Sunday, 30 June 2013

Risiko Melahirkan Bayi Prematur / Pramatang

Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.Tahukah anda risiko kesihatan yang bagaimana boleh meningkatkan risiko anda melahirkan bayi prematur?

Mama Batrisyia pengedar Shaklee

Di sini saya senaraikan beberapa masalah kesihatan itu:

  • Air ketuban pecah terlalu awal
  • Infeksi pada saluran kencing ditularkan dari hubungan intim, dan jenis infeksi lainnya.
  • Infeksi pada vagina. Mengikut kajian infeksi Bacterial Vaginosis (BV) yang umum terjadi boleh meningkatkan risiko wanita hamil melahirkan bayi pramatang 2 kali ganda risikonya. BV dialami oleh 12-22% wanita hamil dan disebabkan oleh terlalu banyaknya bakteria yang biasa terdapat pada vagina.. Jika Aada mengalami masalah infeksi ini, berkonsultasilah dengan doctor kehamilan anda.
  • Infeksi pada membran rahim. Kajian menunjukkan bahawa infeksi bakteria yang mempengaruhi air ketuban dan membran rahim boleh meningkatkan risiko kelahiran prematur. Namun ia boleh diatasi dengan antibiotic yanga selamat untuk ibu dan bayi.
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes / kencing manis
  • Masalah pembuluh darah tersumbat
  • Memiliki masalah kurang berat badan sebelum kehamilan. Jadi, sila naikkan berat badan anda.
  • Bagaimana pula jika Obesiti? Jika anda mengalami berat badan berlebihan sebelum hamil, lebih baik anda turunkan berat badan anda sebelum memikirkan untuk hamil 
  • Jarak waktu antara 2 kehamilan yang terlalu singkat/ rapat (kurang dari 6-9 bulan antara melahirkan dengan awal kehamilan berikutnya)
  • Masalah cacat lahir pada bayi
  • Pendarahan melalui vagina pada trimester kedua atau ketiga kehamilan
  • Penyakit pada gusi. Wanita hamil dengan masalah parah pada gusinya memiliki risiko lebih tinggi untuk melahirkan secara prematur. Sayangnya, rawatan untuk sakit gusi, sakit gigi tidak disarankan bagi wanita hamil. Jadi bila anda mengalami gejala penyakit pada gusi seperti gusi berdarah ataupun gigi patah, berkonsultasilah pada doktor gigi. Sebab itu pengambilan kalsium penting ketika hami.
  • Ibu hamil dengan serviks atau rahim yang tidak normal.
Jika bayi anda dilahirkan sebelum minggu ke-34, dia mungkin perlu ke Pusat Penjagaan Insentif Neonatal dengan segera. Anda mungkin boleh melihat bayi anda sebentar sahaja sebelum dia dibawa pergi. Ini amat menakutkan dan anda akan memerlukan sokongan daripada doktor, yang sememangnya memahami perasaan anda.

Anda boleh melihat bayi anda sekerap mana yang anda kehendaki. Anda akan berasa yang anda tidak boleh melakukan apa-apa untuknya, tetapi ini tidak benar. Anda masih boleh menukar lampinnya, mengusapnya, bercakap dengannya, dan mungkin memegang dan menyusukannya. Ingatlah bahawa bayi anda memerlukan layanan yang istimewa yang hanya boleh diberikan oleh ibu dan bapanya, sama banyaknya dia memerlukan bantuan perubatan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...