Tuesday, 11 February 2014

Penyusuan Ketika Hamil. Selamatkah?

Seperti yang kita sedia sedia maklum, tempoh kehamilan adalah tempoh yang mencabar. Sama juga dengan penyusuan ni. Apabila disatukan, tentulah bertambah mencabar. Mungkin sebab itu lah faktor yang menjadi punca mengapa ramai orang yang tidak ada pengalaman luas tentang penyusuan susu ibu menggalakkan wanita yang menyusukan anak agar bercerai susu apabila sah hamil lagi.

Atas sebab itulah, kebanyakan wanita bimbang untuk susukan anak dan mengalami dilema seperti keguguran atau kelahiran pramatang. Atau mungkin bayi dalam kandungan tak dapat zat yang cukup.

Cuba renungkan sejenak. Pernah lakukan hubungan intim ketika hamil? Jika jawapan anda ya, dan hubungan itu tidak mendatangkan komplikasi pada kandungan, maka adalah selamat untuk terus menyusukan anak biarpun dah hamil. Oleh itu yakin lah penyusuan  susu ibu ketika hamil sememangnya selamat dan tidak jejaskan kandungan, anda dan anak. 



Bagi anda yang ingin teruskan niat murni ni, fakta di bawah boleh bantu anda untuk menjayakan niat murni anda tu: 

ZAT MAKANAN BAYI TERJAGA
Tubuh anda bijak kerana sangat mengutamakan bayi dalam kandungan dengan mengenepikan dan menyalurkan zat makanan mengikut keperluan je. Jadi tidak timbul masalah isu bayi tidak cukup zat. Namun yang lebih penting ialah anda benar-benar menjaga corak pemakanan seharian dengan mengambil makanan yang seimbang dan sihat.

TIDAK MUDARATKAN ANAK
Hormon yang mengekalkan kandungan susu didapati hadir dalam susu ibu dalam kuantiti yang sangat sedikit. Oleh itu , ia tidak sesekali membahayakan anak anda. Namun, pada peringkat akhir kehamilan, bekalan susu akan mula menyusut sedikit demi sedikit. Jadi, dapatkan nasihat pakar, agar penambahan berat badan anak anda adalah normal sejajar peningkatan usianya.

RANGSANGAN PUTING
Terdapat kajian jika kita merangsang puting payudara di akhir kehamilan (trimester 3) ia boleh mencetuskan kontraksi. Namun, rangsangan semulajadi ketika sesi penyusuan susu ibu dan hubungan intim tidak mempunyai kesan yang sama seperti rangsangan mekanikal. Walaupun begitu, jika sebelum ini anda sejarah melahirkan bayi pramatang atau pernah gugur, adalah lebih baik bercerai susu lebih awal.

BERCERAI SUSU SENDIRI
Isipadu dan kandungan susu ibu akan berubah sepanjang tempoh kehamilan. Paras sodium dan protein meningkat manakala laktosa dan glukos menurun. Sebab itulah, ia menjadikan rasa dan rupa susu itu seakan-akan kolostrum. Ada anak boleh menerima perubahan rasa susu ibu, namun ada juga yang mulai kurang minat nak menyusu lagi sebab itulah ada yang secara automatic boleh bercerai susu dengan sendiri tanpa paksaan.

SAKIT PUTING
Sewaktu hamil, payudara bengkak dan putting mudah sakit. Apabila menyusukan anak, ia akan jadi lebih perit. Menurut kajian, wanita menyatakan rasa paling sakit yang  dialami adalah sepanjang 15 saat pertama sesi penyusuan. Namun, lama-lama rasa sakit tu akan hilang. Jadi, anda boleh cuba pelbagai teknik dan posisi penyusuan yang sesuai. Berita baik, sakit puting akan berkurangan selepas trimester pertama apabila putting menjadi kurang efektif.

PEMAKANAN SIHAT
Wanita hamil sudah tentu kena jaga pemakanan yang sihat dan seimbang. Jadi, perlu makan secara teratur, kena minum banyak air, kurangkan tekanan dan banyak berehat. Apabila menyusukan anak, perlu pastikan dapat mengekalkan amalan pemakanan sihat, berkhasiat dan pelbagai menu harian. Jika perlu, pertimbangkan suplemen tambahan untuk diambil.

KALORI TAMBAHAN
Satu cabaran yang harus anda akur,susu ibu akan makin kurang. Namun, untuk pastikan bekalan susu anak cukup, bukanlah sesuatu yang sukar asalkan anda mengambil kalori tambahan yang cukup. Sasarkan untuk ambil kalori tambahan 500-800 tambahan kalori, 4 hidangan protein dan 6 hidangan kalsium setiap hari Jangan lupa fokus untuk minum 8 gelas air juga.

Mengukuhkan lagi fakta bahawa penyusuan itu selamat, bolehlah  merujuk maklumat yang terkandung dalam  The Breastfeeding Answer Book.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...