih serius, Kanak-kanak perlu berjumpa dengan doktor sekiranya:

* Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu

* Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian

* Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus

* Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)

* Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya

* Najis yang cair atau lembut keluar dari anus

 Tanda-tanda:

Anak meragam kerana perut menjadi kurang nyaman, biasanya perut agak membesar dan keras bila ditekan. Tidak buang air besar selama beberapa hari atau jika buang air besar, najisnya keras dan kering. Gejala lain, meliputi rasa sakit di anus saat buang air besar, kram perut, mual, muntah, dan berat badan menjadi turun.


Saya suka mencadangkan MEAL SHAKE buat kanak-kanak kerana MEAL SHAKE mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya,lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin adalah bahan terbaik mengandungi organism protein yang sangat berkualiti dan mudah serap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa juga amat bernutrisi./ Dengan adanya unsur-unsur ini ia boleh bantu mengatasi masalah sembelit.
Ibu bapa mungkin tak perlukan Enema atau sebarang Laktasif lagi.

 

Selain dari bantu atasi sembelit, apa lagi yang ditawarkan MEAL SHAKE. Jom baca testimoni.

Minuman yang sangat lazat untuk dihidangkan buat kanak-kanak mahupun dewasa juga ibu hamil dan menyusukan bayi.


Ingin lagi testimoni MEAL SHAKE. Sila KLIK
Ingin dapatkan produk hebat ini? Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
FB page: Mama Batrisyia e-Shoppe
Wechat ID: Azi_Batrisyia




8 comments:

  1. interesting thanks for infor

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk info yg berguna ya.. Ibu bapa kalian yg menghadapi masalah anak yg sembelit boleh cuba Dumex Mamil yg sangat effective utk rawatan bayi yg sembelit. Susu tepung ni jugak boleh mengelakkan anak daripada mengalami masalah sembelit..

    ReplyDelete
  3. Ingat lagi tak peristiwa Fontera tepung susu dan brand china punya semua ada masalah. Aq dan isteri aq mmg takut nak bagi bby minum formula sebab takut nanti ade masalah penyakit semua. Baik korg kurangkan formula utk bby sebab masalah sembelit tu sebenarnya dr formula tu. Kalao masih nak bagi formula kat bby, mestilah selalu check baik2 sebelum beli.

    ReplyDelete
  4. Dumex Mamil.. mahal nya harga sedikit klu compare dengan yang ini

    ReplyDelete
  5. dulu mase anak saye umur 4 1/2 tahun dia mengalami masalah sembelit jugak lps mengalami masalah saye bincang dgn sepupu dn cuba selesaikan masalah apasal baby saye ade sembelit dn dia kate mungkin kekurangan air dn minum banyak susu formula
    lepas cuba mamil utk 7 hari masalah sembelit anak saya semakin baik dn sistem penghadaman dia lebih bagus
    mamil jugak mengandungi prebiotics dn bahan yg digunakan akan membuat system penghadaman kanak kanak lebih sihat
    saya recommend klao ada kanak kanak yg menghadapi masalah sembelit bleh try

    ReplyDelete
  6. Hmm... Biasanya saya takkan bagi anak makan makanan yg berminyak sbb masih kecik kan tak bagus.. Saya akan bagi anak minum jus buah-buahan 2 kali seminggu utk mencegah masalah sembelit..

    ReplyDelete
  7. Susu tepung jenama lain pun boleh membantu kanak2 dalam masalah sembelit kan? Apa makanan boleh merawat masalah sembelit?

    ReplyDelete

  8. Artikel yang menarik mengenai rawatan sembelit. Biasanya boleh cuba memberikan supplement probiotik kepada kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit kerana probiotik dapat membantu menstabilkan koloni bakteria sihat yang terdapat di dalam usus. 

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...