Penyusuan bayi
untuk dua minggu pertama boleh dikatakan ibarat bulan madu buat si ibu dan si
manja sejurus ia dilahirkan di mana bayi adalah fokus utama si ibu buat si kecil. Di waktu
inilah ibu-ibu fokus untuk mengenal bayi dan kehendak bayi dengan beri tumpuan
yang lebih dan penuh tanggungjawab. Di waktu ini gangguan dari pelbagai pihak
haruslah seminimum yang mungkin. Di barat, ia digelar “Babymoon”
Istilah “Babymoon”ialah si ibu meluangkan sepenuh masa dan tumpuan samada banyakkan skin to skin contact dengan bayi.. Memegang bayi dengan penuh kasih sayang di dada ibu dengan membiarkan bayi merasa bahagian dada si ibu dan menyusukan bayi bila bayi mahu menyusu. Perlakuan ini boleh meransang hormon prolaktin dan oxytocin di mana penghasilan susu ibu akan menjadi lebih banyak dan meriah. Lebih kerap ibu dekat dan menyusu bayi leboh banyak lah susu terhasil nanti.
Sewaktu “Babymoon”
ini jugalah kita mengharapkan suami dan kaum keluarga untuk bantu kita lakukan
kerja rumah yang tak dapat kita buat. Maklumlah ibu –ibu sedang dalam pantang
ketika ini dan biarlah kita fokus pada bayi sahaja. Tapi ini tidak bermaksud
yang ibu perlu duduk terperuk dalam bilik sahaja. Apa yang penting kenali
kehendak bayi pada peringkat ini. Jika ibu punya anak yang lain luangkan masa buat mereka juga amatlah penting supaya
mereka tidak rasa terabai dengan kehadiran adik baru.
Saya pasti di
waktu ini ramai kawan-kawan dan sanak saudara yang datang berkunjung ke rumah kan.
Ini sebenarnya merupakan gangguan yang
boleh menganggu proses Babymoon. Kurangkan kunjungan setiap minggu juga boleh menggelakkan bayi ibu-ibu meragam,
kepenatan dan sering terjaga dek gangguan suara dan gurauan dari pengunjung.
Apabila bayi meragam dan susah tidur ia juga petanda bayi kepenatan.
Kadang-kadang dek kerana kunjungan yang ramai ini ibu-ibu boleh terleka
kehendak bayi untuk menyusu. Contohnya jika ada yang mengendong bayi mereka
mungkin rasa bayi tak menangis tu tak lapar dan tak perlu diberi susu.
Ramai juga ibu
yang mengadu, kunjungan yang ramai tu menyebabkan mereka kepenatan, kurang tidur,
sedikit stress , payudara yang membengkak dek susu yang penuh dan kadang-kadang
masalah bayi tak dapat nak latch on
dengan betul pada payudara. Apa yang boleh ibu lakukan ialah sentiasa dekat
dengan bayi walaupun ada pengunjung yang
mengendong bayi ibu-ibu supaya ibu dapat
spot bila bayi perlukan ibu nya.
Situasi Babymoon
sebenarnya membantu para ibu untuk lebih yakin menyusukan bayi pada bila-bila masa. Tanpa perlu risau siapa
yang melihat dan samaada ibu lakukan cara penyusuan yang betul pada bayi
asalkan keyakinan itu ada. Penyusuan akan jadi lebih mudah walaupun ramai orang
sekeliling.
Kesimpulannya ada
masanya ibu perlu rancang bilangan pengunjung yang datang ke rumah semasa
berpantang supaya ibu punya ruang yang lebih buat bayi. Selepas habis
berpantang pun pengunjung ada masa yang lama dan panjang untuk menziarah
ibu-ibu tetapi 2 minggu terawal adalah masa tumpuan lebih buat si bayi.
No comments:
Post a Comment