Thursday 20 June 2013

Masalah Resdung ~ Membawa Maut Dan Kecacatan?

Apa sebenarnya resdung?
Resdung ialah masalah peradangan pada rongga-rongga SINUS (iaitu rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung) yang berpunca dari jangkitan bakteria/virus.

Persoalannya:
Ramai yang tak tahu ada resdung
Ramai tak sedar yang mereka ada masalah resdung
Ramai yang tahu mereka ada masalah resdung tapi buat sambil lewa dan tak kisah.  Akibatnya masalah kecil jadi besar.
Ada resdung tapi tak nak rawat.
Ada resdung tapi terus membiarkannya sampai dah terlambat


Tanda-tanda resdung

Hidung tersumbat dan berbau busuk
Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
Kerap bersin terutama di waktu pagi
Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
Kerap sakit kepala atau migrain



Punca resdung

Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan penyakit resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit resdung ini.

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Jangan biarkan masalah resdung anda berlarutan sehingga boleh membawa kepada risiko hilang deria penglihatan dan jangkitan otak. Paling parah risiko maut dan menyebabkan kecacatan. Kos untuk merawat resdung juga tinggi sekiranya memerlukan rawatan pembedahan


Atasi dan cegah resdung dengan vitamin. Mencegah lebih baik dari merawat.

Vitamin pilihan untuk bantu atasi RESDUNG. Sila KLIK > SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...