Wednesday, 19 February 2014

Sebab Mengapa Ibu Hamil Makan Banyak Dan Mengidam

Mengidam salah satu perkara biasa, malah jika bernasib baik ada yang tak mengidam pun. Ada yang mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah.Biasanya jika mengidam, ibu hamil ni pandai , dorang tidak akan pilih makanan yang tidak akan di makan pada hari-hari biasa ketika tak mengandung.Memang seronok jadi wanita mengandung, sebab kalau mengidam, si suami akan cuba juga dapatkan makanan yang kita idamkan tu.

Sebab mengapa ibu hamil mengidam:
Peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin

perubahan hormon semasa mengandung memberi kesan kepada deria bau

Petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium.Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.

Tidak salah jika mengidam atau ingin makan sesuatu seperti coklat, tetapi janganlah berlebihan pula. Sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat.

Makan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak. Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.

SEKIRANYA MENGIDAM NAK MAKAN SESUATU , LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL:

Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.

Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk mengawal keinginan untuk makan.

Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.

Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.

Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.


Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...