Friday, 21 March 2014

Penting !! Checklist Persediaan Bersalin Ke Hospital

Dalam masa sebulan sebelum tarikh bersalin, pasti kita dah sibuk nak prepare barang keperluan untuk dibawa ke hospital. Ada yang dah bersedia awal, simpan beg dalam kereta, mana la tahu emergency nak bersalin boleh la terus ke hospital. Barang dah semua ready dalam kereta je. Bukan apa dah banyak kejadian, kelahiran mengejut. Tengah shopping tiba-tiba nak bersalin.



Ruang dalam wad sangat terhad. Pastikan bawa keperluan yang tak terlalu banyak. Semak dengan hospital barang apa yang dorang sediakan untuk ibu bersalin. Simpan barang kemas-kemas dan asingkan antara satu sama lain ikut keperluan lebih khusus. Misalnya peralatan mandian, barang persalinan dan dll.



Checklist untuk mama:

  • Baju kemeja berbutang supaya mudah  untuk menyusukan bayi.
  • Stokin tebal untuk elak sejuk untuk elakkan masalah angina dalam badan.
  • Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad. Malah mudah dibuka dan ditukar jika doctor nak buat pemeriksaan. Tapi kalau selesa nak berseluar, bawa seluar longgar.
  • Set kelengkapan mandian
  • Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.
  • Tuala wanita yang jenis menyerap kuat untuk kegunaan beberapa hari pertama selepas kelahiran
  • Seluar dalam jenis kain kapas. Kalau bersalin caesarean, digalakkan bawa yg jenis pakai buang.
  • Coli menyusu bawa 2-3 pasang untuk mudah susukan bayi

Checklist untuk bayi:

  • Pakaian bayi bawa 2-3 baju yg sesuai
  • Barut 2-3 helai untuk elakkan perut bayi masuk angina
  • Lampin pakai buang cukup bawak yang pek mini
  • Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. Bayi akan tidur lena kalau dibedung kemas. Dia akan rasa lebih selamat selain mengelakkan tangan dan kakinya daripada tersentak dan merenggut ketika tidur
  • Sarung kaki, sarung tangan dan topi untuk mengelakkan bayi kehilangan haba. Kulit bayi nipis boleh terlindung daripada ksan calar akibat kukunya yang panjang.

Checklist lain-lain barang:

  • Handphone dan charger
  • Snek berkhasiat seperti kacang, biskut dan lain-lain
  • Kamera, kamera video dan bateri untuk rakam kenangan indah. Itu pun kalau pihak hospital izinkan buat rakaman.
  • Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala (jika nak)
  • Buku atau majalah sementara menunggu tempoh melahirkan.
  • Minyak urut atau losen
Checklist  JANGAN !!

  • Barang kemas
  • Wang tunai yang banyak
  • Jangan sibuk fikir pasal kerja pejabat seperti menghantar emel, menghubungi rakan bisnes dan sebagainya. Berehat adalah sebaiknya untuk menenangkan emosi.

Di bawah ni pula ialah senarai semak keperluan mendaftar masuk wad bersalin:
  • Kad rekod kesihatan
  • Kad pengenalan
  • Kad atau surat jaminan insurans (jika ada perlindungan insurans)
  • Surat rujukan majikan
  • Surat jaminan majikan
  • Sebarang dokumen daripada pihak hospital. 

Checklist dah diberi, jangan ada yang terlupa ye. Selamat bersalin !!

2 comments:

  1. Yesss.. tang jangan ingat ingat email pejabat tu best.

    ReplyDelete
  2. Yesss.. tang jangan ingat ingat email pejabat tu best.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...