Wednesday, 19 June 2013

Healing Crisis ~ Pening Kepala Makan Vitamin?

Ada yang mengadu pada saya pening kepala bila ambil supplemen atau ada juga simptom lain. Mengapa terjadi? Ada yang ambil supplemen ok je, takde masalah pun. Meh saya story mengapa ia berlaku.


Sesetengah org akan melalui suatu jangkamasa, penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom ini kelihatan macam penyakit tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, pelbagai simptom  pun terjadi. Inilah yang dinamakan "healing crisis" iaitu krisis pemulihan.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit2 yg pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia terjadi beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah semestinya lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yg telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yg lama, sisa-sisa, makanan berlemak dan stress ditambah dgn diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat2. Supplemen/ vitamin membantu meningkatkan SISTEM IMUN KITA, KEBOLEHAN DETOKSIFIKASI serta PENGAWALAN FUNGSI ORGAN-ORGAN kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan anda PENING, SAKIT KEPALA, KETIDAKHADAMAN (PERUT KEMBUNG), LAPAR, CIRIT BIRIT, KAHAK BERLEBIHAN, KENCING YANG KERUH, BERASA HANGAT, BERPELUH dan lain2. simptom berbeza antara individu dan akan berlalu 1-2 minggu.

Apa perlu anda buat di waktu jangkamasa ini?
Minum banyak air
Rehat cukup
Makan lebih sayuran dan buahan.

Akhir kata,

Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...