Tuesday, 11 March 2014

Sebelum Ke Gerbang Perkahwinan

Ewah.. berpantun dulu sebelum menulis..

Bergema bunyi kompang dipalu
Tanda pengantin telah pun tiba
Sungguh pantas masa  berlalu
Telah pun tiba hari bahagia

Telah bersatu 2 hati
Cahaya mata idaman semua
Ada nasihat perlu diberi
Jalani ujian saringan bersama

Adakah anda pembawa Thalasemia?
Persoalan penting yang harus ditanya
Usah marah atau hampa
Kerana harapan sentiasa ada

Thalasemia penyakit yang diwarisi
Hadinya tiada memberi amaran
Penyebab kepada pelbagai komplikasi
Oksigen terjejas , sel darah merah berkurangan

Thalasemia major diberi nama
Demam kuning lemah tak bermaya
Anemia hadir di tahun pertama
Tumbesaran lambat berbanding usia

Marilah wahai anda semua
Ketahui status diri dan keluarga
Jika anda bukan pembawa
Hiduplah anda aman sentosa

Adakah anda tahu status Talasemia anda?

Apakah Talasemia?
Penyakit genetik yang diwarisi daripada ibu bapa dimana ia menjejaskan penghasilan hemoglobin dan menyebabkan anemia. Ia menyebabkan penyakit anemia yang berlainan jenis dengan pelbagai tahap, bermula dari yang tidak serius kepada yang boleh mengancam nyawa.

1 daripada 20 rakyat Malaysia adalah pembawa gen Talasemia. Jenis Talasemia yang serius boleh membawa maut. Kini, Ujian Talasemia pra-lahir juga disediakan. Jika anda cepat diagnosis awal Talasemia untuk bayi dalam kandungan memberikan peluang kepada anda dan pasangan membuat persediaan awal bagi penjagaan dan rawatan bayi selepas kelahiran.

Selalu dengan Ujian HIV untuk bakal pengantin, tapi Ujian Talasemia Pra-perkahwinan pun ada tau.

Ia adalah ujian DNA untuk mengesan pembawa Thalasemia di antara pasangan dan 
ujian saringan darah akan dapat membantu dalam perancangan keluarga anda.
Tentukan status anda sebelum berkahwin, ketahui dari awal untuk persediaan masa hadapan.


PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah 
mengenai kesihatan anda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...