Tuesday, 30 October 2012
Saturday, 27 October 2012
Teknik Mengepam Untuk Hasil Yang Optimum
Bagi
mendapatkan hasil yang optimum setiap kali pam susu, ada perkara yang perlu
dititikberatkan sebelum memulakan sesi mengepam. Ramai yang tak puas hati
setiap kali pam dapat 3oz-5oz sahaja. Jangan begitu sekurangnya Ibu patut bersyukur
dari takde langsung kan. Bila dikumpulkan hasil yang Ibu anggap sedikit itu
akan jadi banyak.Sekarang saya ingin kongsi tips bagaimana Ibu boleh tingkatkan
hasil perahan lebih dari biasa.
Friday, 26 October 2012
Hasilkan Rezeki Meriah,Sedap dan Pekat Dengan ESP, Memang Berbaloi
Kawan-kawan datang
rumah ramai yang tanya bagaimana saya dapat maintain penyusuan sehingga kini. sedangkan ini anak pertama saya.
Jawab saya, semua ibu boleh maintain penyusuan asal saja rajin, kuat semangat
dan inginkan terbaik buat si manja. Saya juga gemar mencari
Ilmu tentang penyusuan kerana sebelum ini saya memang apa pun tak tahu. Tetapi
kini breastfeeding adalah jiwa saya.
Tips Simpan Stok Perahan Sewaktu Berpantang
Susu ibu sangat
unik dan merupakan minuman penuh azimat yang dapat melindungi bayi daripada
sebarang penyakit dan serangan jangkitan. Susu ibu adalah makanan semulajadi
yang dianugerahkan khusus untuk bayi. Susu ciptaan Ilahi ini sememangnya
memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran anak.
Sunday, 21 October 2012
Tips Supaya Susu Sentiasa Meriah Ketika Berpuasa
Jadual pemakanan
teratur yang berkesan yang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat perlu
diamalkan oleh ibu menyusu sepanjang masa terutama ketika berpuasa.
Amalan bersahur menjadi
kemestian bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana sekiranya berpuasa tanpa pengambilan
sahur yang betul ia boleh memungkin kan anda mengalami gejala hipoglisemia
(kekurangan gula badan) dan air susu merudum.
Saturday, 20 October 2012
Hukum Menyusukan Anak Angkat
Agama
Islam sangat menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk enyusukan
sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya
mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang
tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri
anak tersebut dengan bantuan perubatan.
Thursday, 18 October 2012
Psttt.. Situasi Yang Menakutkan. Kejap Kurus, Kejap Gemuk Semula
DIET yang sihat
adalah amalan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai
jenis makanan perlu bagi memastikan kesemua nutrien yang berguna dapat diambil
bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.
Memang tidak
dinafikan dengan melakukan DIET yang betul, ia mampu mengembalikan bentuk badan
yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih semulajadi.
Friday, 12 October 2012
Berpantang. Moden vs Tradisional
Wanita
yang baru sahaja bersalin akan melalui proses berpantang selepas melahirkan
anak. Di Malaysia amnya, wanita akan melalui proses tersebut dengan amalan
berpantang yang tersendiri sama ada melalui cara moden atau tradisional.
Biasanya
tempoh yang disarankan adalah 44hari atau 6 minggu. Ketika waktu tersebut tubuh
wanita berada dalam perubahan hormone dan amat senang dijangkiti kuman jika
diabaikan penjagaannya. Berpantang juga dapat mengembalikan bentuk badan ibu
seperti sebelum hamil.
Wednesday, 10 October 2012
Sembelit Sewaktu Hamil dan Berpantang, Anda Khuatir?
Sembelit adalah masalah
yang melanda ramai wanita hamil. Masalah
buasir juga kerap berlaku ketika rahim semakin berat dengan janin yang makin
membesar. Apabila melahirkan anak, ketika meneran, buasir akan bertambah teruk
sehingga ada yang terkeluar dan tidak dapat dimasukkan semula ke dalam.
Tuesday, 9 October 2012
Dari Rahim Wanita
Wanita telah dicipta dengan keistimewaan di mana di
dalam anggota badannya mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan wanita
mengandung dan melahirkan bayi. Organ peranakan tersebut menjadi tempat tinggal
selama 9 bulan janin berkembang menjadi bayi sebelum lahir ke dunia.
Sunday, 7 October 2012
Babymoon
Penyusuan bayi
untuk dua minggu pertama boleh dikatakan ibarat bulan madu buat si ibu dan si
manja sejurus ia dilahirkan di mana bayi adalah fokus utama si ibu buat si kecil. Di waktu
inilah ibu-ibu fokus untuk mengenal bayi dan kehendak bayi dengan beri tumpuan
yang lebih dan penuh tanggungjawab. Di waktu ini gangguan dari pelbagai pihak
haruslah seminimum yang mungkin. Di barat, ia digelar “Babymoon”
Saturday, 6 October 2012
Sembelit Buat Anak Fobia Membuang Air Besar
SEMBELIT bermaksud
perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal
bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu
bimbang. Apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya,
kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.
Monday, 1 October 2012
Kolostrum dan Kehamilan
Bercadang ingin hamil
kembali dalam masa terdekat tetapi masih punya anak yang masih menyusu badan. Adakah
kehamilan akan mengurangkan kuantiti kolostrum setelah bersalin?
Kehamilan tidak menjadi
masalah dan halangan untuk meneruskan penyusuan sepanjang tempoh kehamilan.
Malah apabila bayi lahir , masih boleh menyusukan anak yang masih menyusu itu.
Ia dipanggil tandem nursing. Penyusuan
ketika hamil adalah normal tetapi harus diingatkan agar mengamalkan gaya
pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan.
Subscribe to:
Posts (Atom)